Perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan
ekonomi dan pelaburan Sabah 2009
Oleh Puan Melanie Chia pada
Januari 15, 2009
Tuan Speaker,
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil
bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa
Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah 2009.
Sesungguhnya, Sabah mencapai kemerdekaan selama 45 tahun dalam
pembentukan Negara Malaysia, dan negeri Sabah pula pada suatu masa
dahulu adalah salah sebuah negeri yang kaya jika dibandingkan dengan
negeri-negeri lain di Malaysia. Kita mempunyai sumber alam di laut
dan di darat, tanah yang subur terbentang meluas, sumber asli kita
terdiri daripada minyak, gas, kayu balak, kelapa sawit, getah dan
berbagai komoditi yang lain. Namun, sejak penghujung awal tahun
sembilan puluhan sehingga hari ini, kita masih di kategorikan
sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Kita telah melalui dari
satu Rancangan Malaysia ke satu Rancangan Malaysia dan kini kita
dalam Rancangan Malaysia Ke-9, berbillion-billion ringgit
peruntukkan perbelanjaan telah disalurkan namun kita masih jauh
ketinggalan dan masih terpompong dalam label negeri miskin.
Adakah masalah ini disebabkan pendekatan atau keadah dan dasar
pelaksanaan program pembangunan dan sosial yang tidak berkesan? Pada
hemat saya bahawa sistem penyampaian yang lemah dan kegagalan
kerajaan dalam melaksanakan program-program pembangunan dan sosial
yang tidak kesampaian ke kumpulan sasar dengan erti kata sebenar.
Selain daripada itu, terdapat juga ketirisan dan pembaziran berlaku
dalam pelaksanaan projek-projek. Pengalaman ini harus menjadi
iktibar dan usaha pembetulan perlu dilakukan pada masa kini.
Tuan Speaker,
Pada hari ini, kita berbincang mengenai Rang Undang-Undang yang
dinamakan Enakmen Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan
Sabah 2009 di Dewan yang mulia ini untuk mewujudkan sebuah badan
bagi melaksanakan Koridor Pembangunan Sabah.
Setelah meneliti Rang Undang-Undang ini, saya tidak ada masalah
dengan objektif Pihak Berkuasa yang ternyata dalam fasal 6 yakni : -
a) Untuk menggalakkan dan mempercepatkan pembangunan Koridor
Pembangunan Sabah supaya menjadi suatu wilayah ekonomi yang
terkemuka dan destinasi pilihan untuk melabur, bekerja dan tempat
tinggal; dan
b) Untuk memastikan bahawa pembangunan sosial dan pembangunan mapan
diberi keutamaan dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi di dalam
Koridor Pembanguan Sabah.
Dalam pada itu, saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam Rang
Undang-undang ini yang mungkin akan membawa kesan tidak diingini
terhadap pelaksanaannya kelak. Ini adalah menjadi tanggungjawab kita
untuk membuat teguran dan kritikan yang membina supaya enakmen ini
kelak tidak mempunyai sebarang kecacatan dalam pelaksanaannya demi
kepentingan negeri dan rakyat jelata.in
RANG UNDANG-UNDANG
Di sini, saya ingin merujuk ke fasal 7.
Tuan Speaker
Dengan izin, Clause 7 refers to the Functions of the Authority.
There are 9 functions listed here. Of these 9 functions, 7 of them
refers to functions relating to making recommendations to the State
and Federal Government on the Sabah Development Corridor; co-ordinating
and monitoring of the projects; and making reports.
These functions are functions are already being carried out by the
Government Entity, that is, the Ministries, the Departments, local
authorities etc., and therefore, seem to duplicate the powers and
authority of the various Ministries, Departments and agencies in the
State Government.
The only differences in the functions are Clause 7(b) and 7(h) which
state that the Authority is to disburse funds received from the
Government or the Federal Government, and to source funds for the
Sabah Development Corridor (SDC).
Tuan Speaker
This seems to impute that the need for this Enactment which is
tabled in this honourable House today is for this particular
purpose, that is, to create a vehicle to receive funds from the
Government to implement the projects in the Sabah Development
Corridor.
Couldn’t the money meant for the projects in the SDC but put into
the State Consolidated Fund under the Ministry of Finance?
If these funds are put into the State Consolidated Fund, then
perhaps there is no need for us to sit in this Dewan Yang Mulia
today to approve the proposed Enactment where an assurance has to be
provided to the Government Entities, that nothing in this proposed
Enactment shall be construed as reducing or limiting their rights,
powers, functions and jurisdiction.
By putting the funds for SDC into the State Consolidated Fund first
can also ensure greater accountability of tax payer’s money.
Tuan Speaker, about the Funds to be received from the Government,
could this Honourable House be informed if the funds to be received
would also include the “promised” or the “missing” RM1 Billion which
was much reported in the media lately?
Tuan Speaker
Still on the functions of the Authority. For all intent and purpose,
it seems the Authority is also intended to expedite projects
implementation by performing the functions of a one-stop centre.
However, I want to note that there is no provision in this proposed
Enactment today for the Authority to issue or exempt any State
Licences, not to mention the requirement for Federal Government
approvals for licences such as licences under MIDA, MITI, FIC
approval, the Energy Commission etc.
uitrequired licences and permits, how can the Authority perform the
functions of a one-stop centre?
Tuan Speaker
Clause 10 of the proposed Enactment touches on Delegation of the
Authority’s functions and duties which seeks to delegate the
functions and
Duties of the Authority to a list of individuals. I must say this
clause is most unusual.
Even if such power is delegated, it is often specific such as in
time of emergency and carries limitations and also for a specific
time.
The Authority should always act as a BODY CORPORATE.
Tuan Speaker
Another unusual clause appears in Clause 25 on Protection Against
Suit and Legal Proceedings.
Clause 25(b) has included the Authority amongst the individuals to
be protected against suit and legal proceedings.
This Clause also contradicts Clause 5(3) which spelt out that “The
Authority may sue or be sued in its name”. Furthermore, prohibiting
the Authority to be sued contravene Section 8(1) of the Federal
Constitution which states that “All persons are equal before the law
and entitled to the equal protection of the law”.
Tuan Speaker
Therefore, Clause 25(b) should be taken out and should be deleted
for this proposed Enactment.
Tuan Speaker,
Seperti yang saya katakan awal-awal tadi bahawa saya tiada masalah
dengan objektif Rang Undang-undang ini tetapi beberapa masalah
seperti yang saya sebutkan tadi adalah perlu penjelasan dan
perubahan supaya pada pelaksanaannya nanti akan lebih sempurna dan
berkesan. Apa juga pendekatan dan dasar yang dirancang jika tidak
disusuli dengan kerja yang bersungguh-sungguh serta rasa
tanggungjawab dan ikhlas maka ia tidak akan membawa apa-apa makna
dan hasil kepada negeri dan rakyat secara keseluruhannya. Kita
berharap agar Enakmen ini kelak akan membawa perubahan dan
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan sudah tentunya kita tidak
mahu menjadi juara negeri yang termiskin secara berterusan.
Sekian dan terima kasih. |