Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Nov 6 - ucapan dasar ketua pemuda sapp

Konvensyen Pemuda & Wanita 2010 - Ucapan dasar Ketua Pemuda

Daun Tarap daun timadang
Daun buah tempatan negeri Sabah
Pemanis bicara Selamat datang
Salam Sejahtera pembuka kata

Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis..

YBhg Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden kita dan Datin Seri Stella, Datuk Francis Yap, Pengerusi Kongres kita dan Datin, Timbalan timbalan Pengerusi Kongres, Datuk John Sikayun serta Datin dan suadara OKK Awg Talip Awg Bagul serta isteri. Penasihat penasihat Parti, ahli ahli Majlis tertinggi, para tetamu khas kita; Ahli ahli Exco Pergerakan Wanita yang diketuai oleh YB Puan Melanie Chia, Belia belia kita yang diwakili oleh Saudara Stephen Gaimin, para perwakilan yang saya hormati serta pemerhati pemerhati, rakan rakan seperjuangan yang saya segani dan senangi sekalian. Selamat Datang Ke Perasmian Serentak Kongres, konvensyen Pemuda dan Wanita dan GKB untuk tahun 2010.

Setelah 2 tahun keluar dari kongkongan Barisan Nasional, Parti kita telah menghadapi pelbagai dugaan. Bukan sahaja kita dicaci dan di maki hamun oleh setiap lapisan, setiap sudut dari Barisan Nasional, malah yang lebih pahit, kita juga ditikam dari belakang apabila beberapa pemimpin Parti telah mengambil keputusan untuk mengenepikan perjuangan Parti, membelakangkan rakyat Sabah, semata mata untuk kekal dalam zon selesa atau comfort zone dan semata mata untuk mengaut keuntungan kendiri.

Nafsu dan ketamakan telah memesongkan pemikiran mereka, gula gula yang digunakan untuk mengoda mereka menjadi terlalu manis hingga sanggup untuk meninggalkan rakan rakan dan warga negeri Sabah.

Mereka sanggup menjadi pelacur politik. Mereka berfikiran bahawa Parti akan tersungkur apabila bekas ketua pergerakan Pemuda belot dan keluar dari Parti. Mereka seolah olah lupa perjuangan kita ini berpaut kepada 7 nilai budaya Parti. Atau adakah perlu kita tambah nilai ke 8, Kesetiaan, sebagai peringatan?

Dengan izin, this act of treason shall never be forgotten nor forgiven by members of SAPP. The rakyat of Sabah are more than willing, even anxious to exact revenge, to mete out the punishment best fitted for the political crime and injustice the democratic way.

Leaders come and go. Pemimpin datang dan pergi. Tapi kita harus ingat , perjuangan Parti yang murni akan terus dan berkekalan. Dengan rekod kehadiran kamu pada hari ini adalah bukti bahawa sejak pemergian mereka, bukan sahaja Pergerakan Pemuda masih hidup, malah Pergerakan pemuda telah menjadi lebih besar, lebih gagah dan perkasa dan yang lebih penting sudah cukup bersemangat untuk bertempur dalam perang Pilihan Raya Umum 13.

Rakan rakan seperjuangan sekalian, sejak tarikh keramat 17 September 2008, kita telah membuat “road trips” ke seluruh pelusuk negeri Sabah untuk memperjelaskan kepada ahli-ahli Parti serta penyokong-penyokong Parti kenapa dan bagaimana keputusan untuk meninggalkan BN diambil. Satu rebranding exercise atau program penjenamaan semula telah dibuat. Ini penting kerana, apabila SAPP bukan lagi dalam kotak BN bersaizkan 2 x 4, kita sudah bebas untuk berkembang ke mana mana sahaja, petikan YB Datuk Frankie Chong, …”seperti lambang Parti kita, dimana sahaja matahari bersinar, disitulah juga SAPP akan berada sedia untuk berkhidmat.”

