SAPP parti politik tanpa perkauman
Tenom (Dis 16, 2008): Parti Maju Sabah (SAPP) merupakan sebuah parti
politik tempatan yang mengamalkan politik tanpa perkauman. Ini termaktub
dengan bertambahnya ahli-ahli yang berbangsa bumiputra bukan Islam yang
menyertai parti demi perjuangan untuk hak-hak asasi rakyat Sabah seperti
di dalam Deklarasi Lapan Nota (8 Points Declaration) sokong dasar parti.
Satu majlis ringkas untuk menyambut ahli-ahli baru dari Daerah Tenom
telah berlangsung sempena lawatan pemimpin-pemimpin kanan SAPP ke Tenom
baru-baru ini.
Lawatan rombongan SAPP yang di ketuai Presiden Parti Datuk Seri Yong
Teck Lee merupakan kempen halatuju parti dan juga penjelasan isu-isu
politik semasa untuk akar umbi parti.
Kempen ini yang bermula di ibukota sebelum ke bahagian Timur dan Utara
Sabah sejak dua bulan lalu telah menyaksikan penyertaan ramai ahli-ahli
baru SAPP.
Turut berucap di kempen ini yang berlangsung di sebuah hotel di Tenom
ialah, timbalan presiden Datuk Liew Teck Chan, naib presiden Datuk Frankie
Chong, Ketua Pemuda Edward Dagul, setiausaha penganjur Kassim Sulaiman and
juga bekas ahli parlimen Datuk Philip Yong yang juga bekas timbalan
presiden parti. |