Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan




Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish



[Versi English][Versi Cina]
PERLEMBAGAAN PARTI MAJU SABAH

KANDUNGAN


Fasal 1 Nama
Fasal 2 Nama dan Tempat Urusan
Fasal 3 Lambang dan Bendera
Fasal 4 Tujuan dan Matlamat
Fasal 5 Keahlian
Fasal 6 Persidangan Perwakilan
Fasal 7 Majlis Tertinggi
Fasal 8 Komiti Eksekutif
Fasal 9 Komiti Perhubungan Kawasan Tugas-Tugas
dan Kuasa-Kuasanya

Fasal 10 Komiti Perhubungan Wanita Tugas-Tugas
dan Kuasa-Kuasanya

Fasal 11 Komiti Perhubungan Pemuda Tugas-Tugas
dan Kuasa-Kuasanya

Fasal 12 Pembentukan Cawangan-Cawangan
Fasal 12A Mesyuarat Agung Cawangan
Fasal 12B Komiti Cawangan
Fasal 12C Tugas-Tugas dan
Tanggungjawab Komiti Cawangan

Fasal 13 Lembaga Disiplin
Fasal 13A Melanggar Peruntukan-Peruntukan
Perlembagaan atau Kod Etika

Fasal 14 Peruntukan Kewangan
Fasal 15 Juruaudit
Fasal 16 Pemegang Amanah
Fasal 17 Majlis Penasihat
Fasal 18 Presiden Kehormat
Fasal 19 Jangkamasa Memegang Jawatan
Fasal 20 Pemindaan Perlembagaan
Fasal 21 Peruntukan-Peruntukan Pelbagai
Fasal 22 Pembubaran
Kod Etika


PERLEMBAGAAN PARTI MAJU SABAH (PMS)

FASAL 1. NAMA (Balik ke Kandungan)

Pertubuhan ini dinamakan Parti Maju Sabah atau dalam Bahasa Inggeris ˇ°Sabah Progressive Partyˇ± (SAPP) dan seterusnya disebut sebagai ˇ°Partiˇ± dalam perlembagaan ini.


FASAL 2. NAMA DAN TEMPAT URUSAN (Balik ke Kandungan)

(1) Alamat berdaftar Parti ini ialah Lot 23, Tingkat Dua, Bornion Centre, Jalan Kolam, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

(2) Tempat mesyuarat Parti adalah di alamat berdaftar atau lain-lain tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 3. LAMBANG DAN BENDERA (Balik ke Kandungan)

(1) Lambang Parti berbentuk peta Negeri Sabah berwarna hijau berlatar belakangkan warna langit kebiruan dan matahari terbit berwarna kuning yang terkandung di dalam kotak empat segi sebagai sempadan berwarna ungu.

Skim Warna ¨C Langit kebiruan melambangkan pemandangan luas, matahari terbit berwarna kuning melambangkan kecerahan masa depan Sabah dalam Malaysia. Hijau melambangkan keindahan penduduk, alam semulajadi yang kaya dari segi punca pendapatan. Sempadan berwarna ungu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia di Sabah.

(2) Bendera Parti adalah lambang Parti yang terkandung di dalam kawasan petak empat segi bujur dengan tujuh jalur merah di kedua-dua belah lambang berlatar belakangkan warna putih.

FASAL 4. TUJUAN DAN MATLAMAT (Balik ke Kandungan)

Tujuan dan matlamat Parti ini adalah seperti berikut:

(1) Untuk membentuk kerajaan yang demokratik, bertanggungjawab dan adil serta kerajaan yang tegas, berkeputusan dan berdisiplin.

(2) Menubuhkan masyarakat yang adil, bebas dan saksama tidak mengira bangsa, ugama, kepercayaan atau jantina.

(3) Melindungi, meningkatkan dan menjaga hak-hak dan kepentingan dan inspirasi rakyat Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.

(4) Menjunjung dan meningkatkan prinsip-prinsip demokrasi berparlimen dan hak-hak termaktub di dalam perlembagaan dan hak-hak asasi semua warganegara.

(5) Meningkatkan dan melindungi hak-hak dan kepentingan-kepentingan orang asli dan penduduk lain dalam Sabah dan Malaysia.

(6) Melindungi dan mengekalkan dan meningkatkan kebudayaan dan adat tradisi semua rakyat Sabah dan Malaysia.

(7) Menjunjung, melindungi dan meningkatkan kebebasan berugama dalam Sabah dan Malaysia.

(8) Meningkatkan keharmonian, persefahaman, kebaikan dan perpaduan semua rakyat Sabah dan Malaysia dengan semangat berdikari berusaha dan bekerjasama.

(9) Untuk meningkatkan ekonomi, sosial, kebudayaan, pelajaran dan perkembangan politik rakyat Sabah dan Malaysia.

(10)Untuk bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana organisasi politik
atau mana-mana bahagian di dalam Malaysia yang mempunyai tujuan-
tujuan dan prinsip-prinsip selaras untuk mencapai tujuan-tujuan dan
prinsip-prinsip selanjutnya parti ini.

(11) Untuk membuat semua tindakan-tindakan dan perkara-perkara yang tidak
dinyatakan di dalam kandungan Fasal-Fasal untuk menjaga kepentingan
Parti.

FASAL 5. KEAHLIAN (Balik ke Kandungan)

(1) Kelayakan-kelayakan untuk Keahlian

Keahlian Parti adalah terbuka kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang telah mencapai sekurang-kurangnya 18 tahun, tidak berpandukan kepada bangsa, ugama, kepercayaan, jantina dan sesiapa sahaja yang bukan ahli kepada lain-lain parti politik, dan sesiapa sahaja yang memegang kepada matlamat-matlamat Parti .

(2) Permohonan untuk Keahlian

a) Sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli kepada Parti mestilah memohon kepada Majlis Tertinggi melalui borang yang ditetapkan dan selaras dengan undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur yang akan diperuntukan oleh Majlis Tertinggi dari masa ke semasa.

b) Majlis Tertinggi boleh menggunakan pandangan mereka sendiri menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan alasan-alasan terhadap keputusan.

c) Di mana-mana cawangan yang sudah ditubuhkan, ahli-ahli yang menetap atau bekerja di dalam kawasan Cawangan itu akan disertakan di cawangan itu jika sebaliknya hendaklah diluluskan oleh Setiausaha Agung.

d) Mana-mana kawasan di mana Cawangan belum lagi wujud, ahli-ahli yang menetap atau bekerja di kawasan itu akan disertakan kepada mana-mana Cawangan tertakluk kepada arahan Setiausaha Agung, dan

e) Tiada ahli dalam sesuatu cawangan boleh menjadi ahli kepada mana-mana Cawangan yang lain dalam masa yang sama. Perpindahan keahlian dari satu Cawangan yang lain akan dibenarkan dengan surat kebenaran daripada Setiausaha Agung.


(3) Kemasukan Dan Yuran Keahlian

a) Yuran kemasukan ke dalam Parti ialah RM2.00;

b) Yuran tahunan ialah RM1.00 berakhir pada 31 Disember setiap tahun atau sebahagian daripada tahun tersebut;

c) Yuran kemasukan dan yuran tahunan pada tahun tersebut mestilah diserahkan kepada Parti pada masa permohonan keahlian;

d) Semua yuran tahunan mestilah dibayar terlebih dahulu atau sebelum 1 Januari tiap-tiap tahun. Mana-mana ahli yang belum menjelaskan yuran akan kehilangan hak dan keistimewaan sebagai ahli;

e) Ahli-ahli cawangan mestilah membayar yuran tahunan mereka kepada Cawangan mereka masing-masing dan Cawangan itu haruslah bertanggungjawab ke atas yuran-yuran yang telah dipungut atas arahan Majlis Tertinggi.


