Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan




Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish



 

Ucapan oleh ADUN N

Teks Ucapan oleh ADUN N.14 Kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan untuk Perbahasan Bajet Sabah 2009

Tuan Speaker,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membawa usul ke perhatian Dewan Undangan Negeri Sabah mengenai rancangan saluran Paip Gas Asli Petronas sejauh 500 kilometer, iaitu dari Kimanis Sabah ke Bintulu Sarawak dengan nilai berjumlah 3.0 bilion ringgit yang mana hal ini belum dibincang dan dijelaskan secara terperinci kepada masyarakat umum khususnya rakyat Sabah oleh pihak kerajaan mahupun di Dewan Undangan Negeri Sabah dan juga di Parlimen.

Demi untuk kepentingan rakyat jelata Sabah, saya mendesak supaya pihak Kerajan harus memberi penerangan dengan jelas dan secara positif mengapa Perdana Menteri Malaysia mengulangi janjinya seperti mana yang telah diumumkan oleh beliau pada bulan Mei 2008 di Sabah bahawa saluran paip itu akan dibatalkan dimana keutamaan adalah kepada industri gas dan minyak di negeri Sabah.

Sebaliknya, saya ingin menyeru kepada kerajaan negeri Sabah untuk menerangkan dengan sepenuhnya tentang bagaimana saluran paip itu dapat memberi manfaat terhadap pembangunan sosial ekonomi Sabah . Pihak kerajaan juga harus menjelaskan bagaimana saluran paip itu tidak akan menghalang keperluan tenaga gas asli bagi Sabah .

Jika projek itu terlaksana, terdapat banyak implikasi yang tidak dijangka akan timbul seperti tapak pembinaan di Kimanis termasuklah persisiran pantai Sabah dan kawasan penghantaran di Bintulu Sarawak maka oleh sebab itu saya ingin mendesak kepada kedua-dua pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengesahkan rancangan tersebut.

Selain daripada itu, saya juga mohon kepada kerajaan untuk menyatakan bentuk bayaran tetap, gantirugi atau lain-lain royalti yang akan dibayar kepada kerajaan negeri Sabah kerana kehilangan peluang oleh rakyat Sabah untuk menggunakan tenaga gasnya sendiri. Maka jika sekiranya perkara ini terjadi, besar kemungkinan akan memaksa negeri Sabah untuk tidak ada pilihan tetapi untuk menggunakan arangbatu semata-mata dimana jika benar, apakah bentuk pampasan / gantirugi yang akan dibayar disebabkan pencemaran akibat daripada penghasilan kuasa arangbatu itu yang dicadangkan di Sandakan.

Untuk kebaikan dan faedah kepada rakyat jelata Sabah, saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk menyatakan secara jelas bagaimanakah negeri Sabah dapat memastikan syarat-syarat yang terbaik terhadap penggunaan tanah dan pantai / laut untuk tapak dan penghantaran gas tersebut melalui saluran paip, sama-ada bayaran tetap akan dibayar kepada kerajaan negeri Sabah untuk maksud penggunaan tanah pelaksanaan saluran paip itu ataupun bayaran lain yang akan dibayar berdasarkan jumlah kuantiti gas yang melalui saluran paip ini.

Pada 7h.November 2008, pihak kerjaan telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan membina satu industri Petrochemical yang lengkap di Sabah. Saya minta supaya pihak Kerajaan dapat menyatakan bagaimana dan bilakah agaknya janji ini dapat ditunaikan. Sama ada janji (setia) ini dapat dilaksanakan sebelum bermulanya pembinaan saluran paip tersebut. Pihak kerajaan harus menjelaskan perkara ini kepada umum dan memastikan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa janji (setia) ini dapat ditunaikan sepenuhnya dan bukan lagi janji kosong.

Pembasmian kemiskinan

Sejumlah RM159.82 juta telah diperuntukan kepada Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Laur Bandar dan pejabat- pejabat daerah untuk tujuan program pembasmian kemiskinan. Dan 59.12 juta daripada jumlah tersebut diperuntukan untuk program pembasmian golongan miskin tegar. Diantara lain projek agropolitan berkaitan pembangunan tanah bersepadu yang dilaksanakan difokuskan seperti daerah Banggi, Pitas, Beluran, Kota Belud, Tenom dan Tongod, demikian juga program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang bertujuan meningkatkan pendapatan, bantuan, secara langsung, program industri desa dan sebagainya. Saya bersetuju dengan peruntukan yang sedemikian banyak yang diperuntukan untuk tujuan yang murni demi kesejahteraan rakyat kita yang miskin yang selama ini belum merasakan ertikata sebenar Kemerdekaan Negara kita.

