Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   11/23/2017 10:37:33 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Okt 31 - Bapa Altantuya kecewa tapi terima keputusan

Bapa Altantuya kecewa tapi terima keputusan...

 

(Oct 31, 08 7:31pm): Dr Shaariibuu Setev, bapa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan penganalisis Abdul Razak Abdullah Baginda daripada pertuduhan bersubahat membunuh anaknya.
    
Bagaimanapun, Shaariibuu berkata beliau dan anggota keluarganya menerima keputusan berkenaan kerana hakim, yang membuat keputusan itu, telah mempertimbangkan semua alasan dan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah.
    
razak baginda acquitted 311008 13Beliau turut bertanya mengapa Abdul Razak, yang mengenali anak perempuannya dibebaskan tetapi dua anggota polis yang tidak dikenali anaknya, diperintah membela diri, demikian menurut laporan Bernama.
    
Ditanya wartawan sama ada beliau menjangkakan Abdul Razak akan dibebaskan, Shaariibuu berkata beliau sangat kesal dengan nasib yang menimpa anaknya dan menyangka anaknya akan mendapat keadilan di Malaysia.

Mengenai sama ada keputusan Mahkamah Tinggi itu akan memberi kesan kepada sistem kehakiman di Malaysia, beliau berkata dunia mengikuti perkembangan kes anaknya dan beliau percaya keputusan itu, sedikit sebanyak, akan memberi kesan kepada kehakiman Malaysia.

Shaariibuu berkata beliau enggan mengulas banyak mengenai keputusan berkenaan kerana tidak mahu campur tangan dalam kehakiman Malaysia, tetapi akan berunding dengan peguamnya berhubung tindakan selanjutnya.

Beliau bercakap kepada wartawan dalam bahasa Mongolia, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh setiusaha kedua Kedutaan Mongolia di Thailand, Siizkhuu Sainbileg.
    
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin hari ini membebas dan melepaskan Abdul Razak tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia itu.

Tindakan lanjut
    
Namun dua anggota polis yang menghadapi pertuduhan membunuh Altantuya, diperintah membela diri. Mahkamah menetapkan 10 November ini bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal  Sirul Azhar Umar, 36, daripada Unit Tindakan Khas (UTK), untuk membela diri.
    
Azilah dan Sirul Azhar menghadapi pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu lokasi antara lot  12843 dan lot 16735 di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Abdul Razak, 48, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 pagi 19 Oktober 2006.
    
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Peguam Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, semasa ditanya mengenai tindakan selanjutnya selepas keputusan pembebasan Abdul Razak, berkata beliau akan menulis surat ke Jabatan Peguam Negara memohon pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
    
Katanya pembebasan Abdul Razak belum muktamad kerana pendakwaan boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
    
Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan, beliau akan berbincang dengan Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tun Abdul Majid berkata pendakwaan akan mempertimbangkan untuk memfailkan rayuan selepas meneliti penghakiman.
    
"Kami mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan tetapi kami perlu menunggu arahan Peguam Negara," katanya, sambil menambah kata bahawa pihak pendakwaan telah melaksanakan tugas secara teliti bagi membuktikan kes.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party