(4) Keahlian Seumur Hidup

a) Seseorang ahli akan menjadi Ahli Seumur Hidup apabila membayar sejumlah sumbangan sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dari masa ke semasa tidak kurang daripada RM100.00 dan ahli berkenaan akan dikecualikan daripada bayaran yuran keahlian tahunan sebagaimana ditetapkan di bawah Fasal 5(3)(b).

b) Semua peraturan dan peruntukan dikuatkuasakan untuk keahlian meliputi disiplin di bawah Fasal 13 akan dilaksanakan sama rata kepada Ahli Seumur Hidup.

(5) Hak-hak Ahli

a) Setiap pemohon diterima masuk ke dalam parti akan dikeluarkan kad keahlian.

b) Hanya yang diperuntukan dalam Perlembagaan dan asalkan ahli itu belum dilucutkan keahlian atau apa-apa sebab, seseorang ahli berhak:-

(i) Untuk menghadiri dan bercakap di kesemua mesyuarat-mesyuarat yang mana dia berhak untuk hadir;

(ii) Untuk membuang undi di kesemua mesyuarat-mesyuarat yang mana dia berhak untuk hadir;

(iii) Untuk memegang jawatan di dalam Parti di mana dia sah diundi atau dilantik;

(iv) Untuk menggunakan secara berpatutan semua kemudahan-mudahan yang disediakan oleh Parti.

(6) Perletakan Jawatan Ahli

Ahli yang ingin meletakkan jawatan boleh berbuat demikian dengan memberi sebulan notis bertulis kepada Setiausaha Agung. Seorang ahli yang meletakkan keahlian hendaklah menyerahkan kembali kad keahliannya kepada Parti.


FASAL 6. PERSIDANGAN PERWAKILAN (Balik ke Kandungan)

(1) (a) Satu Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali haruslah diadakan sekali dalam setiap dua tahun. Dalam Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali di mana pemilihan umum parti diadakan hendaklah dipanggil Kongres Agung;

(b) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan, kuasa tertinggi Parti
ialah Persidangan Perwakilan. Semua fungsi eksekutif hendaklah dilaksanakan di bawah kuasa dan arahan Persidangan Perwakilan.

(2) Tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa-kuasa Persidangan Perwakilan hendaklah:-

(a) Menentukan dasar-dasar Parti;

(b) Menyelia kerja dan kegiatan-kegiatan Majlis Tertinggi;

(c) Untuk memilih Pengerusi Tetap dan dua (2) Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan Perwakilan;

(d) Tertakluk kepada Fasal 7(2) dan 19(1), untuk memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi;

(e) Untuk meminda Perlembagaan di mana ianya difikirkan perlu dan wajar;

(f) Untuk menentukan aturcaranya sendiri, mengarah, mengurus, mengawal dan merunding dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai untuk Parti;

(g) Untuk mendelegasi dengan kuasa atau tahap kuasa untuk mendelegasi seterusnya; semua atau sesuatu kuasa-kuasa kecuali kuasa untuk meminda Perlembagaan; tertakluk kepada apa-apa kuasa yang didelegasikan hendaklah lesap berikutan dengan Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali kecuali jika kuasa delegasi itu telah diperbaharui di dalam Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali; dan

(h) Untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan Parti yang mana tidak termaktub dan tidak diperuntukkan di dalam perlembagaan ini.

(3) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali haruslah mengendalikan perkara-perkara berikut:-

(a) Untuk mengesahkan minit Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali yang lepas dan jika ada, minit Persidangan Perwakilan Tergempar yang lalu;

(b) Untuk menerima laporan-laporan daripada Majlis Tertinggi sebagaimana yang telah disampaikan oleh Setiausaha Agung, melaporkan aktiviti-aktiviti Parti, kemajuan dan pembangunan untuk dua tahun yang lepas;

(c) Untuk menerima Laporan Kewangan untuk dua tahun yang lepas sebagaimana yang disampaikan oleh Bendahari Agung;

(d) Untuk melantik juruaudit-juruaudit untuk dua tahun yang akan datang;


(e) Untuk membincangkan, jika perlu, untuk membuat keputusan apa-apa juga usul yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi atau Komiti Perhubungan Pemuda atau Wanita mana-mana cawangan;

(f) Untuk memilih Pengerusi Tetap dan dua (2) Timbalan Pengerusi Tetap bagi Persidangan Perwakilan yang akan memegang jawatan tersebut sehingga Pemilihan Umum Parti yang akan datang untuk pemegang-pemegang jawatan Parti;

(g) Tertakluk kepada Fasal 7(2) dan 19(1), untuk memilih Majlis Tertinggi sekali dalam setiap empat tahun.

(3A) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali hendaklah diadakan selewat-lewatnya sebelum bulan September kecuali diputuskan oleh Presiden. Notis awal Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali menyatakan tarikh, masa dan tempat perjumpaan, usul-usul dibentangkan untuk perbahasan semasa Kongres hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agung kepada semua setiausaha-setiausaha cawangan selewat-lewatnya empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Kongres. Semua setiausaha cawangan hendaklah bersidang untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tidak lewat daripada dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali.

(3B) Nama-nama wakil, usul untuk perbincangan dan cadangan lain hendaklah dihantar oleh setiausaha-setiausaha cawangan kepada Setiausaha Agung dengan seberapa cepat mungkin selepas perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

(3C) Setiausaha Agung hendaklah mengemukakan kepada semua setiausaha-setiausaha cawangan agenda Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali serta dengan minit-minit Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali yang terakhir dan akaun Parti untuk dua tahun yang lepas yang telah diaudit sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali.

(4) Persidangan Perwakilan Tergempar berkemungkinan akan diadakan pada bila-bila masa:-

(a) Jika diarah oleh Presiden Parti; atau

(b) Jika diminta secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi menyatakan sebab-sebab memanggil Persidangan Perwakilan Khas:

Dengan syarat tiga puluh (30) hari notis sebelum tarikh, masa dan tempat
Persidangan Perwakilan Khas diberikan kepada semua wakil-wakil;

Dengan syarat, dalam keadaan cemas, Presiden boleh menandatangani sijil
kecemasan di mana sekurang-kurangnya tujuh (7) hari notis perlu diberi kepada wakil-wakil; dan

Dengan syarat seterusnya apa-apa notis yang kurang daripada tujuh (7) hari tidak akan menggugat kesahihan Persidangan Perwakilan Khas hanya jika melanggar fasal ini telah dipersetujui melalui resolusi yang tidak kurang daripada setengah daripada semua wakil-wakil yang layak tidak kira jika
hadir atau tidak.

(5) Korum untuk semua Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali dan Persidangan Perwakilan Khas hendaklah dianggotai oleh setengah wakil-wakil yang layak dan nama-nama mereka telah dihantar oleh cawangan-cawangan tertentu mereka.

(6) Jika satu jam selepas tempoh atau masa yang telah ditetapkan untuk Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali masih lagi tidak mencupuki Korum, maka Persidangan hendaklah ditunda kepada tarikh yang tidak melebihi empat belas (14) hari yang akan ditetapkan oleh Presiden, dan sekiranya korum tidak mencukupi sejam selepas masa yang telah ditetapkan untuk Persidangan yang ditundakan itu, maka perwakilan-perwakilan yang hadir akan mempunyai kuasa untuk meneruskan agenda tetapi Persidangan tidak akan mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan.