Saya cuma tidak pasti samada tujuan murni ini dan peruntukan yang sebanyak ini dapat sampai ke golongan sasar yakni yang miskin dan miskin tegar. Apakah criteria yang dipakai untuk menentukan siapa yang layak mendapat bantuan berkenaan dan bagaimana kah system penyampaian dan pelaksanaanya dijalankan supaya tidak ada orang-orang tertentu mengaut keuntungan yang berlebihan sehingga menjejaskan tujuan pembasmian kemiskinan.

Mengikut laporan ketua Odit Negara 2007 bahawa terdapat beberapa projek program pembasmian kemiskinan di Sabah tidak berjaya malahan ada yang terbengkalai dan ada yang tidak berdaya tahan. Cuma angat-angat tahi ayam. Wang dibelanjakan tetapi tidak mencapai objektif membasmi kemiskinan. Saya perhatikan bahawa ramai jabatan dan agensi negeri, dan jabatan dan agensi persekutuan terlibat dalam program-program pembasmian kemiskinan dengan berbagai nama dan jenama masing-masing. Tidak kah ini boleh menimbulkan pertindihan perlaksaan program? Dalam pada itu siapakan agensi/badan pemantau kepada semua jabatan dan agensi berkenaan?

Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT)

Pada tahun 2004 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia melalui FELCRA telah melakukan bancian penduduk miskin di seluruh Negara. Di peringkat Negeri Sabah KPLB Sabah telah menyelaras bancian ini melalui pejabat-pejabat daerah. Dengan mengguna pakai Paras Garis Kemiskinan (PGK) Tegar RM520 pada ketika itu, kini dinaikkan ke RM540 untuk luar Bandar seramai 21,512 orang ketua isi rumah miskin tergar (KIRMT) masih dalam daftar setakat 30/09/2007. Statistik ini dikenali dengan Sistem Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat atau ringkasnya SSPKR.

Saya difahamkan bahawa baru-baru ini, Implementation and Coordinating Unit (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah melakukan bancian semula penduduk miskin dengan menggunakan kidmat Jabatan Perangkaan Malaysia . Bancian kali ini tidak melibatkan pejabat-pejabat daerah. Dengan mengguna pakai Paras Garis Kemiskinan (PGK) bagi Luar Bandar RM1,000 dan PGK Bandar RM1,500, bilangan penduduk miskin yang di daftarkan di negeri ini setekat Julai 2008 adalah seperti berikut; Miskin: 12,050 orang, Miskin Tegar:14,890 orang dan melepasi PGK: 10,833 orang.

Statistik ini yang dikenali dengan e-kasih menunjukan penurunan khususnya Miskin Tegar daripada 21,512 orang (SSPKR) kepada 14,890 (e-kasih). Penurunan KIRMT adalah “artifical” sahaja oleh kerana ia bukan menunjukan bahawa 6,622 orang KIRMT yang terkeluar itu disebabkan taraf kehidupan mereka telah meningkat, penurunan ini antara lainnya disebabkan ramai KIRMT tidak di banci atau diliputi dalam bancian yang telah dilakukan oleh Jabatan Perangkaan. Difahamkan bahawa ramai daerah telah membuat aduan bahawa ramai KIRMT yang telah tercicir dalam bancian tersebut. Antara sebab mengapa ramai KIRMT yang tidak dicakupi dalam bancian tersebut adalah:- Pejabat daerah tidak dilibatkan, dan JKKK tidak dilibatkan, jabatan perangkaan menggunakan pembanci sambilan lepasan SPM yang tidak mengetahui kedudukan lokasi kampung-kampung dalam daerah berkenaan, pembanci tidak tahu bertutur dalam bahasa tempatan, misal kata pembanci dari daerah Sook berketurunan orang murut dihantar ke Kota Marudu di mana penduduk/orang kampong sana lebeh selesa bertutur dalam dialek mereka sendiri terutama orang tua-tua, maka disini akan wujud ‘communication breakdown’ dan maklumat atau bancian itu juga akan jadi samar. Tambahan pula pembanci sambilan tidak mempunyai kenderaan sendiri dan tempat yang jauh tidak sempat di banci. Ada juga aduan orang yang berkereta besar juga tersenarai sebagai miskin tegar.

