|

2008 Dec 8 - Baiki kerosakan jalan raya Salon
Baiki kerosakan jalan raya
Salong-Sepulut
NABAWAN
(Dis 8, 2008): Para pengguna jalan raya Salong – Sepulut meminta pihak
yang berkenaan supaya membaiki beberapa kerosakan di sepanjang jalan
raya itu termasuk jambatan dengan kadar yang segera bagi mengelak
kerosakan teruk akan berlaku.
Rata-rata pengguna yang ditemui merungut kerana keadaan jalan raya
kurang sempurna itu menyulitkan mereka terutama bagi pemilik
kenderaan yang kecil kerana tidak dapat melaluinya.
“Kami juga bimbang keadaan bertambah teruk dan jalan raya berkenaan
tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan jika keadaan yang
berlaku sekarang dibiarkan beterusan” kata seorang pemandu yang
enggan namanya disairkan.
Katanya, terdapat beberapa kerat jalan yang hampir runtuh dan
kemungkinan akan terputus jika hujan berterusan dalam beberapa
minggu lagi.
Justeru itu, katanya, usaha segera perlu dibuat bagi mengatasi
perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Beliau mendakwa sejak kebelakangan ini jalan raya yang menghubungkan
penduduk Pegalungan dan Pensiangan itu ke Pekan Nabawan kurang
diambil perhatian tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan
kerosakan terus berlaku.
Jalan raya sejauh kira-kira 25 kilometer itu menjadi peng-hubung
kepada lebih kurang 6,000 penduduk Daerah Kecil Pegalungan yang
merangkumi Mukim Pegalungan dan Pensiangan.
Tinjuan New Sabah Times mendapati keadaan jalan raya itu mengalami
beberapa kerosakan di mana bahu jalan dan sistem perparitan kurang
diselanggarakan menyebabkan aliran air pada musim hujan merosakkan
jalan raya.
Sementara itu, rumput di tepi jalan raya juga tidak dipotong
menyebabkan kiri kanannya kelihatan semak. Selain itu terdapat
sebuah jambatan yang runtuh dan tidak boleh dilalui kenderaan yang
memaksa pemandu menggunakan laluan altenatif yang bahaya. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|