(7) Di dalam keadaan di mana diadakan Persidangan Perwakilan Tergempar, jika tidak
mencukupi korum, Persidangan hendaklah tidak diperlukan lagi untuk tujuan yang sama sehingga lesap sekurang-kurangnya tiga bulan daripada yang dinyatakan.

(8) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali hendaklah dianggotai oleh:-

(a) Ahli-ahli Majlis Tertinggi;

(b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara,

(c) Pengerusi setiap Cawangan yang bukan ahli Majlis Tertinggi, ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen. Untuk menghindar keraguan, jika Pengerusi Cawangan tidak dapat hadir atas apa-apa sebab, tidak ada ahli boleh hadir untuk mewakili beliau;

(d) Perwakilan-perwakilan yang akan dipilih melalui pengundian oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan adalah seperti berikut:

(i) Bagi Cawangan-Cawangan yang mempunyai 50 hingga 100 ahli -
satu perwakilan dan selepas itu ditambah satu perwakilan bagi setiap 50 ahli sehingga maksima 4 perwakilan sahaja.

(ii) Pengerusi Cawangan hendaklah tidak dikira sebagai perwakilan di bawah kategori ini.

(e) Dua puluh (20) perwakilan yang dilantik oleh Komiti Perhubungan Wanita melalui majoriti pemilihan; dan

(f) Dua puluh (20) perwakilan yang dilantik oleh Komiti Perhubungan Pemuda melalui majoriti pemilihan.

(9) Persidangan Perwakilan Tergempar hendaklah dianggotai oleh perwakilan-perwakilan yang sama dengan yang mengganggotai Persidangan Perwakilan Tergempar yang lalu.

(10) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali dan Persidangan Perwakilan Tergempar
boleh memecat sesiapa ahli Majlis Tertinggi yang dilantik atau dipilih dengan dua pertiga (2/3) majoriti.


FASAL 7. MAJLIS TERTINGGI (Balik ke Kandungan)

(1) Adalah perlu untuk menubuhkan Majlis Tertinggi.

(2) Majlis Tertinggi hendaklah dianggotai oleh anggota-anggota seperti berikut:-

(a) Presiden
(b) Tiga Timbalan Presiden
(c) Enam Naib Presiden yang dipilih oleh Persidangan Perwakilan
(d) Dua Naib Presiden akan dilantik oleh Majlis Tertingi
(e) Satu Naib Presiden yang mana hendaklah Ketua Pergerakan Wanita
(f) Satu Naib Presiden yang mana hendaklah Ketua Pergerakan Pemuda
(g) Setiausaha Agung
(h) Satu Pembantu Setiausaha Agung
(i) Bendahari Agung
(j) Satu Pembantu Bendahari Agung
(k) Setiausaha Penganjur
(l) Satu Pembantu Setiausaha Penganjur
(m) Ketua Penerangan
(n) Satu Pembantu Ketua Penerangan
(o) Ahli-Ahli Majlis Tertinggi seperti berikut:-

(i) Lima belas ahli-ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih oleh Kongres Agung;
(ii) Tiga ahli-ahli Majlis Tertinggi yang akan dilantik oleh Majlis Tertinggi.

Pemegang-pemegang jawatan yang tersebut di atas tersenarai di dalam (g), (h), (i) (j), (k), (l), (m) dan (n) akan dilantik oleh Presiden.

(2A)Tertakluk kepada Fasal 19(1) Perlembagaan ini, nama-nama calon untuk pemilihan untuk memegang jawatan-jawatan yang dirujuk di perenggan (a), (b), (c), dan (o), (i), Peruntukan (2) di atas hendaklah dicadangkan sekurang-kurangnya oleh satu Cawangan dan disokong oleh satu Cawangan yang lain semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (dalam tahun pemilihan). Melainkan Majlis Tertinggi mempunyai kuasa dari masa ke semasa untuk membuat keputusan mengenai jumlah Cawangan yang diperlukan untuk menamakan seseorang calon yang mana difikirkan sesuai.

Pemilihan hendaklah ditentukan dengan undi majoriti oleh perwakilan-perwakilan di Kongres Agung.

(2B) Ketua-Ketua Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda yang dirujuk di dalam perenggan (e) dan (f) di dalam Peruntukan (2) di atas hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi mengikut Fasal 10 dan 11 Perlembagaan ini.
(3) Tugas-tugas dan kuasa-kuasa Majlis Tertinggi adalah seperti berikut:-

(a) Majlis Tertinggi hendaklah bertanggungjawab terhadap pentadbiran am Parti.

(b) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai tugas-tugas dan kuasa-kuasa untuk merancang polisi-polisi, program-program dan perkara-perkara lain yang mana difikirkan perlu.

(c) Majlis Tertinggi boleh mencadang ahli-ahli untuk apa-apa perlantikan politik di dalam Kerajaan, badan-badan berkanun, ajensi-ajensi kerajaan atau organisasi-organisasi lain atau perbadanan yang sesuai.

(d) Majlis Tertinggi hendaklah dengan sendiri atau melalui kuasanya menyerahkan kuasa kepada sesiapa pememang jawatan atau komiti di bawah jagaannya, memilih calon-calon Parti untuk bertanding di mana-mana Negeri atau Pilihanraya Parlimen atau mana-mana Pilihanraya yang sesuai.

(e) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk menentu, bertindak, menyelia atau mengendalikan apa jua perkara-perkara berkaitan dengan apa-apa pilihanraya-pilihanraya, atau perkara-perkara lain yang boleh membawa kesan kepada Parti.

(f) Ahli Majlis Tertinggi mempunyai bidang kuasa dalam membuat keputusan mengenai hubungan Parti dengan mana-mana pertubuhan yang sah di dalam Malaysia, samada mengenai perkara persefahaman, gabungan atau lain-lain persefahaman yang berkaitan dan yang akan mendatangkan manfaat, yang tidak termaktub dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan.

(g) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik:-

(i) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada semua Komiti Perhubungan Kawasan sepertimana yang termaktub didalam Fasal 9 disini;

(ii) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada Komiti Perhubungan Wanita
sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 10 di sini;

(iii) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada Komiti Perhubungan Pemuda
sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 11 di sini;

(iv) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada mana-mana Komiti Sementara,
Komiti Tetap, Komiti Bersepadu dan sesuatu komiti lain yang perlu mengenai apa-apa perkara tertentu atau untuk tujuan am atau objektif; dan

(v) Pengerusi dan ahli-ahli lain bagi setiap Zon Komiti atau komiti dengan nama lain, untuk memberi kerjasama dan menyelia kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti satu atau lebih dari satu Komiti-Komiti Perhubungan Kawasan.

(h) Majlis Tertinggi hendaklah berkuasa sebagai badan yang meluluskan penubuhan dan pengesahan mana-mana Cawangan Parti sepertimana yang terkandung di dalam Fasal 12 di sini.

(i) Majlis Tertinggi hendaklah menyelia dan mengarahkan pengurusan am Komiti Eksekutif, Komiti Perhubungan Kawasan, Komiti Zon, Komiti Perhubungan Wanita, Komiti Perhubungan Pemuda dan semua cawangan-cawangan, termasuklah kuasa untuk membuat undang-undang, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil berhubung dengan perjalanan komiti-komiti yang tersebut di atas atau cawangan sepertimana keadaan memerlukan.

(j)[i]Majlis Tertinggi hendaklah membuat sesuatu Perintah-Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dn undang-undang kecil
sepertimana yang perlu untuk perjalanan lancar Parti dan jenteranya dan
pengurusan, termasuklah kuasa untuk membuat sesuatu Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil untuk
melancarkan perjalanan apa-apa pemilihan pemegang-pemegang jawatan Parti,
cawangan-cawangan dan Majlis Tertinggi.

