Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   9/25/2017 10:42:26 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Nov 3 - Semua pihak jaga kebersihan kampung, kata Melanie

Semua pihak jaga kebersihan kampung, kata Melanie


KOTA KINABALU (3rd November, 2008): Semua pihak termasuk penduduk kampung di sekitar bandaraya diminta bekerjasama menjaga kebersihan dan keceriaan kampung bagi menjadikan kampung mereka ‘Zon Tanpa Sampah’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Melanie Chia berkata, kerjasama atau gotong-royong membersihkan persekitaran kampung bukan sahaja menjadikan kampung itu ‘tanpa sampah’ tetapi sekali gus menghindari pelbagai penyakit.

“Penduduk kampung harus mempunyai kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka seharusanya mendidik anak mereka supaya sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah.

“Saya berharap usaha penduduk kampung Kopungit mengadakan gotong-royong untuk mewujudkan kampung tanpa sampah akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Gotong-royong Wajib Pertama untuk mewujudkan Kampung Kopungit sebagai Zon Tanpa Sampah, di kampung itu, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Joannes Solidau, Pengerusi Penganjur Program merangkap Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi DBKK Junainah Abbie, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg.Kopungit Peter Aloysius, Ketua Kampung Kopungit, Kiun Solidau, dan penduduk kampung Kopungit Blok A, B, C dan D.

Gotong-royong itu disertai seramai 260 penduduk kampung, anjuran bersama Bahagian Local Agenda 21, Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi, DBKK serta JKKK Kampung Kopungit.

Melanie berharap program seumpama itu akan membantu penduduk Kampung Kopungit mencapai hasrat mereka untuk mendapat pengisytiharan sebagai Kampung Tanpa Sampah yang kedua selepas Kampung Cenderamata II, Likas.

Sementara itu, Joannes dalam taklimatnya berkata, DBKK giat menjalankan kempen besar-besaran anti kutu sampah, untuk mengajak semua orang berhenti membuang sampah di merata-rata tempat seterusnya menjadikan bandaraya tanpa sampah.

“Salah satu usaha untuk mencapai hasrat ini ialah DBKK akan cuba mewujudkan zon-zon tanpa sampah di seluruh kawasan bandaraya termasuk Kg. Kopungit selepas Kampung Cenderamata II Likas.

“Bagi menjayakan rancangan ini penduduk Kg. Kopungit wajib memungut sampah dan membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal, menasihatkan anak-anak dan seluruh ahli keluarga di rumah supaya berhenti membuang sampah di merata-rata tempat,” katanya.

Katanya lagi, dalam pada itu pemantauan kebersihan Kg. Kopungit akan dibuat bagi memastikan serta mengekalkan kebersihan sekitar kampung berkenaan.

“Program Gotong-royong ini sebenarnya banyak memberi faedah kepada penduduk Kampung Kopungit. Ia bukan sahaja menjadikan persekitaran kampung dan rumah mereka bersih dan indah tetapi juga akan mewujudkan persekitaran yang sihat.

“Persekitaran yang sihat adalah bebas daripada binatang dan serangga pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas.

“Oleh itu saya berharap penduduk kampung mengekalkan kebersihan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat sekali gus mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit,” katanya.

Joannes berkata, DBKK akan terus berkempen ke arah menjadikan Kota Kinabalu Bandaraya Tanpa Sampah.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party