Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   10/20/2017 9:43:21 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

Orang Sabah

Penderitaan orang Sabah

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya rasa sangat malu setelah membaca satu artikel kerana selepas 45 tahun penubuhan negara ini, terlalu banyak perkara tidak diendahkan penduduk Semenanjung mengenai Sabah dan Sarawak.

Barisan Nasional masih keberatan menjadikan Malaysia sebuah negara dalam erti kata sebenar dimana penduduk Sabah dan Sarawak dapat merasa mereka sebahagian daripada rakyat negara ini. Sebab itu, BN kini tidak lagi relevan, bukan sahaja kepada rakyat Sabah dan Sarawak tetapi semua lapisan masyarakat diseluruh negara samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut, Iban dan Orang Asli.

Beri lah peluang kepada semua rakyat Malaysia bergandingan tangan sebagai satu walaupun ada halangan dan kesukaran dari BN." Seperti 916 (16hb September) - hari dimana pertukaran tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan dicanang akan berlaku. Saya secara tiba-tiba merasa terpanggil untuk meluahkan beberapa ulas perkataan tentang negeri tumpah darah yang ku sayangi ini - Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Saya kurang mahir dalam bidang penulisan, tetapi akan cuba sebaik mungkin, supaya suara kita ini didengar di seluruh pelusok dunia. Banyak pihak berpendapat kita sebagai rakyat Sabah adalah warga yang sentiasa merasa bangga, oleh itu perkataan "Proud Sabahans" (Rakyat Sabah yang Bangga); Saya mengakui, penduduk Sabah secara amnya mempunyai persepsi berat sebelah terhadap rakyat Malaysia Barat, saya sendiri tidak terkecuali.

Walaupun, Sabah merupakan negeri termiskin daripada 13 buah negeri di Malaysia , tetapi perkara itu bukan salah penduduk Semenanjung. (Ia adalah kesalahan Kerajaan Persekutuan), tetapi rasa kurang faham penduduk Malaysia Barat terhadap kita - penduduk Malaysia Timur, membuatkan saya merasa malu pada diri sendiri. Sebabnya, mereka - penduduk Malaysia Barat, tidak pernah mengalami apa yang penduduk disebelah Malaysia Timur ini hadapi, tidak sekali-kali mereka memahami keperitan hidup seperti yang kita alami.

Di sini ingin saya ceritakan satu kisah tentang sebuah negara, tetapi mempunyai dua peristiwa berbeza, namun takdir menentukan segalanya. Sebaik menjejaki kaki buat kali pertama di Malaysia Barat, saya terkejut besar apabila penduduk Semenanjung bertanya "Adakah benar orang Sabah tinggal di atas pokok?", manakala adik perempuan saya pula disangka seorang Bumiputera walaupun dia sebenarnya Cina warga Malaysia.

Penduduk Sabah tidak gasar; ataupun masih memburu; tidak sekali memakan daging harimau; tidak juga tidur bersama Orang Utan. Rakyat Malaysia Barat kurang tahu asal-usul diri ku ini, samada dari Sarawak? atau Sabah? Sebab itu lah mereka selalu mengatakan kita berasal dari SabahSarawak, penjelasan demi penjelasan diberi, tapi mereka masih belum memahaminya, sehingga menyebabkan mereka mengandaikan, kita dari SabahSarawak.Tetapi, saya tidak mengandaikan rakyat Malaysia Barat datang dari tempat seperti KedahKelantan; atau Melakasembilan atau Penangperlis.

Saya cuba sedaya upaya memperkenalkan Sabah kepada rakan Semenanjung; di Sabah kita ada estet perumahan, pasar, disko, jeti dan juga pasar raya besar Giants. Tetapi, walaupun saya tinggal dalam sebuah rumah lengkap dengan 4 buah dinding lengkap dengan atap, tetapi kita di Sabah masih diulit dengan pelbagai masalah seperti gangguan bekalan letrik serta bekalan air pula selalu terputus dan kadangkala dicatu, kita tidak mempunyai jalan berturap elok seperti di Semenanjung.

 Pada satu masa ketika saya tinggal di Semenanjung, seorang rakan serumah memperli saya kerana tidak mengepam tandas selepas membuang air kecil; katanya saya pengotor.