Maka sebab itu saya ingin tahun samada statistic yang dikeluarkan oleh ICU, JPM itu tepat atau sebaliknya. Saya amat kesal jika statisk kemiskinan ini tidak di buat bersungguh –sungguh dan tidak tepat oleh kerana ia akan membawa implikasih yang sangat merugikan pihak kerajaan dan pihak sasaran. Jika kalau salah statistic maka salahlah peyediaan peruntukan dan salahlah juga golongan sasaran dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan. Oleh sebab itu saya minta kerajaan supaya memperbetulkan keadaan ini agar objektif pembasmian kemiskinan ini benar dapat diberi perhatian yang serious bukan dari sudut angka peruntukan yang tinggi tetapi dari segi keberkesanan pelaksanaan terhadap golongan sasar yang tepat. Jika aduan ini benar adalah wajar Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah meyemak semula pangkalan data disemua daerah supaya tidak KIRMT yang tercicir dan ketinggalan.

Program Bantuan Rumah

Saya difahamkan bahawa ada dua jenis program bantuan rumah;- Bina baru dan baik pulih rumah. Untuk tahun ini hanya Cuma RM13 juta diperuntukan bagi program ini untuk membina 325 buah rumah di Negeri Sabah , dan peruntukan ini hanya diturunkan pada akhir bulan Oktober 2008 melalui SDO. Sekarang bulan November jadi saya tidak nampak bagaimana peruntukan ini sempat digunakan bagi maksud tersebut, untuk membina rumah 3 bilik lengkap dengan bekalan letrik, air dan siling yang memakan belanja RM40,000 seunit dan termasuk penyediaan tander atau sebut harga dalam tempuh masa 2 tahun memang tidak boleh selesai. Ini bererti peruntukan akan ditarik balik sebab tidak dapat dibelanjakan pada tahun ini. Peluang dan nasib 325 buah keluarga miskin akan terjejas. Saya minta penjelasan dari Menteri Pembangunan Luar Bandar samada perkara ini benar dan jika ya, bagaimana pihak kementerian boleh memastikan bahawa semua peruntukan yang disalurkan tidak akan sia-sia sahaja. Dan bagaimana nasib 325 buah keluarga berkenaan samada mereka akan dapat peluang untuk tahun hadapan?. Saya kuatir jika program-program ini menghadapi system penyampaian yang tidak efesen dan pelaksanaan yang tidak sempurna maka hasrat kerajaan untuk mensifarkan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar pada tahun 2010 sudah pasti tidak akan tercapai.

Masalah Tanah dalam Hutan Simpan dan Taman Negara

Masalah tanah penduduk kampong perlu dijadikan agenda utama kerajaan dalam membentuk satu dasar yang bersepadu untuk memastikan rakyat Sabah khususnya penduduk luar Bandar terus dapat pembelaan dan peluang untuk mendapat tanah bagi tujuan pertanian dan perkampungan mereka dengan sewajarnya.

Terdapat banyak sungutan dan aduan bahawa banyak kampung kampung dan penduduknya yang masih miskin dan tidak mempunyai tanah bergeran dan masih duduk di perkampungan yang daif, masih ramai yang menduduki tanah tanah kerajaan yang dianggap sebagai setinggan haram.Mereka ini adalah dibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpah tangga. Sudah pun miskin tidak ada perkampungan yang sempurna, tiada kemudahan asas seperti jalan raya, beklan air dan letrik, mereka di tuduh pula sebagai penghuni haram di tanah tumpah darah mereka sendiri. Ramai yang dikategorikan sebagai penduduk haram di Hutan Simpan Kerajaan, kawasan Taman Negara dan juga di kawasan SFI dan kawasan FMU. Sebagai contohnya di kawasan Kg. Ulu Tomani, Kg Tilis, dan beberapa kampung di kawasan Kemabong termasuk dalam kawasan SFI, di Kg. Salaron Nabawan, kawasan Pitas, kawasan Kanibungan termasuk dalam kawasan Hutan Simpan FMU, kampung-kampung di banjaran kroker dari Tenom ke Keningau termasuk kawasan Taman Negara dan banyak lagi kalau mahu di sebut satu persatu, sedangkan penduduk kampung-kampung tersebut sudah berada dikampung berkenaan sejak turun temurun dan mereka tinggal di situ terlebih dahulu bagi sebelum pun ada persempadan, secara rasmi Taman Negara dan Hutan Simpan pada ketika itu. Jadi mengapakan mereka sekarang menjadi mangsa kepada kawasan-kawasan berkenaan, dan apakah mereka tidak penting sebagai manusia dan rakyat kita? Dan tanah kerajaan dan tanah syarikat yang lebeh penting daripada rakyat kita?