Saudara saudari sekalian, Saya rasa tidak lengkap cerita kita pada tengah hari ini kalau saya tidak cerita sedikit tentang Batu Sapi. From the outset atau dari mula lagi, kita sudah tahu yang pertarungan ini bukan mudah. It was an uphill task. Kita berdepan dengan gergasi BN yang sanggup membuat apa saja untuk menang, kalau tidak menang, kepala pengarahnya akan dipancung dan kita tahu, penggantinya sudah dikenal pasti. Kita juga sedar dengan Parti Pambangkang utama nasional Pakatan Rakyat yang akan datang dari seluruh Negara.

There was a lot at stake

Jadi, apabila pengumuman calon SAPP dibuat, kita di Pergerakan Pemuda merasa bangga dengan Datuk Presiden kita. Beliau boleh mengambil jalan mudah dan menunggu PRU13. Beliau boleh duduk dalam zon selesanya dan rekod tanpa kalah beliau masih intact. Tapi, saudara saudari sekalian, beliau mengambil satu jalan yang sukar. Datuk Yong telah sanggup mengorak langkah dengan mengambil satu risiko yang besar dengan bertanding.

Kita juga sedia maklum dengan taktik taktik kotor mereka, dengan carpet bombing dan janji janji manis kosong mereka. Kalau manis manisan tidak makan, maka datanglah pula ugutan ugutan dari agensi agensi kerajaan kepada rakyat. Itu baru pihak BN. Kita bukan buat excuse, bukan buat alasan kenapa SAPP belum menang di Batu Sapi. Cuma kita ingin kongsi sedikit apa yang terjadi.

Pihak yang satu lagi pulak, berkempen bukan untuk menjatuhkan BN, the common enemy. Prioriti atau keutamaan mereka hanyalah untuk menjatuhkan Yong Teck Lee.

Kita juga tahu banyak pihak lain menggunakan banyak wang untuk memujuk rakyat dan ada juga yang memberitahu bahawa SAPP tidak akan menang kalau tidak pakai duit. Tapi Datuk Presiden kita tegas dengan pendirian beliau bahawa, SAPP akan dapat sokongan dari rakyat dengan isu isu yang kita utarakan, dengan perjuangan kita untuk mengembalikan kuasa rakyat Sabah dengan Autonomi dan juga dengan isu isu tertulis dalam deklarasi 8.

For the record, Pergerakan Exco Pemuda mewakili semua warga muda di Sabah dengan penuh rendah hati, ingin memaklumkan kepada Datuk Presiden bahawa kami menghargai pengorbanan Datuk Seri dan ketegasan Datuk untuk tidak tunduk kepada budaya politik rasuah. Rasuah ini sebenarnya penyakit nombor satu politik Malaysia. Ini yang selama ini merugikan negeri dan Negara kita.

Kita bangga dengan Datuk Presiden bahawa SAPP bukanlah begitu tamak, bukanlah begitu tergesa-gesa (Not in a Hurry) dengan kerusi Batu Sapi hingga mengkompromikan pendirian murni kita.

Politik rasuah yang diamalkan oleh mereka, kita lawan dengan nilai nilai positif kita. Lawatan-lawatan yang kerap serta khidmat telus kita kepada rakyat akan dapat menawan hati dan minda mereka. Once we win the hearts and minds of the rakyat, materialistic whims are easily overcome. Barangkali ada pihak pihak sinis yang merasa bahawa jalan ini memakan masa yang panjang. Dan adalah lebih senang untuk mengunapakai pepatah, if you can’t beat them, join them. Tapi jangan tertipu, dan jangan tipu diri sendiri, amalan rasuah dan lain lain yang sedemikian rupalah yang akan menjatuhkan kita kelak.

There is no shortcut to success

Datuk Presiden ada mengatakan, to truly appreciate success, one needs to experience or taste defeat. Sebelum kita betul betul menghargai kemenangan, kita mesti rasa kekalahan. Sekarang kita sudah rasa; satu pengalaman yang cukup pahit dan kita rasa semua ahli ahli Parti serta penyokong penyokong kita tidak mahu rasa lagi. Maka tidak payahlah kita huraikan apa yang patut kita buat untuk tidak kalah.

Apa yang patut kita patut buat demi

Berjuang untuk Menang!

