Tingkah laku negatif anak
jalanan dikhuatiri pengaruhi peribadi anak-anak tempatan
Kota Kinabalu (Dec 24, 2008): Tingkah laku negatif kanak-kanak jalanan yang
merupakan anak pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini
di-khuatiri akan mempengaruhi peribadi anak-anak tempatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, antara
gejala kurang sihat di kalangan kanak-kanak itu ialah menghidu gam,
meng-hisap rokok, mencuri, berjudi dan bergaduh.
“Tingkah laku negatif yang ditunjukkan kanak-kanak PATI ini boleh
mempengaruhi kanak-kanak warga tempatan di sekelilingnya. Ini adalah
satu perkara yang tidak sihat dan mesti ditangani.
“Mereka membawa bersama bu-daya negatif dari negara asal yang su-dah
sebati dengan cara hidup dan bu-daya ini masih terus dipraktikkan
wa-laupun ketika berada di negara orang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada
Majlis Penutupan Seminar Pence-gahan Jenayah 2008 di Auditorium
Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah, dekat sini hari ini.
Katanya, jika senario tersebut tidak ditangani, kanak-kanak tersebut
yang membesar tanpa didikan dan penjagaan yang sempurna apabila
dewasa kelak akan menyumbang kepada perbuatan jenayah.
Beliau berkata, kebimbangan itu berasas kerana bagi tempoh Januari
hingga November lalu, warga asing yang menyumbang kepada kes-kes
jenayah sudah mencecah 25 peratus.
Sementara itu, beliau berkata, me-dia internet adalah penyumbang
terbesar kepada berlakunya aktiviti jenayah kerana kandungannya
sukar ditapis, disekat atau dihalang tidak seperti media lain.
Menurutnya, bahan-bahan lucah, tahyul, aksi ganas dan pelbagai lagi
bahan negatif yang mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan muda
dan perkara itu akan mewujudkan persekitaran tidak sihat.
“Tidak dapat disangkal lagi ba-hawa keterbukaan dalam globalisasi
dunia hari ini merupakan salah satu penyebab berlakunya jenayah
salah laku masyarakat secara meluas. Inter-net begitu berpengaruh
berbanding media lain kerana sifatnya yang dapat menerobos sempadan
negara,” ka-tanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, media massa akan memainkan peranan
berkesan dalam memerangi je-nayah melalui laporan yang bersifat
membina dan bukan sensasi semata-mata.
Jelasnya, pengaruh media kepada masyarakat sangat kuat dan
mas-yarakat boleh dibentuk melalui laporan-laporan yang mempunyai
nilai kesedaran dan pendidikan walaupun secara umum.
“Melalui media massa, masyarakat boleh dididik mengenai peranan dan
tanggungjawab setiap individu dalam memerangi ancaman jenayah. Lang-kah
pencegahan jenayah perlu disebarkan.
“Kesedaran pula adalah dengan cara menghebah serta memaparkan
kejadian-kejadian jenayah yang ber-laku di sekeliling dan hukuman
yang akan diterima oleh penjenayah,” uj-arnya.
Selain itu katanya, pengamal media juga perlu bekerjasama dengan
pihak polis dengan menyiarkan artikel yang memberi ilmu, panduan dan
kaedah untuk pencegahan jenayah.
(New Sabah Times) |