Bekal ahli DUN menyertai
Sapp
Kota Marudu (Dis 12, 2008): Seramai 50 orang ahli
baru menyertai Parti Maju Sabah (SAPP) di Kota Marudu. Presiden
parti, Datuk Seri Yong Teck Lee, hadir dalam majlis penerimaan untuk
menyambut ahli-ahli baru ini.
Encik Dason Suran Gabah, selaku bekas ahli Yang Berhormat
mengumumkan penyertaan beliau dalam Parti Maju Sabah. Beliau berkata hanya parti
ini boleh melindungi dan mempertahankan hak-hak anak Sabah.
"Sapp juga parti yang berdedikasi and berbilang kaum,"
katanya. Jason juga percaya deklarasi lapan titik "Eight Points"
yang dituntut oleh Sapp ialah untuk kebaikan rakyat jelata di
Sabah.
Penjelasan Parti Maju Sabah ke seluruh negeri Sabah
adalah untuk
memberi penerangan kepada penduduk-penduduk tentang isu-isu Sabah dan
kursus Penjenamaan Semula SAPP.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden, YB Datuk Liew Teck Chan,
Naib Presiden, Encik Don Chin, Ahli Majlis Tertinggi, Puan Agnes
Liew dan Encik Benny Quek. Turut hadir ialah Pengerusi CLC Tandek, Encik Tan Chun Shan dan
Tuan Hj Madri Akong, selaku Pengerusi CLC Tempasuk dan Usukan. |