|
Kota Kinabalu
(Dis 28, 2008): SAPP Zon Kota Kinabalu telah menganjurkan kempen menderma
darah dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Sabah
pada pagi ini dan berjaya mengumpul 58 bungkus darah.
Atas sokongan daripada orang awam, pihak penganjur berjaya mengumpul darah
demi untuk meringankan masalah kurang darah semasa musim perayaan Bank
Darah Hospital QE.
Majlis pelancaran kempen darah telah disempurnakan oleh Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP. Beliau juga turut menderma darah
bersama dengan pemimpin-pemimpin dan ahli parti itu.
Peter Wong, pengerusi penganjur amat menghargai atas sokongan orang ramai,
pihak anjuran bersama serta pihak sponser. Beliau turut memuji mereka yang
telah menlaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang berjiwa kasih sayang
dan bersemangat tolong menolong.
Beliau berkata, dengan adanya kerjasama bersama, iaitu anggota-anggota
perubatan dari hospital, ahli-ahli dari PBSM dan ahli-ahli SAPP, kempen
menderma darah kali ini telah diadakan dengan lancer dan mencapai
matlamatnya.
Beliau menegaskan, menderma darah memberi kebaikan dua hala iaitu
disamping dapat menyelamatkan nyawa orang lain, pihak penderma juga
menerima faedah dari segi kesihatan badan.
Disamping itu, kempen ini juga dapat meningkatkan kesedaran awam tentang
kebaikan menjalankan derma darah.
Turut hadir ialah Datin Seri Panglima Stella Yong, Datuk Liew Teck
Chan,timbalan pengerusi SAPP, Datuk Richard Yong, Setiausaha Agong SAPP,
Chong Pit Fah, Ketua Penerangan SAPP,
Dato’David Chong, ahli majlis tertinggi parti dan juga Datuk Jimmy Tham. |