Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   4/28/2017 12:45:32 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Nov 3 - SAPP membidas keputusan Majlis Daerah Keningau

Parti Maju Sabah (SAPP) membidas keputusan Majlis Daerah Keningau

KOTA KINABALU, Nov 3, 2008: Parti Maju Sabah (SAPP) membidas keputusan Majlis Daerah Keningau (MDK) menswastakan kutipan letak kereta di pekan tersebut kerana tindakan itu sama seperti mencekik leher rakyat yang kini diulit dengan masalah kemerosotan ekonomi.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, MDK tidak seharusnya bertindak terburu-buru dengan membuat tindakan sedemikain kerana rakyat akan dikejutkan dengan beban baru dalam masa kos hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Parti SAPP sama sekali tidak bersetuju dengan penswastaan itu kerana tindakan sedemikian bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi dilihat seolah-olah tidak memberi pendapatan yang memusakan kepada MDK.

“Rakyat tidak sepatutnya diberi bebanan tambahan lebih-lebih lagi ekonomi di daerah Keningau tidak lagi sebaik dulu,” katanya dalam satu kenyataan mengulas keputusan MDK menswastakan kutipan letak kereta di daerah itu.

Pegawai daerah Keningau Haji Zulkifli Nasir telah dilaporkan sebagai berkata bahawa kutipan letak kereta di daerah itu akan bermula pada 3 Novemver ini setelah sebuah syarikat baru dilantik menggantikan syarikat lama.

Zulkifli berkata, penswastaan itu merupakan sebahagian daripada usaha MDK untuk meningkatkan system penyampaian supaya dapat dinaiktraf sebagai sebuah majlis bandaran satu hari nanti.

Katanya, penswastaan itu juga untuk memastikan undang-undang kecil letak kereta dipatuhi kira-kira 10, 000 buah kenderaan yang keluar masuk daerah itu disamping memperbaiki system pengurusan kutipan untuk kebaikan MDK dan syarikat swsata itu.

Beliau berkata, syarikat swasta baru itu juga akan menyediakan 3, 000 buah petak letak kereta tambahan di pekan itu.

Chong seterusnya berkata, daerah Keningau tidak lagi mengecapi suasana ekonomi baik seperti dahulu apabila sektor pembalakan yang menjadi nadi utama di pekan itu sudah merosot dan menyebabkan pendapatan rakyat semakin kurang.

Katanya, rakyat di daerah itu semakin tertekan kerana harga minyak kelapa sawit dan getah yang menjadi sumber pendapatan baru semakin rendah sekaligus menyebabkan kemiskinan meningkat.

Beliau berkata, MDK perlu memberi penjelasan terperinci tentang tindakannya melantik syarikat baru menggantikan syarikat lama dan sebab utama kontrak syarikat lama itu diberhentikan selain daripada dikatakan memberhentikan kutipan selama setahun.

Katanya, MDK harus menjelaskan samada mereka telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Ketua Menteri tentang tindakan itu.

Chong seterusnya berkata, MDK perlu telus dengan mengemukakan butiran lengkap perbandingan jumlah pendapatan sebenar jika kutipan letak kereta itu diswastakan dan sebaliknya.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party