Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Nov 6 - Ucapan Ketua Wanita SAPP di Kongress 2010

Ucapan Ketua Wanita SAPP di Kongress 2010

November 6, 2010, Star City, Kota Kinabalu: Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bersidang kepada semua perwakilan ke kongres SAPP 2010.

Kongres pada tahun ini bukan saja sangat penting kepada SAPP secara keseluruhannya, malah ianya juga amat mencabar kewibawaan dan semangat kita setelah menjadi pembangkang sejak SAPP keluar dari BN pada 17 September 2008 dan selepas Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi pada 4 November, 2010.

Dalam keadaan yang sedang kita hadapi ini selepas dua tahun SAPP keluar dari BN dan selepas pilihanraya kecil baru baru ini, ahli-ahli SAPP telah diuji dengan cabaran yang begitu hebat. Sebagai salah satu sayap didalam Parti SAPP, kaum wanita juga tidak terkeculi daripada menghadapi ujian dan cabaran ini.

Sejurus saja diumumkan tarikh penamaan calun, dengan berbekalkan semangat ketabahan dan kesabaran yang ada pada wanita, para wanita dari seluruh Sabah telah datang ke Sandakan dan turut serta memainkan peranaan dan mengemblingkan tenaga untuk turut berkempen dalam membantu calun SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP.

Sidang hadirin yang dihormati,

Keputusan Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi, sememangnya tidak memeranjatkan kita, kerana kita tahu pemimpin-pemimpin BN, akan berbuat apa saja, untuk mengalahkan pihak lawan mereka, dan kita sedar dan kita tahu, bahawa semua jentera BN, akan tertumpu di Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi. Walau pun kita menyedari semua ini, namun kita tidak akan membiarkan BN, mengambil kawasaan P.185 Batu Sapi dengan mudah, dan sewenang-wenangnya tanpa melawan, seperti kata pepatah, pantang undur sebelum kalah, kalau kita tidak pecahkan ruyong manakan dapat akan sagunya, begitu juga kalau SAPP tidak bertanding mana kita tahu kelemahan kita, kekurangan kita, dan juga akan kekuatan dan taktik kotor BN.

Kekalahan SAPP di Pilihanraya Kecil di P.185 Batu Sapi, bukan lah penamat dan bukan penentu, dan saya percaya, ini tidak akan melunturkan semangat ahli-ahli SAPP, namun apa yang berlaku ini, akan membuat kita lebih peka dan berhati-hati, dalam menyusun strategi-strategi baru, yang lebih mantap dan berkesan, untuk menghadapi BN di pilihan raya umum ke -13. Ini, adalah permulaan.

Para perwakilan wanita yang saya muliakan,

Sememangnya kekalahan SAPP membuat kita sedih dan terharu, namun kalah menang bukan persoalannya. Selaku Ketua Pergerakan Wanita SAPP, apa yang amat membanggakan saya, semasa pilihanraya kecil Batu Sapi, adalah keikhlasan, semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab, serta peranan yang dimainkan oleh para wanita. Penglibatan serta kualiti didalam jentera wanita, yang dimainkan semasa pilihanraya kecil Batu Sapi amat memberangsangkan, kerana ianya menunjukkan kecekalan dan kesungguhan.

Keputusan SAPP untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil P.185 Batu Sapi, membuktikan bahawa SAPP tidak gentar dan tidak takut untuk menghadapi dan menentang mana-mana calun BN, demi menuntut hak asasi rakyat Sabah, dan SAPP tidak akan membiarkan BN menang tanpa bertanding. Dan yang lebih mengembirakan, kemunculan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee sebagai calun SAPP, adalah satu rahmat kepada rakyat di Sandakan, seperti durian runtuh, kerana dengan sekelip mata sahaja rakyat Sandakan telah menikmati berbagai-bagai kemudahan dan imbuhan dari pemimpin-pemimpin BN.

