|

2008 Dec 22 - Sapp Beaufort masih kukuh
Sapp
Semakin Kukuh
Beaufort
(22 Disember 2008) ; Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengamalkan
politik tanpa perkauman dengan perjuangan Deklarasi 8 Perkara (8
Points Declarations) semakin hari semakin menerima sokongan rakyat
Sabah dengan penerimaan ahli-ahli baru SAPP di Beaufort baru-baru
ini.
Satu upacara ringkas untuk menerima ahli-ahli tersebut berlangsung
di satu majlis perjumpaan pemimpin-pemimpin SAPP dengan pemimpin dan
ahli-ahli akar umbi SAPP Zon Selatan di Pejabat SAPP Beaufort.
Lawatan tersebut yang diketuai Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck
Lee merupakan kempen halatuju parti dan penjelasan isu-isu politik
semasa.
Di majlis tersebut, pemimpin-pemimpin kanan SAPP telah menerangkan
perjuangan 8 perkara yang merupakan Deklarasi Rakyat Sabah untuk
membawa perubahan dalam negara khasnya Sabah.
Deklarasi
tersebut merangkumi lapan perkara iaitu ;
(1) kerajaan yang diasaskan oleh rakyat berdasarkan tadbir urus
kerajaan yang baik tanpa politik perkauman dan masyarakat yang
bersatupadu, adil dan progresif,
(2) Sabah hendaklah mempunyai kuasa politik (autonomi) dimana
kerajaan yang dibentuk adalah ditadbir oleh rakyat Sabah sendiri,
(3) Sabah dan negeri-negeri pengeluar minyak petroleum yang lain
berhak mendapat royalty minyak 20 %,
(4) Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan
ditadbir sebagai sebuah wilayah khas,
(5) Undang-undang Persekutuan yang tidak adil dan tidak munasabah
yang dikembangkan ke Sabah dan di Jabatan-Jabatan Persekutuan yang
tidak membawa manafaat perlu dikaji semula, (6) Sabah hendaklah
diberi peranan yang adil dan saksama dalam pentadbiran Persekutuan,
perkhidmatan awam dan sektor swasta, Jabatan-jabatan Persekutuan di
Sabah haruslah ditarajui oleh rakyat sabah,
(7) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus menyediakan
sumber yang mencukupi, keazaman politik dan kepimpinan untuk
mengatasi masalah pendatang tanpa izin dengan tegas,
berperikemanusiaan dengan memberi penekanan kepada konsep serantau
dan perkongsian bijak dan,
8) Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendak bekerjasama dalam
menangani ketidakseimbangan struktur ekonomi dan sosial yang
melibatkan Sabah dan negeri-negeri lain.
Pemimpin yang turut hadir bersama ialah YB Datuk Liew Teck Chan,
Timbalan Presiden, Datuk Richard Yong (Setiausaha Agung), Datuk
Frankie Chong (Naib Presiden), Don Chin (Naib Presiden), Kassim
Sulaiman (Setiausaha Penganjur), Foo Fook Ming (Timbalan Setiausaha
Agung )adan Benny Quek (ahli-ahli majlis tertinggi) serta Datuk
Philip Yong Chiew Lip mantan Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen
dan Haji Shamsuddin Ag Aman. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|