Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   10/22/2017 7:36:33 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2008 Nov 17 - Pembentangan majlis penangguhan gas pipeline

Pembentangan majlis penangguhan dibatalkan

Datuk Eric E Majimbun, MP for P171 SepanggarDalam Parlimen KL (Nov 17): Minyak mentah dan gas asli yang merupakan sumber hasil yang diterokai dan digali dari Negara Malaysia di bumi Sabah, adalah salah satu anugerah Tuhan Yang Mahakuasa yang bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di Sabah tetapi adalah hasil sumber pendapatan bagi meneruskan pembangunan demi untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat di Negara ini.

Sememangnya apa yang dihasilkan daripada sumber asli tersebut haruslah dan sepatutnya dikembalikan kegunaannya kepada rakyat dibumi Sabah agar rakyatnya dapat merasakan semangat kekitaan/punca patriotisme kepada negeri di bawah bayu ini.

Rakyat Sabah sangat berbangga dan memuji kepimpinan pucuk pemimpin utama Negara kita apabila pada penghujung bulan Mei, 2008, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan di Kota Kinabalu berita yang baik sekali. 'Projek pembinaan penyaluran (pipeline) gas sejauh 512 km dari Kimanis Sabah ke Bintulu Sarawak yang menelan belanja lebih kurang RM3 billion dibatalkan.'

Pengumuman ini telah diutuskan oleh YAB Perdana Menteri selepas perbincangan dan mesyuarat dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah berikutan dengan laporan media bahawa pada bulan Mac, 2008 Petronas Carigali Sdn Bhd telah meluluskan kontrak yang bernilai RM1.6 billion kepada konsotium yang diterajui oleh Dialog Group Bhd untuk perlaksaan gas pipeline yang dijangka siap pada 2011.

Sebulan selepas konsotium yang terdiri daripada Diolog E&C Sdn Bhd, India Punj Lloyd Ltd dan Petrosab Logistik Sdn Bhd diberi kelulusan, sebuah anak syarikat Wah Seong Corp Bhd telah diberi kelulusan bagi kontrak untuk melaksanakan pembuatan paip untuk projek tersebut yang bernilai RM390 juta.

Malangnya integriti pengumuman pembatalan projek tersebut oleh YAB Perdana Menteri tidak lama usianya oleh kerana pada 11 Jun, 2008 pihak Petronas telah mengumumkan bahawa projek tersebut diteruskan pembinaan dan mengesahkan bahawa projek tersebut pembinaan dan mengesahkan bahawa projek tersebut dijangka siap pada Mac, 2011.

 Difahamkan juga Kabinet dalam mesyuarat baru-baru ini telah membuat ketetapan dengan memberi kepercayaan kepada Petronas untuk melaksanakan industri Petrokimia di Sabah.

Nampaknya pembinaan industri petrokimia ini adalah sebagai kompromi agar perlaksanan gas pipeline ke Bintulu dapat diteruskan. Persoalannya, adakah pembinaan industri Petrokimia dapat dilaksanakan? Berapa peratus gas digunakan untuk industri petrokimia berbanding dengan gas yang disalurkan kepada Bintulu melalui pipeline yang dengan kos perlaksaan yang begitu tinggi? Dengan simpanan gas di Sabah yang dianggarkan berjumlah 7.5 trillion kaki padu, bolehkah kuantiti ini menampung permintaan kedua-dua projek tersebut?

Adakah pihak Petronas ataupun Kerajaan Pusat dapat memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa gas yang diperolehi dari tanah bumi negeri Sabah dapat menampung kedua-dua projek tersebut? Difahamkan bahawa gas yang sedia ada disalurkan ke depot Kg Gayang hanya dapat menampung penggunaan sebagai bahan penjanaan letrik selama 15 hingga 20 tahun.

Bagaimana pula selepas itu apabila gas tersebut kering puncanya?

Adakah menjadi kewajipan Kerajaan untuk menjelaskan faedah sosial dan ekonominya kepada pembangunan di Sabah melalui penerusan pelaksanaan projek gas pipeline ke Bintulu.

Bukankah penyaluran gas ini akan menjejaskan bekalan negeri Sabah untuk keperluan bahan eletrik di negeri ini yang dalam keadaan yang sangat membimbangkan?

Sebaliknya pihak penjana letrik memaksa rakyat serta kerajaan untuk berkompromi dengan penggunaan arang batu untuk penjanaan tenaga letrik walaupun kita sedia maklum bahawa penggunaan arang batu menjejaskan alam sekitar!

Kerajaan Pusat serta Negeri haruslah menerangkan kepada rakyat mengenai penetapan undang-undang yang merangkumi kedudukan penggunaan tanah sama ada di darat mahupun di perairan persekitaran negeri Sabah terhadap nilai komersialnya yang dibayar keapda kedua-dua negeri terbabit. Begitu juga dengan cara pembayaran kadar isipadu gas yang disalurkan melalui pipeline tersebut.

Kerajaan harus menetapkan jenis kadar pembayaran samada yuaran, ganti rugi atau bayaran royalti yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri atas kehilangan sumber gasnya sendiri bagi bahan penjanaan tenaga letrik yang dipaksa untuk menggunakan arang batu yang tentunya akan mengakibatkan pencemaran yang teruk di kawasan yang dicadangkan di Sandakan, bagaimana pula dengan ganti rugi terhadap pencemaran penggunaan arang batu tersebut?


Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party