[ii]Majlis Tertinggi diberi kuasa untuk membuat Kod Etika bagi Ahli-Ahli di mana antara lainnya hendak menghalang penyalahgunaan kuasa dan wang untuk memperolehi undi, sokongan atau mempengaruhi untuk kepentingan diri atau bagi pihak ahli-ahli lain atau menghalang ahli-ahli lain daripada mengundi atau diundi didalam mana-mana pemilihan parti.


(k) Tertakluk kepada Peruntukan (j) di atas, Majlis Tertinggi hendaklah melantik tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuh ahli-ahli Parti untuk membentuk Komiti Sementara Pemilihan untuk menyelia dan memerhatikan pemilihan-pemilihan pemegang jawatan Majlis Tertinggi. Ahli-Ahli berkenaan mungkin dilantik daripada golongan Presiden-Presiden Kehormat dan Penasihat-Penasihat atau mana-mana ahli-ahli yang mempunyai pendirian berkecuali yang baik dan boleh dipercayai, dengan syarat ahli-ahli Komiti Sementara Pemilihan tidaklah berkelayakkan untuk pemilihan kepada Majlis Tertinggi yang mana pemilihan itu adalah atas penyeliaan dan pemerhatian Komiti tersebut.

(l) Majlis Tertinggi hendaklah menjalankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan
tersebut dan Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-
peruntukan dan undang-undang kecil yang sedia ada dan polisi-polisi dan
rancangan-rancangan Parti; dan bagi memastikan Perintah-Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil dan
polisi-polisi dan rancangan-rancangan Parti dipatuhi; boleh mengambil semua
tindakan yang sesuai dan langkah-langkah bagi memastikan semua dipatuhi,
termasuk kuasa menggantung mana-mana keahlian Parti atau menggantung
atau membubarkan mana-mana Cawangan Parti oleh Majlis Tertinggi.

(m) Majlis Tertinggi boleh mengambil apa-apa langkah, tindakan yang mana tidak
diperuntukkan khas di dalam Perlembagaan ini untuk tujuan kebaikan kepada
Parti.

(4) Majlis Tertinggi hendaklah bertemu sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau apabila diarah oleh Presiden atau atas permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi yang masih kekal, tetapi hanya sekiranya diputuskan oleh Presiden di dalam keadaan-keadaan mendesak, tujuh hari (7) notis hendaklah diberikan kepada ahli-ahli untuk mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi, kecuali diperuntukkan kegagalan mematuhi peruntukan ini tidak akan menjejaskan kesahihan perjalanan mesyuarat atas kegagalan mematuhi telah dipersetujui melalui resolusi tidak kurang dari setengah ahli Majlis Tertinggi yang masih kekal, hadir atau tidak.

(5) Satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi yang masih kekal akan membentuk korum.

(6) Anggota Majlis Tertinggi boleh meletakkan jawatan secara bertulis kepada Presiden, yang mana beliau akan membentangkan perletakan jawatan itu kepada
Majlis Tertinggi pada mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya. Sekiranya berlaku
perletakan jawatan oleh ahli yang terpilih, maka Majlis Tertinggi boleh melantik satu lagi ahli untuk mengisi kekosongan jawatan yang wujud di dalam Majlis Tertinggi.

(7a) Jika berlaku kejadian mana-mana ahli yang dipilih berhenti memegang jawatan atas apa-apa sebab, atas tindakan undang-undang, penggantungan atau kematian
atau atas sebab-sebab lain, Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik lain-lain ahli untuk mengisi kekosongan yang wujud.

(7b) Jika belaku kejadian apabila ahli yang dilantik berhenti memegang jawatan atas apa-apa sebab seperti atas perletakan jawatan, atas tindakan undang-undang, penggantungan atau kematian atau sebab-sebab lain, Presiden bolehlah membuat perlantikan untuk mengisi kekosongan yang wujud.

(8) Sekiranya berlaku di mana dua pertiga (2/3)atau lebih ahli Majlis Tertinggi meletakkan jawatan dengan serentak, maka ahli Majlis Tertinggi yang tinggal hendaklah terus mentadbir Parti sehinggalah Persidangan Perwakilan Tergempar telah diadakan untuk memilih Majlis Tertinggi yang baru.

(9) Tugas-tugas pemegang-pemegang jawatan Majlis Tertinggi adalah seperti berikut:-

(a) Presiden hendaklah menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran harian Parti;

(b) Timbalan-Timbalan Presiden hendaklah membantu secara am di dalam tugas-tugas Presiden dan satu daripada Timbalan-Timbalan Presiden hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden;

(c) Naib Presiden hendaklah membantu Presiden and Timbalan-Timbalan Presiden di dalam tugas-tugas mereka, dan hendaklah melaksanakan sesuatu
tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden Majlis Tertinggi;

(d) Setiausaha Agung hendaklah mengendalikan pengurusan aktiviti-aktiviti Parti termasuklah mengambil minit mesyuarat-mesyuarat, mengemukakan tafsiran dan akuan dan sesuatu dokumen-dokumen lain sepertimana yang diperlukan oleh Akta Pertubuhan 1966 kepada Pendaftaran Pertubuhan dan secara amnya untuk memastikan dan mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan. Setiausaha Agung hendaklah menyelia perjalanan fungsi Cawangan-Cawangan. Setiausaha Agung hendaklah mengemukakan laporan Dua Tahun Sekali tentang kemajuan dan kegiatan Parti pada tiap-tiap Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali;

(e) Pembantu Setiausaha Agung hendaklah membantu secara am Setiausaha Agung di dalam pengendalian tugas-tugas Setiausaha Agung;

(f) Bendahari Agung hendaklah bertanggungjawab ke atas pengurusan akaun dan kewangan Parti. Bendahari Agung hendaklah mengemukakan laporan kewangan yang telah diaudit pada setiap Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali;

(g) Pembantu Bendahari Agung hendaklah membantu Bendahari Agung di dalam perlaksanaan tugas-tugas sebagai Bendahari Agung;

(h) Setiausaha Penganjur hendaklah bertanggungjawab untuk menganjurkan latihan politik dan latihan kepimpinan untuk ahli-ahli dan untuk memastikan perjalanan teratur dan kemajuan sesuatu aktiviti-aktiviti;

(i) Pembantu Setiausaha Penganjur hendaklah membantu secara am Setiausaha Penganjur di dalam mengendalikan tugas-tugas Setiausaha Penganjur;

(j) Ketua Penerangan hendaklah mengendalikan publisiti dan perhubungan media masa Parti dan memastikan penyebaran penerangan kepada orang awam untuk kebaikan Parti. Ketua Perhubungan boleh mengendalikan seminar-seminar penerangan, persidangan-persidangan atau sesuatu aktiviti-aktiviti lain sepertimana yang perlu untuk mencapai tujuan-tujuan di atas;

(k) Pembantu Ketua Perhubungan hendaklah membantu secara am Ketua Perhubungan di dalam mengendalikan tugas-tugas Ketua Perhubungan;

(l) Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang lain hendaklah membantu di dalam pentadbiran Parti dan bolehlah diberikan tugas-tugas tertentu sepertimana yang akan ditetapkan oleh Presiden atau Majlis Tertinggi.

(10) Semua pemegang-pemegang jawatan Parti, setiap pegawai terlibat dengan pentadbiran Parti dan semua penasihat Parti hendaklah warganegara Malaysia.

