Mangsa kebakaran masih tunggu bantuan
Sandakan (Feb 2,
2009): Beratus-ratus mangsa kebakaran di Kampung Lupak Meluas Batu
Sapi masih menunggu bantuan dari Kerajaan Negeri untuk membantu
mereka membina kediaman mereka semula selepas tiga belas tahun
kejadian itu.
Tiga ratus enam puluh lima buah rumah musnah dalam kejadian itu
dan Ketua Menteri ketika itu Datuk Yong Teck Lee telah meluluskan
peruntukan RM6 juta untuk membantu mangsa-mangsa itu membina rumah
mereka semula dan juga kemudahan lain di kawasan tanah seluas 20
ekar.
Tetapi sebelum dana itu boleh disalurkan kepada mangsa-mangsa
terbabit, Yong terpaksa menyerahkan jawatan ketua menteri kerana
tempoh penggiliran dua tahunnya sudah berakhir.
Yong dan bekas Wakil Rakyat Sekong, Datuk Nahalan Haji Damsal
melawat tapak itu bersama pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) yang lain
bersama pemimpin kampung selepas perkara itu disuarakan semula
semasa Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SAPP di Sandakan pada sabtu.
Yong berharap Kerajaan Negeri akan mempercepat peruntukan dana
itu untuk membantu penduduk-penduduk kampung yang sudah menunggu
lebih sedekad lalu.
NST (02/02/09)
James Leong |