Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   6/26/2017 3:29:50 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 3 - Pertubuhan cawangan baru Kg Susulat

Pertubuhan cawangan baru Kg Susulat

Kampung susulat – Sook, Mac 3, 2009 :- Ekoran daripada penubuhan beberapa Cawangan Parti Maju Sabah di daerah Sook dan Nabawan pada dua minggu yang lalu, satu lagi cawangan baru Parti Maju Sabah telah ditubuhkan di Kg. Susulat yang diketuai oleh Encik George Jusit.

Turut hadir dalam kursus Induksi Level 1 anjuran Parti Maju Sabah ialah polis bersara Sarjan Jusit Rantai (80), salah seorang tokoh yang telah mencipta sejarah Sabah, dengan menjadi orang yang pertama mengibarkan bendera Malaysia sewaktu pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Terdahulu Sarjan Jusit Rantai dalam ucapan alu-aluannya menyatakan syukur dan perasaan gembira beliau dengan kedatangan Parti Maju Sabah ke daerah Sook khususnya di kg. Susulat, beliau menyatakan bahawa Sook amat ketinggalan jauh berbanding dengan daerah-daerah lain.

Turut dinyatakan perasaan kecewa beliau terhadap pemimpin-pemimpin masa kini yang beliau ibaratkan sebagai pemimpin yang hanya pandai bercakap “KATA-KATA YANG TIDAK ADA NOKTAH”. Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat Sook dan Nabawan untuk bersatu padu menyokong Parti Maju Sabah kerana hanya Parti Maju Sabah sahaja yang boleh membawa perubahan yang drastik kerana mempunyai pemimpin yang berani untuk mempertahankan hak dan aspirasi rakyat Sabah.

Mengakhiri ucapannya dalam nada sebak, beliau menyatakan harapannya agar satu hari nanti beliau boleh melihat kemudahan elektrik dirumahnya sebelum dia menutup mata selama-lamanya.

Ditanya tentang perasaan beliau sewaktu diberi peluang yang julung-julung sekali berlaku, beliau menyatakan beliau berasa amat teruja, bangga dan takut kerana pada masa itu tersebar khabar angin bahawa sesiapa sahaja yang menaikkan bendera Malaysia pada hari tersebut akan ditembak oleh golongan penentang pembentukan Malaysia.

Beliau juga pada masa yang sama berharap dan dapat merasakan, seiring dengan pembentukan Malaysia ia dapat membawa bersama kemajuan pembangunan yang pesat di negeri Sabah terutama sekali di kampong halamanya di Kg. Susulat Sook namun demikian selepas 45 tahun Malaysia dibentuk pembangunan yang beliau impikan ternyata meleset dan jauh tersasar.

Turut hadir Encik Edward Dagul ketua Pemuda SAPP, Puan Irene Chan pengerusi Clc Sook, Encik Richard Lee Pengerusi Clc Bingkor dan Liawan, dan Encik Stephan Gaimin Exco Pemuda SAPP.
 

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party