Sesungguhnya, rakyat harus mematuhi undang-undang dan kerajaan juga mahu memastikan supaya hak milik kerajaan terpelihara seperti hutan simpan kerajaan, taman Negara, kawasan tadahan air, masalah alam sekitar dan sebagainya dan begitu juga syarikat-syarikat yang mendapat konsensi daripada kerajaan dalam kawasan-kawasan hutan simpan dalam kawasan pembalakan dan pembangunan hutan. Apa yang saya maksudkan ialah disamping kita menguatkuasakan undang-undang, kita juga harus menelitih kehidupan masyarakat desa kita yang telah terhimpit dalam keadaan hidup mereka, harapan mereka supaya sekurang-kurangnya perkampungan mereka tidak tergugat dan mereka juga perlukan tanah untuk menampung kehidupan dengan mengusahakan tanah-tanah yang ada di persekitaran mereka. Selain daripada memburu di hutan apa lagi yang mereka ada? Mereka cuma ada tanah dipersekitaran mereka untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang , tetapi tanah yang diduduki oleh mereka tidak terurus dan malahan mereka pula di usir oleh Jabatan Hutan dan Jabatan Taman Negara sebagai pendatang haram ditanah tumpah darah mereka iaitu dikampung kelahiran mereka. Ini amat menyedihkan. Kita sudah merdeka 45 tahun tetapi rakyat kita masih miskin dan tidak mempunyai hak milik tanah dan perkampungan yang sempurna, sudah sampai masanya kerajaan perlu ada pendekatan yang berdepadu untuk memperbaharui kehidupan mereka supaya bukan sahaja mereka terkeluar dari belenggu kemiskinan tetapi kita mahu melihat mereka bangga sebagai rakyat Sabah yang mempunyai hak milik tanah sekurang-kurangnya 15 ekar seorang untuk kehidupan yang lebih sempurna. Bagi masyarakat kampung tanah ada satu-satunya harta yang penting bagi mereka.

Saya sedar ada beberapa program kerajaan seperti Program Perhutan Masyarakat, Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Projek Agropolitan dan lain-lain. Adakah masalah besar sekiranya kerajaan mengeluarkan kawasan tanah yang telah diusahakan oleh penduduk kampung yang sudah pun ada tanaman-tanaman seperti getah, kelapa sawit dan tanaman pertanian yang lain yang termasuk dalam kawasan Taman Negera, kawasan Hutan Simpan dan juga Konsensi syarikat? Saya ketahui bahawa masalah untuk memohon mengeluarkan kawasan tanah-tanah tersebut sudah sering kali dibahas oleh beberapa wakil rakyat di dewan yang mulia ini sejak tahun 1986 tetapi tidak mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak kerajaan. Sudah tiba masanya kerajaan mengenal pasti kawasan-kawasan ini untuk mengatasi masalah mereka. Saya cadangkan supaya penduduk kampung yang benar-benar asli yang tinggal di kawasan Taman Negara dan Hutan Simpan berkenaan dan telah berkampung serta berladang pada sekian lama harus di keluarkan dari kawasan Taman Negara dan Hutan Simpan dan wujudkan kampung sejahtera dengan pembahagian lot 15 ekar sekeluarga dan seterusnya memberi kemudahan infrastukur jalan raya, bekalan air dan letrik kepada mereka. Seterusnya bantuan program pembasmian kemiskinan ke kampung mereka.