(11) Semua pemegang-pemegang jawatan Parti hendaklah layak untuk mengundi dan memegang jawatan-jawatan di dalam komiti-komiti atau jawatankuasa Parti.

FASAL 8. KOMITI EKSEKUTIF (Balik ke Kandungan)

(1) Komiti Eksekutif hendaklah ditubuhkan dan dianggotai oleh Presiden, Timbalan-Timbalan Presiden, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Setiausaha Penganjur, Ketua Penerangan dan dua hingga tujuh ahli-ahli lain Majlis Tertinggi yang akan dilantik oleh Presiden.

(2) Komiti Eksekutif hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan notis sekurang-kurangnya dua hari kepada ahli-ahli Komiti Eksekutif. Satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli hendaklah membentuk korum.

(3) Komiti Eksekutif hendaklah bertanggungjawab terhadap pentadbiran ibu pejabat
Parti dan boleh menyediakan laporan-laporan yang perlu, perakuan-perakuan, cadangan-cadangan atau perkara lain untuk perbincangan dan keputusan Majlis Tertinggi.

(4) Komiti Eksekutif hendaklah menjalankan dan mengendalikan keputusan-keputusan Majlis Tertinggi dan Kongres Agung.


FASAL 9. KOMITI PERHUBUNGAN KAWASAN TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASANYA (Balik ke Kandungan)

(1) Semenangnya ada diwujudkan Komiti Perhubungan Kawasan di mana-mana Dewan Undangan Negeri Kawasan dan Wilayah Persekutuan Labuan Kawasan Parlimen, sebagaimana Majlis Tertinggi difikirkan perlu.

(2) Komiti Perhubungan Kawasan hendaklah bertanggungjawab terhadap kelancaran perjalanan politik dan lain-lain aktiviti-aktiviti Parti yang sah di sisi undang-undang di dalam Kawasan itu.

(3) Pengerusi dan ahli-ahli lain Komiti Perhubungan Kawasan hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi.

(4) Perintah Tetap, undang-undang dan peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil yang berkuatkuasa terhadap perjalanan Komiti-Komiti Perhubungan Kawasan dan pentadbirannya, sama ada kewangan atau sebaliknya, hendaklah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

(5) Untuk Komiti Perhubungan Kawasan diwujudkan di sesuatu Kawasan mestilah ada sekurang-kurangnya tiga cawangan di dalam Kawasan yang berkenaan.



FASAL 10. KOMITI PERHUBUNGAN WANITA TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASANYA (Balik ke Kandungan)

(1) Adalah perlu diwujudkan di peringkat Negeri Komiti Perhubungan Wanita.

(2) Komiti Perhubungan Wanita hendaklah bertanggungjawab untuk menjalankan perkara-perkara yang berhubung dengan Pergerakan Wanita dan untuk memastikan kemajuan politik wanita. Komiti tersebut hendaklah juga merancang dan mengendalikan apa-apa program-program dan polisi-polisi Parti untuk kebaikan Pergerakan Wanita dan Parti.

(3) Pengerusi dan lain-lain ahli kepada Komiti Perhubungan Wanita hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi.

(4) Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil yang berkuatkuasa terhadap perjalanan Komiti Perhubungan Wanita dan pentadbirannya, sama ada ianya kewangan atau sebaliknya, hendaklah dipastikan oleh Majlis Tertinggi.

(5) Majlis Tertinggi atas nasihat Komiti Perhubungan Wanita boleh membuat Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil untuk berkuatkuasa terhadap perjalanan komiti yang lain, di dalam sesuatu kawasan atau peringkat-peringkat lain berhubung dengan Pergerakan Wanita.


FASAL 11. KOMITI PERHUBUNGAN PEMUDA TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASANYA (Balik ke Kandungan)

(1) Adalah perlu diwujudkan di peringkat Negeri Komiti Perhubungan Pemuda.

(2) Komiti Perhubungan Pemuda hendaklah bertanggungjawab untuk menjalankan perkara-perkara yang berhubung dengan Pergerakan Pemuda dan untuk memastikan pembangunan politik pemuda. Komiti tersebut hendaklah juga merancang dan mengendalikan apa-apa program dan polisi Parti untuk kebaikan Pergerakan Pemuda dan Parti.

(3) Pengerusi dan ahli-ahli kepada Komiti Perhubungan Pemuda hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi.

(4) Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil yang berkuatkuasa terhadap perjalanan Komiti Perhubungan Pemuda dan pentadbirannya, sama ada ianya kewangan atau sebaliknya, hendaklah dipastikan oleh Majlis Tertinggi.

(5) Majlis Tertinggi atas nasihat Komiti Perhubungan Pemuda boleh membuat Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil untuk berkuatkuasa terhadap perjalanan komiti yang lain di dalam sesuatu Kawasan atau peringkat-peringkat lain berhubung dengan Pergerakan Pemuda.



FASAL 12. PEMBENTUKAN CAWANGAN-CAWANGAN (Balik ke Kandungan)

(1) Adalah perlu diwujudkan Cawangan di setiap daerah pemilihan atau di mana-mana sahaja kawasan sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

(2) Komiti Perhubungan Kawasan boleh membuat cadangan-cadangan ke atas pembentukan pembukaan cawangan-cawangan.

(3) Setiap Cawangan harus mempunyai tidak kurang daripada lima puluh (50) ahli-ahli.
(4) Hanya satu Cawangan sahaja boleh diwujudkan bagi setiap tiga ratus (300) pengundi berdaftar di dalam Kawasan Negeri berdasarkan senarai pengundi yang terbaru dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

(5) Majlis Tertinggi boleh membubarkan mana-mana Cawangan jika keahlian di Cawangan berkenaan adalah di bawah had minima iaitu lima puluh (50) pada masa tiga bulan berturut-turut; atau jika Cawangan berkenaan gagal mengikuti polisi-polisi dan keputusan-keputusan dan Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan atau undang-undang kecil Parti atau jika Komiti Cawangan bertindak dengan apa-apa cara yang bercanggah dengan kepentingan-kepentingan Parti.


FASAL 12A. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN (Balik ke Kandungan)

(1) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan tidak lewat daripada dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh ditetapkan bagi Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali [Rujuk Fasal 6(3A)]. Pada tahun di mana tiadanya Kongres Agung atau Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali, Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan pada satu tarikh tidak lewat daripada bulan September atau satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

(2) Setiausaha Cawangan hendaklah mengumumkan kepada semua ahli-ahli Cawangan mengenai tarikh perjumpaan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Sesuatu notis hendaklah dihantar tidak lewat daripada empat belas (14) hari sebelum mesyuarat itu diadakan.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah mengendalikan perkara-perkara berikut:-

(a) Untuk menerima laporan-laporan aktiviti-aktiviti Cawangan tahun yang lepas;

(b) Untuk menerima laporan-laporan akaun kewangan Cawangan tahun yang lepas;

(c) Tertakluk kepada Fasal 12(1) dan 19(1) untuk memilih Komiti Cawangan sekali dalam setiap empat (4) tahun;

(d) Untuk melantik dua (2) juruaudit dalaman mengikut Fasal 15(2);

(e) Untuk memilih perwakilan/perwakilan-perwakilan kepada Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali mengikut Fasal 6(8)(d);

(f) Untuk membincangkan hal-hal yang lain.

(4) Mesyuarat Tergempar Cawangan boleh diadakan pada bila-bila masa:

(a) Jika diarah oleh pengerusi Cawangan; atau

(b) Jika diminta secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada ahli-ahli Komiti Cawangan; atau

(c) Jika diminta secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli-ahli Cawangan; atau

(d) Jika diarah oleh Majlis Tertinggi.