Sebaik mendengarnya, saya terkedu; perlukah saya mengepam selepas menggunakan tandas? Humph!!! rupa-rupanya salah saya sendiri kerana membawa semua tabiat buruk ke Semenanjung, di kampung - Sandakan, Sabah, kami terpaksa menjalani kehidupan seharian yang kerap digenangi dengan masalah gangguan bekalan air, emak tidak benarkan saya mengepam tandas selepas digunakan!! kami hanya mendapat bekalan air dua kali seminggu, pada hari Isnin dan Khamis; ini kerana rumah saya terletak di atas sebuah bukit, bagi kawasan rendah pula mereka mendapat bekalan air paling banyak pun 3-4 kali seminggu, ini adalah polisi digunapakai di kampung halaman saya.

Tatkala memperkatakan tentang tandas di rumah saya, anda perlu bersedia, ia berbau dan amat busuk tidak keruan, kami hanya mengepam apabila bau bekas buangan air kecil itu tidak tertahan lagi, warnanya menjadi kekuningan, jika kami mengepam setiap kali selepas menggunakan tandas, jawabnya ialah tidak ada lagi air untuk kami mandi.

Pilihan samada ingin menggunakan air itu untuk mengepam tandas atau untuk mandi, terletak ditangan sendiri.

Bagi mereka yang mandi dan mencuci rambut dua kali sehari, saya sangat irihati terhadap anda, kerana kami hanya dapat mencuci rambut pada hari adanya bekalan air - Isnin dan Khamis. Seketika kemudian barulah saya sedar, bekalan air di Malaysia Barat tidak pernah putus walaupun sesaat kerana air sentiasa mengalir 365 hari setahun, 24 jam sehari, 60 minit sejam, 60 saat seminit.

Berbicara tentang keadaan bekalan letrik di kampung halaman saya, purata dalam sebulan kami bergelap sekurang-kurangnya selama 72 jam, rekod tertinggi ialah 8 jam sehari dalam seminggu!! Jika tidak ada gangguan bekalan letrik itu bermakna bukan Sabah, syarikat pembekal letrik Sabah, SESB mengakui perkara ini, dimana SESB bermaksud SABAH EVERYDAY SURE BLACKOUT (Hari-hari pasti ada gangguan bekalan letrik di Sabah).

Jika berlaku gangguan bekalan letrik walaupun hanya setengah jam di Kuala Lumpur, ibu-negara Malaysia, kejadian itu menjadi berita utama media massa, tetapi bagi kita penduduk Sabah yang terletak di bahagian timur ini, diselubungi kegelapan selama beberapa jam menyebabkan lalulintas tunggang-langgang, langsung tidak dihiraukan.

Mengenang kembali kali pertama saya membawa rakan-rakan melawat kampung halaman, malam pertama lagi kami sudah bergelap, jadi kami duduk dianjung rumah, memerhati bulan dan bintang berkerlipan di angkasa.Saya berpendapat, jika berdiri di luar rumah dan menunding jari, anda mungkin dapat menyentuh bulan, kerana bulan itu bersinar terang benderang sehingga bayang diri sendiri dapat dilihat disamping berupaya membezakan setiap corak taburan bintang di langit, percayalah, kerana udara di kampung saya belum dicemari, segar dan bersih.

Kekerapan gangguan bekalan letrik dan air di Sabah adalah perkara biasa bagi kami, dengan lebih 20 tahun tinggal di sini, semuanya sama, tidak ada perubahan langsung, kami telah belajar untuk tidak melawan dan menerima segalanya sebagai suratan takdir. Inilah kami, rakyat Sabah, tidak cerewet, baik-baik belaka; sentiasa hidup dalam keadaan ala kadar; kami hanya tersenyum sinis dan menerima semuanya.

Sebab itulah Kerajaan Persekutuan sentiasa seronok membuli kita, rakyat Sabah, mereka merampas semua kekayaan sumber alam semulajadi kita dan gunakannya untuk membangun Kuala Lumpur, menjual semua kayu balak berharga kita bagi membina bangunan pencakar langit di Semenanjung, menyedut minyak Sabah untuk membiayai lebuhraya Utara-Selatan di Malaysia Barat.

