Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   6/22/2017 11:55:10 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 13 - Cadangan 'Hospital Khidmat' tidak bernas, kata SAPP

Cadangan 'Hospital Khidmat' tidak bernas, kata SAPP


KOTA KINABALU, Mac 13, 2009: Cadangan Kerajaan Sabah supaya Kerajaan Pusat mengambilalih Wisma Khidmat di sini lalu untuk dijadikan hospital seperti diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai pada Isnin lalu adalah tidak praktikal dan kurang bijak, kata Chong Pit Fah, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP).

Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai tidak munasabah, berpandangan singkat dan tidak mapan.

"Wisma Khidmat telah terbiar kosong beberapa tahun lalu dan hanya pemilik dan bekas penyewa tahu sebabnya. Perkara utama, bangunan itu bukan direka untuk sebuah hospital dan terletak di kawasan kurang sesuai yang hanya mempunyai sedikit ruang untuk meletak kereta," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pit Fah berkata, bangunan itu sudah berusia dalam lingkungan 30 tahun dan banyak bahagian binaan besi mungkin telah rosak teruk akibat hakisan klorin dan tidak lagi selamat diduduki kerana dibina menggunakan pasir laut.

Katanya, pada ketika itu pasir laut sering digunakan untuk membina bangunan dan ini adalah satu fakta.

"Itulah punca sebenar mengapa Hospital Queen Elizabeth (QEH) didapati tidak selamat. Rakyat Sabah akan menanggung kerugian besar jika masalah sama berulang 10 atau 20 tahun nanti, jika Wisma Khidmat diubahsuai menjadi sebuah hospital," Pit Fah berkata melahirkan kebimbangan sambil menambah garispanduan menitikberatkan standard dan keperluan keselamatan perlu dipatuhi dalam perkara ini.

Beliau juga berkata bahawa Kerajaan Sabah tidak berpendirian tetap apabila mencadangkan Kerajaan Pusat menjadikan Wisma Khidmat sebuah hospital.

"Pada satu ketika, mereka berkata akan membina sebuah hospital baru, dan sekarang mereka bercadang membeli dan menjadikan sebuah bangunan berusia 30 tahun sebagai sebuah hospital," katanya.

Pit Fah seterusnya menyoal rasional cadangan itu terutamanya tentang perubahan keputusan awal yang ingin membina sebuah hospital baru kepada menjadikan sebuah bangunan lama sebagai sebuah hospital.

Beliau menggesa para penggubal dasar agar tidak membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada pertimbangan politik semata-mata.

"Kerja-kerja pakar sepatutnya diberikan kepada para profesional dan dalam kes ini perancang kesihatan ialah Kementerian Kesihatan. Ahli politik sepatutnya tidak melibatkan diri dalam bidang yang memerlukan pengetahuan pakat," katanya.

Pit Fah selaku Pengerusi CLC parti bahagian Kepayan menggesa kerajaan dan kementerian itu agar mengambil pendekatan bersepadu dan professional dalam menguruskan masalah kesihatan yang memberi kesan kepada rakyat Sabah .

Beliau menyelar Tiong Lai kerana mengatakan krisis kesihatan yang dihadapi rakyat Sabah pada masa ini adalah tidak besar seperti yang dicanang pembangkang di sini.

"Menteri Kesihatan itu dan beberapa pegawai kanannya datang ke sini dari Kuala Lumpur pada hari cuti umum untuk mengadakan mesyuarat khas mengenai isu itu dengan Ketua Menteri dan jemaah Kabinet Sabah," katanya.

Katanya, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Pusat hanya bertindak selepas SAPP tanpa henti-henti mengetengahkan isu itu.
 

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party