(5) Permintaan yang disebut di Perenggan (b) dan (c) di bawah Peruntukan (4) Fasal ini hendaklah menyatakan sebab-sebab sepenuhnya ke atas permintaan dengan memberi sekurang-kurangnya dua puluh (20) hari notis bertulis kepada Setiausaha
Cawangan dan menyatakan hari dan masa mesyuarat dan tajuk-tajuk perbincangan.

(6) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Tergempar Cawangan hendaklah dua puluh lima (25) ahli Cawangan tersebut.

(7) Jika satu jam selepas ditetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Korum tidak mencukupi, maka Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah ditunda kepada hari yang sama pada minggu berikutnya; dan jika sekiranya korum masih tidak mencukupi sejam selepas mesyuarat yang ditunda itu ditetapkan, maka ahli-ahli yang hadir hendaklah mempunyai kuasa untuk meneruskan Agenda mesyuarat.


(8) Dalam kes di mana Mesyuarat Tergempar Cawangan tidak mencukupi korum, Mesyuarat Tergempar Cawangan itu seharusnya tidak diadakan semula bagi tujuan yang sama sehinggalah tamat tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tersebut.


FASAL 12B. KOMITI CAWANGAN (Balik ke Kandungan)

(1) Komiti Cawangan hendaklah dianggotai oleh:-
(a) Pengerusi
(b) Timbalan Pengerusi
(c) Setiausaha
(d) Bendahari
(e) Tidak lebih daripada tiga (3) ahli biasa yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Cawangan; dan
(f) Tidak lebih dari dua (2) ahli biasa Komiti yang akan dilantik oleh Pengerusi Cawangan selepas perbincangan dengan Komiti Cawangan.

(2a) Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan dan dua (2) ahli Jawatankuasa biasa di bawah Peruntukan (1)(f) hendaklah dilantik oleh Pengerusi Cawangan selepas berbincang dengan Jawatankuasa Cawangan. Semua ahli lain dalam Jawatankuasa Cawangan hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang mana pemilihan tersebut diadakan berpandukan dengan syarat-syarat Fasal 19(2) Perlembagaan ini.

(2b) Sekiranya Pengerusi Cawangan berhenti daripada memegang jawatan atas sebab-sebab perletakan jawatan, kematian atau penggantungan atau atas sebab-sebab lain, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan itu sehingga Pengerusi baru dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan datang.

(2c) Jika berlaku di mana ahli-ahli Komiti Cawangan selain daripada ahli-ahli yang tersebut di bawah Perenggan (c), (d) dan (f) dalam Fasal 1 berhenti memegang jawatan atas sebab perletakan jawatan, kematian, penggantungan atau sebab-sebab lain, Komiti Cawangan berkuasa untuk melantik mana-mana ahli-ahli Cawangan untuk mengisikan kekosongan yang wujud sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang akan datang.

(3) Komiti Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan juga apabila diminta oleh Pengerusi Cawangan atau diminta secara permohonan bertulis sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Komiti Cawangan. Tujuh (7) hari notis hendaklah diberikan kepada semua ahli-ahli Komiti mengenai mesyuarat yang diadakan.

(4) Satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli Komiti yang hadir hendaklah membentuk korum.

(5) Pada setiap mesyuarat Komiti Cawangan, jika Pengerusi Cawangan atau Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih satu di kalangan mereka sendiri untuk mempengerusikan mesyuarat.

(6) Tugas-tugas pemegang-pemegang Jawatan Cawangan:

(a) Pengerusi hendaklah semasa memegang jawatan mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Komiti dan hendaklah bertanggungjawab ke atas kelancaran perjalanannya. Pengerusi hendaklah mempunyai kuasa memilih and hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat pada setiap mesyuarat apabila diluluskan;

(b) Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai Pengerusi semasa ketiadaannya;

(c) Setiausaha hendaklah mempastikan kelancaran perjalanan Cawangan berpandukan kepada Undang-Undang Parti dan hendaklah melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Komiti. Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua perkara surat-menyurat dan penyimpanan semua buku-buku, dokumen-dokumen dan kertas-kertas kecuali akaun dan rekod-rekod kewangan. Setiausaha hendaklah menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat dan merekod minit-minitnya. Setiausaha hendaklah juga menyimpan daftar keahlian semua ahli-ahli Cawangan;

(d) Bendahari hendaklah bertanggungjawab ke atas kewangan Cawangan. Bendahari hendaklah menyimpan akaun untuk semua tatacara kewangan dan hendaklah bertanggungjawab ke atas ketepatannya. Semua cek hendaklah ditandatangani bagi pihak Cawangan oleh Bendahari dan ditandatangan oleh Setiausaha atau Pengerusi sebagai kepastian.

FASAL 12C. TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOMITI CAWANGAN (Balik ke Kandungan)

Tugas-tugas dan tanggungjawab Cawangan hendaklah:

(1) Untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau organisasi politik atau lain-lain perkara di mana ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan;

(2) Untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi penggantungan mana-mana ahli Komiti yang telah didapati lari daripada tanggungjawab-tanggungjawabnya;

(3) Untuk membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Cawangan berkenaan pada tahun yang lepas berserta dengan Penyata Akaun yang diaudit dengan sempurna dan telah diluluskan;

(4) Untuk menghantar kepada tiap-tiap ahli salinan Laporan Tahunan dan Penyata Akaun sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan;

(5) Untuk mencadangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan. Sesuatu cadangan jika telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Cawangan hendak dibawa kepada Majlis Tertinggi;

(6) Untuk membawa sesuatu arahan atau aktiviti-aktiviti sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Tertinggi dari masa ke semasa; dan

(7) Untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan ini dan ke atas disiplin Parti dan untuk mengambil langkah-langkah sebagaimana yang perlu untuk keberkesanan perjalanannya.


FASAL 13. LEMBAGA DISIPLIN (Balik ke Kandungan)

(1) Adalah perlu diwujudkan Lembaga Disiplin untuk mengendalikan disiplin di kalangan ahli-ahli.

(2) Lembaga Disiplin hendaklah dianggotai oleh lima ahli yang akan dilantik oleh Majlis Tertinggi dengan syarat ahli Lembaga Disiplin hendaklah tidak layak dalam pemilihan ke Majlis Tertinggi pada pemilihan Parti yang akan datang tetapi boleh dilantik untuk memegang sebarang jawatan di dalam Parti.

(3) Lembaga Disiplin hendaklah mempunyai kuasa untuk mencela secara rasmi dan menggantung mana-mana ahli dan boleh juga mencadangkan kepada Majlis Tertinggi penyingkiran atau sesuatu tindakan lain terhadap sesiapa ahli yang telah melanggar disiplin parti atau telah bertingkah-laku dengan apa-apa juga cara yang menggugat Kod Etika bagi Ahli-Ahli atau kepentingan-kepentingan Parti. Dengan syarat bahawa sebelum sebarang tindakan diambil atau dicadangkan oleh Lembaga Disiplin terhadap mana-mana ahli, Lembaga Disiplin hendaklah mengadakan satu perbicaraan tentang aduan-aduan terhadapnya dan memberi peluang kepada ahli untuk membela diri atau memberi penjelasan.

(4) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk menyingkir mana-mana ahli Parti berdasarkan perakuan Jawatankuasa Disiplin.

