|

2009 Jan 20 - SAPP mahu Kabinet Negeri pastikan PM tunai janji RM1b
SAPP mahu Kabinet Negeri pastikan PM tunai janji RM1b
Kota Kinabalu (Jan 20, 2009): Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa
Kabinet Negeri memastikan Perdana Menteri menunaikan janji
peruntukan RM1 bilion kepada Sabah demi kepentingan rakyat dan juga
negeri.
“Jika tidak Kabinet Negeri harus bertanggungjawab memberi penjelasan
kepada rakyat Sabah,” kata presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.
Yong berkata, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin
Kitingan yang juga presiden Parti Bersatu Sabah juga telah
mengesahkan bahawa peruntukan RM1 bilion untuk Sabah seperti yang
diumumkan Perdana Menteri pada Mei tahun lalu masih belum ditunaikan.
Katanya, jika Kerajaan BN Sabah gagal mendapatkan RM1 bilion ini,
maka ini menunjukkan BN dan para pemimpinnya gagal menjalankan tugas
mereka.
“Ia akan merupakan satu lagi pembohongan besar kepada penduduk
Sabah. Tidak kira bagaimana banyak gesaan dibuat para pemimpin PBS
supaya BN membuat penjenamaan semula, ia tetap tidak akan dapat
menghalang kejatuhan Kerajaan BN seperti mana yang diingatkan oleh
MP Kalabakan Datuk Seri Ghapur Salleh,” katanya di sini pada Isnin.
Yong berkata, sungguh mengagumkan bagaimana Pairin cuba menjelaskan
“1 bilion yang hilang” itu dengan berkata bahawa peruntukan
persekutuan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan tidak ada sebarang
masalah.
“SAPP mempunyai alasan yang baik unuk mengajukan perkara itu kerana
SAPP sudah mengesyaki bahawa apa yang dipanggil peruntukan RM1
bilion itu adalah satu penipuan dan tidak ada satu senpun diuntukkan
dalam Bajet Tanbahan Persekutuan pada Julai 2008.
“Sekali lagi, RM1 bilion itu tidak termasuk dalam sama ada Bajet
2009 yang dibentangkan pada September 2008 atau pakej rangsangan RM7
bilion pada November oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri
Kewangan,” ulang beliau.
Ketika itu, Yong berkata, Kerajaan negeri dan para menteri
seharusnya menggunakan suara SAPP untuk mendesak supaya janji
peruntukan RM1 bilion itu ditunaikan segera.
“Jika para menteri BN Sabah pandai menggunakan peluang politik yang
ada selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk berjuang untuk Sabah,
maka sudah tentu Sabah telah pun menerima RM1 bilion itu berserta
hak dan faedah lain. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|