Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   6/26/2017 3:15:46 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Okt 30 - SAPP belum buat keputusan bertanding di Pensiangan

SAPP belum buat keputusan bertanding di Pensiangan

Sandakan (30 Oktober 2008): Parti Maju Sabah (SAPP) masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Pensiangan, jika diadakan.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi SAPP dalam mesyuaratnya, yang diadakan di Sandakan, pada Rabu membuat rumusan untuk menubuhkan beberapa cawangan di kawasan Nabawan dan menambah jumlah cawangannya dalam kawasan Sook, yang kedua-duanya dalam kawasan Parlimen Pensiangan.

Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong berkata, sejak beberapa bulan lalu SAPP telah berusaha membina semula dan memperkukuhkan parti itu di Sandakan berikutan tindakan beberapa pemimpinnya keluar parti selepas ia menarik diri daripada kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN).

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi ke-14nya di pejabat SAPP di Bilik Persidangan CLC Elopura, parti itu antara lain mengenalpasti barisan baru Jawatankuasa perhubungan kawasan (CLC) bagi Zon Sandakan, Elopura dan Tanjung Papat.

SAPP amat terdorong dengan galakan yang diberikan penduduk Sandakan yang mahu SAPP terus berusaha dan membina semula SAPP, katanya, sambil menambah, parti itu berjanji untuk tidak menghampakan penduduk di Sandakan.

Katanya, SAPP juga berterima kasih kepada para pemimpin dan ahli yang terus setia bersama parti itu.

Beliau berkata, walaupun ada percubaan oleh beberapa pemimpin yang keluar itu, terumatanya di Tanjung Papat untuk menyekat ahli-ahli di Sandakan daripada bertemu dengan para pemimpin SAPP, namum ramai ahli yang secara sukarela menghubungi ibu pejabat parti itu, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan pemimpin untuk menyataan yang mereka tidak akan meninggalkan parti itu.

ˇ°Malah, ada ahli yang pergi ke ibu pejabat parti di Kota Kinabalu untuk bertanyakan status keahlian mereka setelah membawa laporan berita tentang ˇ°peletakan jawatan beramai-ramaiˇ± dari parti itu di Sandakan,ˇ± katanya dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.
Ini membuktikan yang laporan berita pada September lalu kononnya ˇ°2,000 ahli letak jawatan daripada SAPPˇ± dan satu lagi ˇ°15,000 letak jawatanˇ± yang dicanang oleh para pemimpin yang keluar parti itu adalah palsu yang bertujuan mengabui mata rakyat dan kepimpinan BN, katanya.

Semasa mesyuarat itu, majlis Tertinggi SAPP memutuskan untuk melantik Tenny Chang Tee Chiung menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Au Kam Wah sebagai Pengerusi CLC Elopura yang baru.

Chang, 48, seorang pengasas SAPP pada 1994 ialah mantan Ketua SAPP Elopura pada 19 Januari 1995 hingga 29 Jun 1998 sebelum Datuk Tham Nyip Shen mengambil alih.
Pengerusi baru bagi CLC Tanjung Papat ialah Poon Kee Yang menggantikan Datuk Raymond Tan Shu Kiah untuk mengaktifkan semula CLC ini.

ˇ°Pelantikan itu ialah untuk mewujudkan satu pasukan bagi membantu Poon membina SAPP di kawasan ini bertujuan merbut semula kerusi ini untuk SAPP,ˇ± katanya.

Satu lagi pelantikan ialah Datuk Tain Fook En sebagai ketua baru bagi CLC Sungai Sibuga menggantikan Yap Vui Hun.

Tain yang merupakan Pengerusi asal CLC itu dari 1994 hinga 2004 juga adalah Pengerusi CLC bagi Sekong.

Richard berkata, semua CLC yang diberi tenaga baru itu kini akan menyusun semula cawangan dan mengaktifkan para ahli untuk mendaftar ahli-ahli baru.

Beliau berkata, beberapa perjumpaan telah diadakan sejak dua minggu lalu dan lebih banyak lagi akan dianjurkan pada beberapa bulan akan datang.

Yong ketika ini mengetuai Jawatankuasa Zon Sandakan merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Elopura dan Tanjung Papat.

SAPP juga melantik Haji Kassim Amir Hussein sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang baru.

SAPP menerima 526 permohonan keahlian baru dalam dua perhimpunan, satu di pejabat SAPP Elopura pada 27 Oktober dan satu lagi di Sekong pada 28 Oktober lepas.

Borang-borang permohonan itu diterima Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Richard berkata, program latihan dan kursus induksi ahli-ahli baru telah diatur di 15 buah daerah meliputi 45 kawsan DUN bermula November hingga Disember depan.

SAPP itu mensasarkan untuk menambah keahliannya daripada 40,000 orang ketika ini kepada 60,000 menjelang 2010, merangkumi 60 kawasan DUN di Sabah dan satu kerusi Parlimen di Labuan.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party