|
13hb November, 2008
Yang Berhormat Juhar Hj.Mahiruddin,
Dewan Undangan Negeri Sabah,
Aras 4, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah,
Peti Surat bil. 11247,
88813 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Datuk Speaker,
PERMOHONAN PENANGGUHAN MAJLIS MENGIKUT PERATURAN 23(1)
Saya Liew Teck Chan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, N. 14 Kawasan Likas,
merujuk kepada Peraturan 23(1) ingin memohon agar Dewan yang mulia ini
ditangguh untuk membincang dan mempertimbangkan agar cadangan pihak
Petronas untuk meneruskan penyaluran Gas Petronas (Pipeline) dari Depot
Kimanis Sabah ke Bintulu Sarawak sejauh lebih dari 500km dengan memakan
belanja mengikut sumber bernilai RM3 billion DIBATALKAN.
Perkara yang tertentu ini adalah satu-satu projek unggul bagi pihak
Petronas untuk membangunkan Negeri Sabah khasnya di Kimanis dan di
persekitarannya agar Gas Asli ini dapat diguna sebagai Industri Minyak dan
Gas untuk mengelakkan proses serta Industri hiliran. Gas Asli yang
diterokai dan dipungah hasil dari perairan Malaysia dalam Negeri Sabah
adalah sumber Asli Negeri, maka haruslah dilabur balik ke Negeri dibawah
Bayu ini.
Perkara yang berkepentingan orang ramai ini tentunya dapat menarik
Pelaburan dalam negeri serta dari luar Negara akan memberi peluang kepada
semua lapisan rakyat terutama kepada Bumiputra Sabah dibidang Pekerjaan
serta Perniagaan bagi pertumbuhan Social Ekonomi para Penduduk tempatan.
Dengan keperhatinan kepada rakyat Sabah, tentunya ini akan memastikan
serta mempertingkatkan semangat kekitaan yang tinggi terhadap Negeri dan
Negara kita.
Perkara ini haruslah diberi penentuan segera demi untuk Rakyat Malaysia
khasnya di Sabah agar mereka tidak dihantui dengan Projek Petronas ini,
hanya bagi kepentingan Pemimpin tertentu, maka mengabaikan kepentingan
Rakayat Malaysia di Sabah yang pada masa kini masih didalam tahap
TERMISKIN jika dibandingkan dengan tahap Ekonomi seluruh Negara.
Dewan ini, haruslah juga mempertimbangkan terhadap Intergriti Pucuk
Kepimpinan utama Negara. Pengumuman Pembatalan projek Gas Pipeline dari
Kimanis ke Bintulu pada penghujung bulan Mei, 2008 di Sabah oleh Y.A.B.
Perdana Menteri telah dicabar oleh pihak Petronas pada 11 Jun, 2008 dengan
pengumuman bahawa projek tersebut akan diteruskan dan dijangka siap
perlaksanaannya pada bulan Mac, 2011.
Atas sebab-sebab yang tertentu, yang mempunyai kepentingan orang ramai
serta haruslah disegerakan ini, maka disini saya ingin mencadang.
Terima kasih.
( YB. DATUK LIEW TECK CHAN )
ADUN N. 14 Likas |