175 orang sertai SAPP Zon
Pedalaman
Keningau (Dis 14, 2008): Seramai 175 orang yang di ketuai oleh Encik
George Laim Jisit telah menyertai Parti SAPP.
Penyerahan
borang-borang keahlian telah di buat semasa menghadiri taklimat
Perjenamaan dan Hala Tuju yang disampaikan oleh Presiden Parti Datuk
Seri Panglima Yong Teck Lee dan Timbalan Timbalan Presiden YB Datuk
Eric Majimbun, YB Datuk Liew Teck Chan, Naib Naib Presiden, Datuk
Frankie Chong, Datuk Rashid Hj Gador, Don Chin, Ketua Pemuda Exco,
Edward Dagul, Datuk Philip Yong dan Setiausaha Penganjur, Kassim
Sulaiman.
Encik George Laim Jisit berkata, "saya tidak pernah menjadi ahli
mana-mana Parti Politik. Parti Maju Sabah (SAPP) adalah parti
politik pertama yang saya sertai."
"Parti Maju Sabah (SAPP) sebuah parti yang berani menyuarakan
kepentingan rakyat dan juga berbilang kaum," beliau berkata.
Turut hadir di taklimat tersebut adalah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
CK Yong, Irene Chan dan Tan Chee Chong
Gambar menunjukkan En George Liam Jisit menyerahkan borang-borang
keahlian kepada Presiden Parti, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
dan disaksikan oleh Pemimpin pemimpin Parti SAPP.
|