SAPP akan terus
berjuang: Yong
Kota Kinabalu (Nov 23, 2008): Parti Maju Sabah (SAPP) tidak akan berputus asa
terhadap perjuangannya untuk mendapatkan lebih banyak pemb ayaran
royalti minyak untuk Sabah walaupun Kerajaan Negeri menyatakan yang ia
tidak akan menyusul perkara itu kerana Perjanjian Permbangunan Pertroleum
tidak boleh disemak semula.
"Tidak, saya rasa ia tidak akan berakhir
di sini, kita akan terus berjuang untuk mendapatkannya ," kata Presiden
SAPP, Datuk Yong Teck Lee ketika mengulas penjelasan Ketua Menteri, Datuk
Seri Musa Aman, baru-baru ini bahawa tidak ada peruntukan dalam perjanjian
itu yang menyatakan royalti minyak lima peratus itu boleh disemak semula.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) SAPP Luyang, Melanie Chia dan
Anggota Parlimen Seppangar , Datuk Eric Majimbun, telah menimbulkan isu
its masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
"Sedangan Perlembangaan negara boleh dipinda (jadi) kenapa pula
Perjanjian Pembangunan Petroleum itu tidak boleh?," kata yong , sambil
menambah, walaupun dalam perjanjian itu dinyatakan yang perjanjian itu
tidak boleh disemak semula, ia bukan muktaman selagi kedua-dua Kerajaan
Negeri dan Persekutuan mencapai persetujaan bersama untuk menyemaknya.
Bercakap kepada wartawan selepas upacara ringkas merasmikan Pusat
SAPP Putataan, dekat sini, pada Sabtu, bah dan Sarawak untuk Yong bertanya
sama ada salahkah bagi Sabah dan Sarawak untuk meminta penyemakan semula
terhadap perjanjian berat sebelah seperti itu?

Menurut beliau , Penasihat, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
ANwar Ibrahim juga mempunyai sentimen yang serupa dengan SAPP mengenai isu
terebut.
"Pagi tadi (pada Sabtu) kami (para pemimpin SAPP) mengadakan sarapan
pagi bersama beliau, untuk mengenali antara satu sama lain dan
membincangkan beberapa isu seperti keadaan ekonomi dan pengkajian semula
Perjanjian Petroleum itu. Pendirian Anwar dan SAPP adalah sama terhadap
isu ini,"katanya.
Sementara itu ditanya sama ada terdapat pelawan rasmi daripada
Pakaran Rakyat untuk SAPP menyertai mereka, Yong berkata: "Tidak ada." |