Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   8/23/2017 5:05:51 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 15 - Rangsangan RM 60 bilion tidak adil kepada Sabah

SAPP: Rangsangan RM 60 bilion tidak adil kepada Sabah

Kota Kinabalu, Mac 14, 2009: SAPP hairan dengan kenyataan Ketua Menteri bahawa Sabah akan memohon dana tambahan hanya selepas bajet rangsangan dibentangkan di Parlimen.

Setiap kali selepas bajet Negara dibentangkan, para peminpin BN Sabah secara automatik dan dengan penuh kesetiaan memberi pujian kepada Menteri Kewangan ketika itu tanpa melihat samada peruntukan yang terkandung adil kepada Sabah dan rakyat negeri ini.

Mengulas pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion itu, presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berkata, SAPP sedang memerhati perkembangannya untuk memastikan Sabah tidak ditipu.

"Sebagai contoh, hanya RM1.2 bilion daripada RM60 bilion diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di Sabah serta Sarawak dan jika dibahagi sama rata, Sabah bakal mendapat hanya RM600 juta bagi tempoh dua tahun akan datang. Jumlah itu hanya 1% daripada RM60 bilion itu dan merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sabah," kata Yong.

"Belum kelihatan lagi bagaimana wang berbilion itu memberi faedah kepada Sabah dan rakyat di negeri ini. Sebagai contoh, potongan harga RM5,000 yang diberikan kepada pemilik kereta yang menukar kereta lama mereka kepada Proton dan Perodua di bawah skim lupus kereta hanya sah di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak terkecuali. Diskriminasi terhadap pembeli kereta Proton dan Perodua di Sabah dan Sarawak perlu dihentikan segera.

"Diskriminasi ini adalah tamparan tambahan kerana kereta Proton dan Perodua yang dijual di Sabah sudah sedia mahal diantara RM1,900 hingga RM2,200 sebuah berbanding dengan di Semenanjung. Mengapa pemilik Proton di Sabah berterusan memberi subsidi kepada pemilik Proton di Semenanjung Malaysia?

"Wang RM60 bilion itu sepatutnya digunakan menjana ekonomi Sabah dengan mengurangkan bayaran pengangkutan laut yang tinggi kerana dasar Kerajaan Persekutuan mengenakan kabotaj kononnya melindungi syarikat perkapalan.

"Dasar kabotaj itu menyebabkan harga barangan import terlalu mahal. Memandangkan Kerajaan Persekutuan ingin melindungi pemilik kapal walaupun membelakangi ekonomi secara keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan sepatutnya bertindak adil dengan memberi subsidi kepada bayaran pengangkutan laut ke Sabah.

"Jika Kerajaan Persekutuan boleh memberi subsidi kepada pengguna jalan raya di KL sehingga RM287 juta seperti di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Ampang, Lebuhraya Sungai Besi dan Pantai Baru Expressway, mengapa kerajaan tidak mempraktikkan keadilan dengan memberi subsidi kepada kos hidup tinggi di Sabah yang disebabkan oleh dasar kabotaj itu? Mengapa hanya memberi subsidi kepada syarikat-syarikat lebuhraya KL sahaja dan tidak syarikat-syarikat perkapalan di sana?

"Di kawasan pedalaman, dimana penduduknya adalah yang termiskin, harga makanan dan barang keperluan lain adalah mahal berbanding di tempat lain kerana pengangkutan. Ekonomi kawasan pedalaman perlu dirangsang melalui pemberian subsidi pengangkutan.

"SAPP telah bersuara mengenai subsidi minyak makan yang mana majoriti pengeluar minyak sawit Sabah terpaksa memberi subsidi kepada pengguna di negeri lain sebanyak RM700 juta dari 2007 hingga 2008.

"Sabah and Sarawak secara terkumpul telah memberi subsidi kepada Bernas, syarikat monopoli beras, sebanyak RM400 juta setiap tahun selama 10 tahun. Perkara ini hanya dihentikan pada Jun tahun lalu selepas SAPP membuat protes awam. Jika Kerajaan Persekutuan menggunakan dana itu mempromosi penanaman padi tempatan maka Sabah sudah mencapai status sara diri dalam pengeluaran padi. Sebenarnya, rakyat Sabah memberi subsidi kepada Bernas, sebuah syarikat kawalan UMNO, memonopoli pengimportan beras.

"Pengguna di Sabah telah sekian lama menanggung produk mahal seperti harga tiket penerbangan MAS, akhbar, tariff letrik dan semua jenis barangan import. Dasar buatan manusia itu telah merosakkan prestasi ekonomi Sabah berdekad-dekad lamanya sehingga menyebabkan Sabah bergantung kepada ehsan dari Pusat.

"Penduduk kawasan pedalaman dan beberapa bandar di pantai timur juga didapati tidak dapat menerima siaran RTM1, RTM2, TV3 dan NTV7. Hanya segelintir sahaja rakyat Sabah mampu membayar perkhidmatan siaran media dan berita melalui ASTRO, manakala yang miskin dinafikan hak mendapat informasi. Kerajaan harus membina menara pancaran siaran televisyen di kawasan pedalaman itu dengan segera.

"SAPP juga kesal kerana tidak satu sen dari RM60 bilion itu digunakan untuk membina hospital umum di bandaraya Kota Kinabalu ini atau meninggikan jalan keretapi untuk menyelesaikan masalah yang disebabkan jalan keretapi di Petagas yang menjadi punca beribu rakyat terputus hubungan dengan jalan raya utama Petagas.

"Banyak daerah di Sabah terdesak memerlukan dana seperti loji janakuasa letrik di Sandakan dan pelabuhan serta pusat perdagangan tukar barang di Tawau. Penduduk Lahad Datu semestinya tidak akan kagum dengan Lapanganterbang Kos Rendah KL berharga RM2 bilion dan rebat sebanyak 50% terhadap bayaran pendaratan bernilai RM100 juta. Perkara ini adalah kerana projek Lapanganterbang Lahad Datu dalam Rancangan Malaysia ke-9 telah ditangguh. Kadar tambang MAS Wings bagi penerbangan Kota Kinabalu-Lahad Datu adalah yang tertinggi bagi setiap kilometer di dunia.

"SAPP berpendapat pakej rangsangan ke-dua itu tidak adil kepada Sabah dan tidak membantu menjana ekonomi Sabah," kata Yong.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party