Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   12/11/2017 11:04:21 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Okt 24 - Musa Hitam salah, Umno bukan sakit tua, tapi ...

Ahad 26 Oktober 2008 | 25 Shawwal 1429 Hijrah

"Musa Hitam salah, Umno bukan sakit tua, tapi .."
Shirzad Lifeboat

Fri | Oct 24, 08 | 7:28:10 pm MYT

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan Umno sedang menghadapi sakit tua. Benarkan begitu? Iklan

Bagi sesebuah parti yang baru berusia 61 tahun dalam sebuah negara yang baru merdeka selama setengah abad, tentulah pelik sekiranya ada yang mengatakan parti itu sudah mengidap "sakit tua"?

Mungkin Umno satu-satunya parti politik di dunia ini yang terkena sindrom progeria di mana ia berdepan dengan ancaman penuaan kurang-matang atau premature aging.

ekiranya tidak, masakan pada usia bertatih, Umno sudah dianggap, atau memang benar sedang merana sakit tua.

Walaupun progeria adalah sindrom semulajadi tetapi tidak mustahil jika dalam kes Umno ia adalah akibat amalan kesihatan yang tidak baik.

Amalan kesihatan yang tidak baik dalam konteks parti ini bermakna seperti apa yang dikatakan Musa Hitam, juga pernah menjadi Timbalan Presiden Umno: "Masalah persepi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa ..."

Cuba kita banding dengan Parti Conservative di United Kingdom. Parti Conservative yang sebelum ini dikenali Parti Tory ditubuhkan pada 1678. Dengan mengambil kira penubuhan Parlimen negara itu pada 1707 maka maknanya Parti Conservative berusia 330 tahun dalam sebuah negara yang berparlimen sejak 301 tahun silam.

Walaupun Parti Conservative berkuasa selama dua-pertiga sepanjang abad ke-20 tetapi akhirnya menjadi pembangkang selepas tewas dalam pilihan raya umum 1977, namun tiada siapa menganggap ia dilanda penyakit tua.

Di United Kingdom, seperti juga negara maju lain yang amalan demokrasi tulen dan doktrin pengasingan kuasa dihormati, disanjung tinggi serta dipelihara dari dicemari mana-mana golongan, kekalahan sesuatu parti bukan disebabkan rakyat hilang keyakinan secara total terhadap parti itu, tetapi kerana merasakan parti berkenaan sudah tidak upaya menangani isu semasa terutama ekonomi.

Soal ketelusan

Parti berkenaan juga jarang tewas disebabkan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan terhadap parti lain dengan menggunakan undang-undang yang digubal khas atas nama keselamatan dan sebagainya.

Tidak ada juga tokoh politik mereka yang cakap berdegar-degar tentang ketulusan. Ini disebabkan soal telus bukan soal atau hak ahli politik yang menentukan. Sebaliknya oleh kerana semua parti adalah mengenai pilihan raya, maka yang berhak menentukan telus atau tidak telus ini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Misalnya pada Mei 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan di antara bulan Januari sehingga Mac 2008 Parti Conservative mendapat derma 5.8 juta pound sterling tetapi mempunyai hutang sebanyak 12 juta pound, berbanding hutang parti Labour 17.8 pound dan Liberal Democrats 1.13 pound.

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang tahu berapa banyakkah derma yang diterima oleh Umno di antara Januari sehingga Mac 8, 2008? Atau berapakan hutang sebenar Umno?

Sekiranya rakyat Malaysia tidak tahu tentang kedudukan kewangan Umno yang sebenarnya, maka apakah SPR Malaysia sedia maklum akan segala angka ini?

Dan lagi sekiranya tidak ada undang-undang yang mengkehendaki mana-mana parti politik mengisytiharkan kunci kira-kiranya kepada SPR dan kemudian kepada umum, mengapa tidak digubal sahaja undang-undang sedemikian atas nama ketelusan dan bahawa sumbangan yang tidak terhad dan tidak diisytihar akan hanya merosakkan demokrasi.

Namun tentu sekali hal sedemikian misalnya, tidak boleh dikira sebagai amalan kesihatan politik yang baik dalam amalan politik Umno. Akibatnya, sindrom progeria ? menjadi tua sebelum sampai waktu sepatutnya.

Kata Musa lagi, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang dikatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.

Apa yang berlaku ke atas Umno hari ini adalah sebenarnya berpunca dari keengganan mereka yang terbabit memimpin Umno dalam menangani pelbagai gejala negatif dalam parti walaupun telah berulang kali disuarakan oleh ahli-ahli parti tersebut, orang Melayu dan malah juga pembangkang.

Ramai yang melihat Umno bukan lagi wadah politik orang Melayu dalam menghayati perjuangan mulia memartabatkan agama, bangsa dan negara tetapi sebaliknya sebagai alat dan batu loncatan golongan tertentu, secara langsung atau tidak langsung untuk mencari pengaruh dengan matlamat mencari atau mengumpul kekayaan.

Tidak relevan

Istilah "sakit tua" yang digunakan oleh Musa adalah tidak relevan sama sekali. Malah pengibaratan progeria juga tidak relevan. Apa yang berlaku ialah parti itu sedang menunggang kitaran paling bawah dalam putaran roda kewujudannya.

Untung sabut, roda itu akan terus berputar perlahan bagi melengkapkan kitarannya sekali lagi. Namun, untung batu, roda Umno akan terhenti.

Reformasi, peremajaan atau apa sahaja perkataan yang bunyinya serius tetapi lunak sebenarnya tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya mereka yang tidak amanah, tidak ikhlas dan tidak jujur, baik di peringkat tertinggi mahupun di peringkat terendah, tidak disingkirkan dari parti.

Namun ia bukanlah mudah. Meminjam kata-kata pengarang Russia,Alexander Solzhenitsyn: "Jika semuanya semudah itu! Jika hanya terdapat manusia durjana melakukan perbuatan durjana di sesuatu tempat, dan ia menjadikannya satu keperluan untuk mengasingkan hanya mereka yang durjana itu dari kita semua. Namun garis pemisah di antara yang mulia dengan yang durjana menghiris ke dalam hati setiap manusia. Dan siapakah yang sanggup memusnahkan hatinya sendiri?"

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party