(5) Presiden hendaklah mempunyai kuasa, sekiranya beliau memikirkan bahawa tindakan segera adalah perlu demi kepentingan Parti, untuk menggantungkan mana-mana ahli Parti jika Presiden berpuas hati bahawa ahli berkenaan telah melanggar disiplin atau telah bertindak menjejaskan peruntukan-peruntukan Kod Etika bagi ahli-ahli atau bertingkah-laku menjejaskan kepentingan Parti. Presiden hendaklah selepas itu melaporkan penggantungan dan sebab-sebabnya kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan terhadap ahli berkenaan dan Lembaga Disiplin akan membuat keputusan.

(6) Ahli yang disabitkan kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin boleh dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan diberi, membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi yang akan memberikan keputusan muktamad.

(7) Ahli yang telah disingkirkan akan kehilangan hak-hak dan kemudahan-kemudahan sebagai ahli dan tidak mempunyai hak tuntutan ke atas parti, dan pada masa yang sama, ahli yang telah digantung keahliannya tidak mempunyai hak-hak dan kemudahan-kemudahan sebagai ahli. Di dalam keadaan di mana tindakan lain telah diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin atau Majlis Tertinggi, maka hak-hak dan kemudahan-kemudahan ahli berkenaan boleh dikurangkan sebagaimana yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin atau Majlis Tertinggi yang patut dalam keadaan ini.


FASAL 13A. MELANGGAR PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN ATAU KOD ETIKA (Balik ke Kandungan)

Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau Kod Etika bagi ahli-ahli boleh dikenakan tindakan penalti seperti berikut:

(a) Amaran;
(b) Digantung keahlian;
(c) Dilarang untuk dilantik atau bertanding bagi mana-mana jawatan Parti;
(d) Disingkirkan daripada Parti; dan
(e) Hukuman-hukuman lain yang difikirkan wajar selaras dengan Perlembagaan ini.


FASAL 14. PERUNTUKAN KEWANGAN (Balik ke Kandungan)

(1) Tahun Kewangan hendaklah bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.

(2) Cawangan-Cawangan hendaklah menghantar kepada Bendahari Agung Penyata Akuan Tahunan masing-masing mengikut format yang telah dikeluarkan oleh Bendahari Agung.

(3) Semua kewangan kecuali wang tunai kecil hendaklah disimpan di dalam Bank atau di lain-lain institusi kewangan yang disahkan di atas nama Parti atau di dalam kes-kes Cawangan-Cawangan, maka ianya di nama Cawangan berkenaan.

(4) Penandatangan-penandatangan akaun di Bank atau lain-lain institusi kewangan hendaklah:

Di antara satu daripada Presiden atau Timbalan-Timbalan Presiden atau Setiausaha Agung dan Bendahari Agung dengan syarat jika Bendahari Agung tidak ada, Bendahari Agung boleh memberi kebenaran bertulis kepada Pembantu Bendahari Agung untuk menandatangani bagi pihaknya.

(5) Di dalam keadaan di mana Cawangan telah dibubarkan, hakmilik dalam semua kewangan, dokumen-dokumen dan lain-lain harta Cawangan berkenaan hendaklah di atas kuasa Majlis Tertinggi di dalam nama Parti.

(6) Parti boleh melalui resolusi Majlis Tertinggi, meminjam wang walaupun dalam bentuk pinjaman-pinjaman bank atau sebaliknya untuk tujuan tertentu yang dipertimbangkan oleh Parti untuk kepentingan-kepentingan Parti.

(7) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ternyata sebelum di Fasal ini, Majlis Tertinggi boleh membuat undang-undang dan peraturan-peraturan untuk memastikan kelancaran pengurusan kewangan Parti ini.

(8) Majlis Tertinggi hendaklah satu-satunya yang berkuasa untuk memutuskan perbelanjaan-perbelanjaan Parti, termasuk perbelanjaan pentadbiran, pembayaran gaji-gaji atau elaun-elaun yang akan dibayar kepada kakitangan bergaji dan pengauditan akaun-akaun Parti.

FASAL 15. JURUAUDIT (Balik ke Kandungan)

(1) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali hendaklah melantik sebuah firma akauntan awam yang layak untuk tujuan mengaudit akaun-akaun kewangan Parti.

(2) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah melantik dua orang ahli dari Cawangan berkenaan sebagai juruaudit-juruaudit dalaman cawangan berkenaan yang akan melaksanakan audit bagi akaun-akaun kewangan tahunannya.

(3) Majlis Tertinggi boleh membuat undang-undang dan peraturan-peraturan untuk mengawal cara-cara penyimpanan akaun-akaun dan kelancaran pengurusan kewangan Cawangan-Cawangan.

FASAL 16. PEMEGANG AMANAH (Balik ke Kandungan)

(1) Adalah perlu wujudnya Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah yang dianggotai oleh Presiden yang masih kekal dan empat (4) ahli lain yang dilantik oleh Kongres Agung setiap empat (4) tahun.

(2) Keempat-empat ahli yang dilantik hendaklah memegang jawatan itu seumur hidup sehingga meninggal dunia, perletakan jawatan atau penyingkiran dari jawatan oleh Kongres Agung atas apa-apa sebab. Jika sesiapa Pemegang Amanah berhenti memegang jawatan atas apa-apa sebab, maka Kongres Agung yang akan datang hendaklah melantik Pemegang Amanah yang baru, di mana jangkamasa Pemegang Amanah baru ini hendaklah tamat pada masa tamatnya jangkasama Pemegang Amanah lain yang masih memegang jawatan.

(3) Parti atau mana-mana Cawangan boleh memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta sama ada melalui pembelian, sumbangan atau lain-lain cara yang sah di sisi undang-undang. Semua tanah dan bangunan yang dimiliki oleh Parti atau Cawangan-Cawangan hendaklah dikuatkuasakan hakmilik kepada Parti dan dipegang atas amanah oleh Pemegang-Pemegang Amanah Parti, dan apa-apa penjualan tanah atau bangunan Parti hendaklah memerlukan keputusan Majlis Tertinggi dan tandatangan-tandatangan sekurang-kurangnya tiga orang daripada Pemegang-Pemegang Amanah.

FASAL 17. MAJLIS PENASIHAT (Balik ke Kandungan)

(1) Majlis Tertinggi perlu menwujudkan Majlis Penasihat-Penasihat yang dianggotai oleh tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada lima belas orang yang bukan ahli Parti.

(2) Majlis Penasihat-Penasihat boleh atas kerelaannya sendiri atau apabila diminta oleh Presiden, menawarkan nasihat yang tidak ada kaitan kepada Presiden atau Majlis Tertinggi di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan Parti.

(3) Majlis Penasihat-Penasihat hendaklah terdiri daripada sama ada ahli kanan Parti yang tidak memegang apa-apa jawatan walau apa sekalipun di dalam Parti atau di dalam kes di mana bukan ahli hendaklah terdiri daripada ahli kanan komuniti atau masyarakat atau sesiapa sahaja orang-perseorangan yang mempunyai pengetahuan khas, pengalaman atau berkedudukan profesional yang akan memberi faedah kepada kebaikan Parti ini dan kemajuan Negeri dan Negara.

(4) Jangkamasa pemegang jawatan Penasihat-Penasihat hendaklah sama dengan jangkamasa Majlis Tertinggi.

FASAL 18. PRESIDEN KEHORMAT (Balik ke Kandungan)

(1) Majlis Tertinggi boleh melalui keputusan sebulat suara menganugerahkan kepada ahli-ahli yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang atau sumbangan kepada Parti dengan gelaran ˇ°Presiden Kehormatˇ±.

