|

2009 Feb 8 - 250 Ahli Baru Menyertai SAPP di Sook
Ahli Baru dari Sook Menyertai SAPP
Sook (8 Februari 2009) – 250 orang ahli baru telah menyertai SAPP
pada satu majlis induksi yang telah diadakan di Kg. Mambulu Sook,
Keningau. Penyerahan Borang keahlian itu telah diserahkan oleh Encik
Engah Sintan @ Dahlan Abdullah kepada Yang Berhormat Datuk Eric
Majimbun Timbalan Presiden Parti Maju Sabah merangkap ahli Parlimen
P.171 Sepanggar.
Menurut Encik Engah, penduduk kawasan peti undi membulu yang terdiri
daripada 4 kampung iaitu Kg. Membulu, Kg. Kuala Puntih, Kg. Tigasa
dan Kg Mempulut telah lama ternanti-nanti sebuah parti tempatan yang
akan dapat membawa perubahan besar bagi kawasan tersebut dan parti
itu, tidak lain tidak bukan adalah parti SAPP. Beliau turut
menegaskan bahawa selepas ini lebih banyak Borang Keahlian akan
diserahkan kepada SAPP berdasarkan respon penerimaan yang begitu
baik sekali, ujarnya yang turut disambut dengan tepukan yang gemuruh
daripada para hadirin.
Turut berucap pada majlis tersebut adalah Datuk Frankie Chong
Pengerusi Zon Pedalaman merangkap Naib Presiden SAPP dan Encik
Edward Dagul, Ketua Pemuda SAPP. Turut hadir, Encik Richard Lee
Pengerusi CLC Bingkor Liawan, Puan Irene Chan Pengerusi CLC Sook,
Encik Joe Yong Pengerusi CLC Tambunan dan Stephan Gaimin Exco Pemuda.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|