Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   5/28/2017 11:20:36 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Okt 24 - 19 NGO hantar surat bantahan pada Utusan

19 NGO hantar surat bantahan pada Utusan

Muda Mohd Noor | Oct 24, 08 3:03pm

Sembilan belas badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar surat bantahan kepada bahagian pengarang akhbar Utusan Malaysia sebagai membantah tindakan akhbar itu menyiarkan sebuah cerpen yang didakwa menggalak keganasan.

Memorandum tersebut diserahkan oleh pengurus program kanan Sister in Islam, Maria Chin Abdullah.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 08Menurut Maria, ia diterima oleh seorang pengarang  Utusan Malaysia kira-kira jam 11.20 pagi di ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di ibu negara.

Bagaimanapun, kata Maria, pengarang tersebut enggan memperkenalkan dirinya, sebaliknya berkata, surat tersebut akan dibincangkan dalam bahagian pengarang Utusan Malaysia.

Kira-kira 20 anggota polis termasuk unit simpanan persekutuan (FRU) berada di situ untuk mengawal keadaan.

Bercakap kepada wartawan selepas menyerahkab surat tersebut, Maria menyifatkan kewartawanan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan mendakwa ia berunsur menghasut dengan membangkitkan emosi politik semasa.

"Cerita berniat jahat menggalakkan keganasan yang tidak masuk akal mesti dikutuk oleh semua orang.

"Kami terkejut apabila Utusan Malaysia mengizinkan menerbitkan cerita sedemikian dan lebih terkejut apabila pengarangnya ialah CEO Institut Akhbar Malaysia," katanya.

Baru-baru ini Datuk Chamil Wariya menulis sebuah cerpen - Politik Baru YB J - dan disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober.

Tindakan susulan

Dalam surat tersebut, kesemua NGO terbabit meminta Utusan Malaysia dan pengarangnya meminta maaf kepada orang awam berhubung penyiaran artikel tersebut.

Maria berkata, Utusan Malaysia harus lebih bertanggungiawab dan profesional dan pengarangnya boleh berkhidmat di pusat perkhidmatan wakil rakyat untuk memulihkan hubungan yang telah tercemar itu.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 07Maria juga berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi menentukan tindakan susulan jika akhbar tersebut tidak memohon maaf.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh sehingga bila akhbar tersebut perlu berbuat demikian.

Isnin lalu, Chamil memberitahu Malaysiakini bahawa cerpen 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita, tidak kena-mengena dengan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Beliau dilaporkan berkata, cerpen tersebut hanya rekaan semata-mata dan watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati.

Sebaliknya, kata Chamil, ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif ĘC tidak lebih tidak kurang daripada itu.

Chamil juga menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party