Itu semua tidak termasuk menggunakan Orang Utan dari Sabah untuk ditukarkan dengan Panda dari China, tetapi haiwan dari negara itu disimpan di Zoo Negara di Semenanjung. Kerajaan Persekutuan berbudi pekerti kerana menderma wang kepada mangsa bencana alam di Sichuan, China tetapi tidak berupaya membina jalan raya sempurna di Sabah, semuanya masih sama selepas 45 tahun.

Laluan bertingkat pertama Sabah telah siap baru-baru ini, itupun selepas 8 tahun dibina, membuatkan rakyat Sabah terlompat-lompat kegembiraan. Itulah rakyat Sabah, amat mudah dimanisi. Sabah adalah sebuah negeri miskin yang telah dilupakan; negeri ini sudah pasti akan menangis jika berupaya menitiskan airmata, setiap masa kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin yang masih membelenggu negeri ini, tetapi masalah itu masih belum selesai sehingga ke hari ini, bak kata pepatah, menyelesaikan sesuatu perkara dengan membiarkannya tanpa sebarang penyelesaian. Pendatang tanpa izin di Sabah telah mengatasi bilangan penduduk tempatan dengan jumlah seramai 1.7 juta berbanding 1.5 juta dan sentiasa bertambah dari hari ke hari, majoriti mereka datang dari Filipina dan Indonesia.

Perkara yang sangat membimbangkan ialah apabila negara Filipina baru-baru ini menyuarakan minat mengemukakan semula tuntutan mereka terhadap Sabah, jika satu referendum diadakan, dengan bantuan warga Filipina yang tinggal di negeri ini, kita semua akan fana, Filipina berupaya mengambil Sabah sebagai salah sebuah negeri mereka.

Tidak perlulah saya berhujah panjang, Sabah masih dibelenggu masalah bekalan letrik dan air, manakala peluang pekerjaan terlalu sedikit, menyebabkan ramai golongan muda mencari pekerjaan di Semenanjung dan tempat-tempat lain. A

dakah anda tahu harga sebotol dadih cuma RM3.70 di Semenanjung berbanding RM5.70 di Sabah dan semua majalah serta surat khabar lebih mahal di sini jika dibandingkan dengan di Malaysia Barat?Ini adalah kerana semua barangan itu perlu diterbangkan dari Semenanjung dan dikenakan bayaran pengangkutan udara menjadikannya lebih mahal, manakala wang yang kita perolehi dikenakan cukai oleh Kerajaan Persekutuan, cukai yang kita bayar itu pula digunakan untuk membangun Kuala Lumpur.

Adakah anda tahu bahawa sebilangan rakyat Sabah hanya hidup dengan pendapatan sebanyak RM200 sebulan, lebih teruk dari pembersih tandas di Semenanjung. Setiap kali saya balik ke Sabah, apabila memandang disekeliling; yang kelihatan hanya pelajar sekolah. Tidak ada banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mereka yang memilih tinggal di Sabah .

Tahun lepas, beberapa kawan saya memutuskan apabila tamat pengajian universiti mereka akan menetap di Sabah, walauapapun akan berlaku, pada masa itu saya sangka mereka naïf, Semenanjung terutamanya Kuala Lumpur adalah tempat yang baik.Saya bertanya kenapa terus tinggal di Sabah? Mereka jawab dengan girang, “Jika tiada seorang pun tinggal di Sabah, macamana kita dapat pastikan Sabah boleh berdiri sendiri” , apa yang mereka katakan menyebabkan saya tersedar akan kesilapan saya, tetapi apa boleh buat, tidak ada pekerjaan di Sabah sesuai bagi saya; oleh kerana itu saya tidak ada pilihan kecuali terus bekerja di Semenanjung. Bulan lepas, sepupu saya berhenti kerja dan kembali ke Sabah, inginkan kepastian saya bertanya sebabnya kerana gaji di Sabah amat rendah.

Saya memberitahu tindakan itu tidak berbaloi. Dia menjawab, “Semenanjung Malaysia bukan kampung halaman, lambat laun saya pasti akan kembali ke Sabah, tempat kelahiranku dan saya percaya ada syarikat sanggup memberi aku kerja”.