(2) Status sebagai Presiden-Presiden Kehormat hendaklah berkekalan dan mungkin boleh dibatalkan hanya jika Presiden Kehormat itu dalam sepanjang masa selalu melakukan kelakuan yang menjejaskan Parti, dengan syarat apa-apa keputusan pembatalan demikian hendaklah memerlukan sebulat suara semua ahli Majlis Tertinggi yang hadir pada mesyuarat yang sah dibentuk.


FASAL 19. JANGKAMASA MEMEGANG JAWATAN (Balik ke Kandungan)

(1) Jangkamasa memegang jawatan untuk pemegang-pemegang jawatan hendaklah empat (4) tahun bermula daripada tarikh pemilihan pemegang-pemegang jawatan
berkenaan. Jangkamasa memegang jawatan bagi sesiapa sahaja pemegang jawatan yang dipilih untuk memegang jawatan di antara pemilihan umum hendaklah juga tamat pada masa pemilihan akan datang walaupun seseorang itu ada kemungkinan memegang jawatan itu kurang daripada empat (4) tahun.

(2) Kongres Agung dan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah mengadakan pemilihan umum untuk pemegang-pemegang jawatan menurut peruntukan- peruntukan Perlembagaan ini dan Perintah-Perintah Tetap, peruntukan-peruntukan
peraturan-peraturan dan undang-undang kecil Parti sekali dalam setiap empat (4) tahun.

(3) Bagi mana-mana Komiti Cawangan yang dipilih tidak melebihi empat (4) tahun sebelum Kongres Agung, Cawangan berkenaan haruslah mengadakan satu pemilihan Komiti Cawangan pada tahun di mana pemilihan Majlis Tertinggi diadakan.

FASAL 20. PEMINDAAN PERLEMBAGAAN (Balik ke Kandungan)

(1) Perlembagaan ini atau apa-apa bahagiannya boleh dipinda dengan apa cara pun melalui resolusi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah wakil-wakil yang menghadiri dan hadir di Persidangan Perwakilan.

(2) Setiap usul atau cadangan untuk meminda Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Agung dan mestilah mematuhi peruntukan-peruntukan lain Perlembagaan ini dan apa-apa Perintah-Perintah Tetap, peruntukan-peruntukan, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang berkaitan. Apa-apa pindaan kepada Perlembagaan hendaklah berkuatkuasa hanya pada tarikh kelulusan daripada Pendaftaran Pertubuhan.

FASAL 21. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELBAGAI (Balik ke Kandungan)

(1) Di dalam keadaan di mana ada percanggahan pendapat tentang pengertian, pembinaan dan makna Fasal-Fasal Perlembagaan, atau apa-apa peruntukan-peruntukan, perkataan-perkataan yang terdapat di sini; pengertian, pembinaan dan makna akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi hendaklah muktamad sehingga ditentukan berlainan melalui resolusi Persidangan Perwakilan.

(2) Semua notis-notis, surat-menyurat dan lain-lain perkara yang ditinggalkan atau dialamatkan melalui pos kepada alamat berdaftar yang terakhir ahli hendaklah dianggap telah disampaikan.

(3) Di mana perkataan ˇ°Persidangan Perwakilanˇ± disebut, ianya bermakna sama ada Kongres Agung, Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali dan/atau Persidangan Perwakilan Tergempar sebagaimana pengertiannya boleh ditentukan.

(4) Presiden-Presiden Kehormat, Penasihat-Penasihat, Ahli-Ahli Kehormat dan empat Pemegang-Pemegang Amanah (selain daripada Presiden) dan Pengerusi Tetap Persidangan Perwakilan hendaklah dianugerahkan status ˇ°Very Important Personsˇ± (VIPs) dan hendaklah diberikan pengiktirafan dan protocol pada masa-masa aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis Parti sebagaimana yang sesuai untuk ˇ°VIPsˇ±.

FASAL 22. PEMBUBARAN (Balik ke Kandungan)

(1) Parti boleh dengan kerelaan dibubarkan melalui resolusi dengan tidak kurang daripada tiga per empat (3/4) daripada kesemua bilangan perwakilan di Persidangan Perwakilan yang diadakan semata-mata untuk tujuan itu.

(2) Di dalam keadaan di mana Parti dibubarkan, semua hutang-piutang dan tanggungan-tanggungan yang sah di sisi undang-undang yang telah diperolehi hendaklah dibayar dengan seboleh-bolehnya oleh Parti, dan apa-apa wang yang berlebihan atau harta-harta lain hendaklah dijual dengan sesuata cara sebagaimana yang diputuskan oleh Persidangan Perwakilan.


KOD ETIKA BAGI AHLI-AHLI SAPP (Balik ke Kandungan)


1. KESETIAAN

Semua ahli mestilah taat setia kepada Parti dan:-

1.1 Mematuhi Perlembagaan dan Kod Etika bagi ahli-ahli;
1.2 Mematuhi perintah-perintah Parti;
1.3 Melaksanakan dasar-dasar Parti;
1.4 Mematuhi dan menghormati keputusan-keputusan Parti;
1.5 Melindungi rahsia-rahsia Parti;
1.6 Memelihara nama baik Parti; dan
1.7 Sentiasa berdisiplin dan berkelakuan baik.

2. SALAHGUNAAN KUASA DAN WANG

2.1 Ahli-ahli Parti adalah ditegah daripada penyalahgunaan apa juga kuasa yang ada pada mereka, demi untuk memperolehi undi atau sokongan atau pengaruh semasa pemilihan Parti sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain, atau untuk memastikan bahawa pembuangan undi tidak dapat diberikan kepada orang-orang tertentu di dalam pemilihan Parti.

2.2 Ahli-ahli Parti adalah dilarang daripada memberi atau menerima sebarang hadiah, barangan dan pemberian berharga atau dalam apa bentuk sekalipun dengan tujuan mendapat undi atau sokongan, untuk mempengaruhi dalam mana-mana pemilihan Parti sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain, atau untuk mempastikan pembuangan undi tidak dilaksanakan untuk orang-orang tertentu di dalam mana-mana pemilihan Parti.

2.3 Majlis Tertinggi mempunyai kuasa dari semasa ke semasa untuk menentukan bentuk dan jenis penyalahgunaan kuasa, wang, dan sebagainya seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 2.1 dan 2.2
di atas.


3. MENGGUNAKAN KEKERASAN DAN UGUTAN

Ahli-ahli Parti adalah ditegah untuk menggunakan kekerasan atau ugutan atau menghalang atau membuat ancaman yang menyebabkan kecederaan, kerosakan atau kerugian atau menggunakan apa juga bentuk ugutan ke atas sesiapa dengan tujuan atau supaya memaksa undi dapat dibuang atau tidak dapat dibuang untuk mana-mana ahli di dalam pemilihan Parti.

4. MEMFITNAH

Ahli-ahli Parti adalah dilarang, sama ada secara langsung atau melalui pihak lain, untuk membuat kenyataan-kenyataan memfitnah sesama sendiri, menyebarkan maklumat-maklumat palsu, menyerang atau memburuk-burukkan ahli-ahli parti lain dalam apa juga bentuk, sama ada dalam bentuk cetakan atau surat-surat layang atau melalui penulis upahan, atau dalam bentuk rakaman-rakaman video, untuk mencemarkan nama baik, atau untuk menjatuhkan ahli Parti atau pemimpin.


5. HUKUMAN

Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar Kod Etika yang dinyatakan boleh dihukum di bawah Fasal 13A Perlembagaan ini.


6. PINDAAN

Majlis Tertinggi diberi kuasa untuk meminda Kod Etika ini dari masa ke semasa.

(Balik ke Kandungan)




Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party