Sidang perwakilan yang dihormati,

Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa wanita adalah salah satu sayap yang penting kepada SAPP, kerana hampir separuh daripada jumlah pengundi di negeri Sabah pada masa ini terdiri dari kaum wanita, maka dengan adanya struktur organisasi yang baru dengan kemunculan beberapa muka-muka baru selepas pemilihan parti kali ini, saya yakin kita dapat memperkukuhkan serta memperkuatkan lagi Pergerakan Wanita bukan saja di peringkat pusat tetapi juga di semua kawasan CLC di seluruh Sabah. Peluang dan kepercayaan pucuk pimpinan kepada wanita tidak seharusnya dipersia-siakan, jadikan lah ianya sebagai dorongan untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi memperkasakan kepimpinan Pergerakan Wanita.

Adalah menjadi harapan kita, satu hari nanti Pergerakan Wanita, akan juga menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaaan SAPP, mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Oleh yang demikian, kita Pergerakan Wanita harus bekerja lebih keras, tingkatkan usaha, bagi memastikan parti terus kukuh dengan memberikan saranan yang membina, kepada kepimpinan parti. Kita mesti lebih berani, menegur kepimpinan disetiap kawasan, jika mereka menyimpang, dari landasan perjuangan. Kita tidak boleh menjadi ahli sebagai pak turut sahaja, kerana kita mesti menjadi pengimbang dalam parti sekiranya kita mahu melihat SAPP hidup dan terus kukuh, dan terus bertapak dibumi Sabah ini, maka kita perlu membuat pembaharuan. Pembaharuan boleh berlaku, dengan kerjasama pemimpin lama yang mempunyai pengalaman dan pemimpin muda boleh belajar dari mereka bagi melatih diri, sebagai persiapan untuk menjadi pemimpin pelapis dimasa hadapan bagi meneruskan perjuangan ini.

Selain itu , kita juga harus berusaha menarik lebih ramai wanita profesional dan bukan profesional menyertai parti, tanpa mengira bangsa, agama serta keturunan, kerana pergerakan politik bukan hanya untuk bertanding di pilihanraya sahaja, tetapi ia adalah medan untuk membangunkan semua bangsa, dan membina negara.

Wanita adalah sebagai force atau jentera yang kuat didalam mana-mana institusi termasuk juga pergerakan politik. Wanita bukan hanya dibuat sebagai peraih undi, semasa pilihanraya, tetapi wanita juga mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan perjalanan parti dan negara. Wanita adalah salah satu sayap parti, berikan lah mereka peluang, untuk menyumbang pemikiran , merancang strategi, menggembling kekuatan serta menegur apa juga kepincangan yang perlu dibaiki. Maka dalam situasi serba mencabar ini, kesabaran, ketabahan, perpaduan, komitmen serta peranaan Pergerakan Wanita sentiasa menjadi tunggak kekuatan parti.


Sidang hadiran yang saya hormati,


Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan GKB yang hadir pada hari ini, agar dapat memberi pandangan yang bernas dan membina bagi mengukuhkan parti.

Dalam kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pucuk pimpinan parti kerana telah memberikan saya kepercayaan bagi menerajui Pergerakan Wanita sejak 2006, dan ini adalah hari terakhir untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita SAPP. Jawatan yang saya sandang ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar. Di sini saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli EXCO Wanita dan ahli-ahli Pergerakan Wanita atas kerjasama yang di beri kepada saya sepanjang tempoh penggal ini.

Tanpa sokongan padu dari setiap ahli Pergerakan Wanita, pasti kita tidak mampu untuk melaksanakan agenda Parti. Seperti kata pepatah Melayu, kita ibarat aur dengan tebing, sentiasa bantu membantu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, gunung sama didaki, lurah sama dituruni, kuatkan semangat, kukuhkan perpaduan, tingkatkan usaha, mantapkan kepimpinan dan ingatlah bahawa perjuangan kita belum selasai.

Sekian terima kasih.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party