Saya merasa malu, kerana sebelum itu saya bercadang tinggal terus dan berkeluarga di Semenanjung, tetapi tersedar dengan kata-kata sepupu itu, walaupun sekarang saya tinggal di Semenanjung, Saya sepatutnya memberi kata-kata perangsang kepada negeri kesayanganku – Sabah .

Jika tanah di sabah telah dan sedang dibangunkan dengan baik, sudah pasti Sabah akan menjadi negeri tersohor di Malaysia, tetapi semua sudah dikerjakan, rosak dan menjadi sebaliknya!! Sebab musabab setiap orang asing yang menjejakkan kaki ke Sabah boleh tinggal di sini sehingga 90 hari untuk kali pertama adalah kerana mereka akan diberi sekeping kertas kebenaran oleh Jabatan Imigresen.

Jika Sabah tidak berupaya mempertahankan diri sendiri, saya tidak berani membayangkan musibah yang bakal menimpa Sabah, ia amat menakutkan. Hingga ke hari ini, bagi warga Semenanjung, Sabah diselubungi rahsia dan jauh dari pandangan mereka.

Tidak seorang pun sanggup datang ke Sabah, bagaikan sebuah dunia berbeza dihuni manusia tidak bertamadun, bagi belia yang akan dihantar ke Sabah untuk menjalani program Khidmat Negara, mereka sudah pasti meraung menangisinya tanpa henti, bagaikan hendak dihumban masuk ke neraka.

Adakah Sabah syurga atau neraka? Datanglah tengok sendiri, hingga ke hari ini, hanya pelancong dari Barat dan Negara-negara lain sahaja sanggup datang ke Sabah, sebuah negeri yang sepatutnya lebih makmur dari Kuala Lumpur, kini mencari kegemilangan lalu.

Di Semenanjung, hanya ada tiga bangsa utama; di Sabah ada 32 etnik berbeza, ramai warga Semenanjung tidak tahu tentang fakta ini. Malaysia Timur adalah tempat dimana semua etnik berbeza dari segi kepercayaan dan agama dapat tinggal dengan aman damai, perkara ini mungkin tidak diketahui penduduk Semenanjung.

Di Sabah, adalah menjadi amalan biasa bagi orang Islam makan di kedai milik bukan Islam, makan malam di restoran makanan laut Cina tanpa risau dan prejudis dihidang makanan tidak halal; inilah rasa hormat dan saling percaya mempercayai dikalangan penduduk Sabah. Saya fikir perkara ini tidak dapat dilihat di Semenanjung melainkan Kelantan.

Baru-baru ini pasar raya besar Giant, membuat kehadiran mereka dirasai di Sabah; mereka cuba mengawal perniagaan pasar raya, secara tidak langsung cuba mengawal ekonomi Sabah, tetapi ditolak rakyat Sabah .

Kami di Sabah mempunyai surat khabar kami sendiri; pasar raya kami sendiri, kami tidak perlu orang luar datang mengutip hasil titik peluh kami dan menyalurkan semula ke Semenanjung!! Negara ini telah abaikan Malaysia Timur – Sabah dan Sarawak sehinggakan 16 September 1963 tidak diiktiraf sebagai hari Malaya, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia.

Tanpa segan silu negara ini mengatakan Gunung Kinabalu sebagai kebangaan semua rakyat Malaysia . Gunung Kinabalu sebenarnya kebangaan rakyat Sabah; bunga terbesar di dunia – Rafflesia adalah kebangaan warga Sabah; Orang Utan juga kebangaan penduduk Sabah; tetapi kita tidak bangga menjadi rakyat Malaysia.

Akhir kata, sebagai rakyat Sabah, saya dengan hati terbuka berharap dan berdoa agar selepas 916, Sabah boleh mengecapi kembali semua kegemilangan yang telah hilang, untuk kebaikan semua rakyat Sabah pada masa akan datang...

Adalah diharapkan 16 September yang bakal menjelma ini akan diumumkan sebagai hari kita rakyat Malaysia Timur – Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan Malaya menubuhkan Malaysia !

Wahai Kerajaan Persekutuan, tolonglah bertimbangrasa dengan kami. Semoga berjaya Sabah !!

Saya harap dapat melihat negeri ini maju; pada masa hadapan dan seterusnya!!

Oleh: A True Sabahan

Written by Anonymous writer to SAPP for web publishing

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party