Semua rakan rakan yang ada dalam dewan yang mulia ini, lebih lebih lagi ahli ahli pergerakan Pemuda dari seluruh negeri Sabah. Tolong sebarkan meseg kita kepada semua. Batu sapi bukan bermakna kita sudah kalah dalam peperangan besar.

“We may have lost the Battle but the War is still there for the taking.”

(Barangkali kita kalah dalam Pertempuran ini, tapi masih ada lagi peperangan Besar.)

Ikan karuk ikan gelama
Dimasak gulai santan kelapa
Batu Sapi medan pertama
SAPP bukannya kalah
Belum menang lebih kena
Perjuangan Parti didokong Pemuda
Hingga menang diseluruh Sabah
Itu ikrar Pemuda semua.

Saudara saudari yang saya hormati sekalian, ada pepatah Ingerris yang berbunyi, the darkest part of the night is just before dawn, ataupun, tempoh yang paling gelap di waktu malam adalah sejenak sebelum matahari terbit. Kalau kita anggap peristiwa Batu Sapi itu the darkest part of night atau tempoh yang paling gelap, maka saya betul betul percaya tempoh paling gelap untuk SAPP sudah berlalu. Saya percaya waktu malam sudah berlalu. Saya percaya bahawa matahari dah mula terbit. SAPP dah terbit dan pancaran matahari akan dapat dirasai oleh semua warga Malaysia di negeri sabah.

Untuk makluman semua, Pergerakan Pemuda akan teruskan program program Parti untuk melatih orang orang muda di seluruh negeri Sabah. Segala persiapan dari segi software nya akan kita atur dengan orang orang muda di setiap tempat. Latihan latihan akan terus diberi sehinggalah kita semua lengkap dengan ilmu ilmu yang patut untuk kemenangan Parti.

Pada petang yang cukup bermakna ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan satu resolusi dari pihak Pemuda untuk dipertimbangkan oleh pihak Majlis Tertinggi kelak. Kita mengerti bahawa, tidak ada peruntukan mengikut perlembagaan Parti untuk memastikan Pemuda diberi peranan yang bermakna di peringkat cawangan. Maka dengan itu, Exco Pergerakan Pemuda mohon mencadang agar satu pindaan kecil dibuat supaya satu dari 9 ahli jawatankuasa dalam setiap cawangan di beri kepada Pemuda dan supaya kakak saya dari Pergerakan Wanita tidak marah, satu untuk wanita. Kita percaya bahawa dengan pindaan yang kecil ini, satu proses menginstitusikan Pergerakan Pemuda di peringkat akar umbi akan dapat direalisasikan.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Saudara Jamain Sarudin, selaku Pengarah Pemuda Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Saudara Chester Pang selaku Setiausaha dan specialist Pilihanraya kecil Parti. Kepada Exco-exco pemuda yang turut berkempen dengan kita, kepada semua Pemuda pemuda yang bertungkus lumus kerja, tidak kira masa dari seluruh negeri dan dari daerah Sandakan, kita ucapkan ribuan terima kasih.

Kepada Exco exco Pemuda yang memberikan sokongan kepada saya dalam 2 tahun, 1 bulan dan 20 hari ini, saya benar benar hargai kamu semua.

Dan tidak sahlah kalau saya tidak mengambil peluang ini untuk meminta atau merayu sokongan dari semua disini kepada Exco exco pergerakan Pemuda yang akan menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi Parti. Ini penting agar proses penjenaman semula SAPP dapat direalisasikan sepenuhnya;

Saudara Jamain Sarudin
Saudara Simon Chin
Saudara Jaely Medong
Saudara Stephen Gaimin
Dari Sandakan;
Saudara Joseph Liau Fook Kong
Saudara Ken Yong
Dan jangan lupa, saya sendiri…

Para perwakilan yang saya hormati sekalian, saya rasa sampai sini sahaja ucapan saya pada hari ini, dan sekali lagi, kita merayu kepada semua untuk tolong sebarkan.

Pergerakan Pemuda SAPP akan teruskan perjuangan parti hinggalah matlamat kita tercapai.

LAWAN TETAP LAWAN!!! x 3

Sekian, terima kasih dan selamat bersidang.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party