Kerajaan boleh memberi lot tanah bergeran 15 ekar seorang dengan beberapa syarat seperti berikut selain daripada undang-undang tanah yang sedia ada:-

1) lot geran tanah ini boleh dipindah milik kepada waris,

2) lot geran tanah ini tidak boleh dijuah atau tukar milik selagi pemilik tanah atau pewaris masih duduk di perkampungan tersebut,

3) lot geran tanah ini boleh tukar milik atau jual kepada jiran atau penduduk setempat sahaja pemilik tanah sudah tidak berada di kampung tersebut,

4) lot geran tanah ini tidak boleh tukar milik kepada orang luar daripada perkampung tersebut,

5) Pemilik lot geran tanah boleh usahasama dengan mana-mana pihak tanpa menukar hak milik tanah berkenaan.

Ini adalah cadangan-cadangan untuk memastikan supaya perkampungan itu tidak akan dimasuki oleh pendatang baru untuk membeli tanah kampung sewenang wenangnya sehingga perkampungan tersebut tergadai kepada orang perseorangan atau syarikat tertentu.

Saya berpandapat bahawa nasib mereka akan dapat berubah sekiranya kerajaan dapat membawa usul pindahan enakment Hutan Simpan dan Taman Negara di dewan yang mulia ini untuk kelulusan, saya yakin semua wakil rakyat yang ada dalam dewan yang mulia ini akan dapat memberi sokongan yang sewajarnya.

Baru-baru ini, pihak kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 01hb. November 2008 semua syarikat pengusaha besi lusuh di Sabah tidak akan diberi kelulusan untuk membaharui lesen perniagaan tersebut. Kebanyakan daripada syarikat pengusaha besi lusuh ini telahpun menjalankan perniagaan mereka sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun dan syarikat mereka adalah sebuah perniagaan masyarakat yang sah dan telah menyumbang banyak kemajuan kepada negeri Sabah dalam segi peluang pekerjaan dan cukai.

Kebelakang ini, akibat daripada berita-berita kecurian barangan besi di seluruh negeri Sabah maka syarikat kitar semula besi lusuh ini adalah pihak pertama yang dipersalahkan kerana menggalakkan kejadian curi bahan besi ini berlaku. Walhal, sebagai mana yang kita makulm bahawa kegiatan ini hanya dilakukan oleh sebilangan orang sahaja tetapi dianggap semuanya terlibat sama. (seperti peribahasa – se ekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit). Maka itu, kita tidak boleh mengatakan semua pengusaha berkenaan tidak baik.

Sebenarnya pada Ogos 2008 pihak Kerajaan Tempatan dan Perumahan melalui Kabinet Negeri telahpun meluluskan perlantikan satu anak syarikat kementerian tersebut yang dinamakan Superpanel Sdn. Bhd. untuk mengambil alih kelulusan Lesen Insuran kepada semua peniaga besi lusuh di Sabah. Dalam pandangan masyarakat umum, ini adalah satu perbuatan monopolasi dan akan memberi kesan buruk kepada perniagaan mereka. Tambahan pula, tidak ada seorangpun yang dapat menjamin bahawa masalah kecurian bahan besi di Sabah dapat diatasi oleh syarikat yang dilantik itu.

Sejak 01 November 2008, semua syarikat kitar semula besi lusuh berhenti beroperasi akibat daripada pembekuan lesen perniagaan mereka. Ekoran daripada ini, ramai pekerjanya telah kehilangan pekerjaan dan kebanyakan daripada syarikat yang bergantung penuh dengan perniagaan ini tidak dapat membayar balik pinjaman kepada pihak bank dan besar kemungkinan mereka akan jatuh bankrupt / muflis.

Dalam keadaan ekonomi kita yang merosot, keputusan pihak kerajaan hanya untuk melakukan pelaksanaan sinario ini. Tambahan pula, dengan monopolasi perniagaan itu tidak akan menyelasaikan jenayah seumpama itu daripada berulang.

Maka dengan segala fakta yang saya berikan ini, saya mohon dan merayu kepada pihak kerajaan negeri untuk mengkaji semula perkara tersebut dan membatalkan keputusan yang dibuat dahulu. Adalah wajar supaya lesen niaga mereka dapat dibaharui seperti sedia kala. Saya percaya dan yakin bahawa mereka akan membuat segala yang terbaik untuk mengurangkan kegiatan mencuri bahan besi di Sabah dengan kerjasama polis dan semua pihak yang berkenaan.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------


 



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party