Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   12/13/2017 4:22:00 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 15 - SAPP: Pinjaman RM 601 juta kepada syarikat KL perlu penjelasan.

SAPP: Pinjaman RM 601 juta kepada syarikat KL perlu penjelasan.

Kota Kinabalu, Mac 15, 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata Kerajaan Sabah perlu beri penjelasan kepada rakyat tentang pinjaman RM601 juta yang diberikan Sabah Development Bank (SDB) kepada sebuah syarikat Kuala Lumpur untuk membina kondominium mewah di Ampang.

Seperti yang disiarkan sebuah akhabar kebangsaan dalam ruangan niaga pada Khamis, pemaju hartanah, Perspektif Masa Sdn. Bhd., telah mendapat pinjaman RM601 juta dari SDB untuk membiayai projek bernilai RM1.5 bilion di negeri Selangor itu.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, pinjaman terbesar yang pernah diluluskan SDB dalam sejarah bank itu sudah tentu memberi kejutan kepada pelbagai pihak.

"Jumlah itu sama nilai dengan RM600 juta geran infrastruktur yang diperuntukkan kepada Sabah di bawah pelan rangsangan ke-dua bagi tempoh dua tahun. Pinjaman sebesar itu, jika diagihkan di Sabah, akan dapat merangsang dengan hebat ekonomi Sabah.

"Tetapi, bank milik penuh Sabah itu melihat meminjamkan wang kepada KL sebagai bernas dan mengandaikan Sabah tidak memerlukan dana pelaburan. Para peniaga tempatan sedia maklum bahawa pada masa ini pihak bank terlalu berhati-hati memberi pinjaman kerana krisis kewangan global. Nampaknya, SDB seolah-olah tidak peduli atau tidak tahu.

"Oleh itu, SDB perlu memberi penjelasan samada pinjaman sebesar itu dan di luar Sabah telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Rakyat Sabah berhak diberi tahu samada SDB telah terpesong dari peranan utamanya sebagai institusi pinjaman utama (DFI) untuk menggalak pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

"Menurut Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap SDB, terdapat banyak projek pelaburan menarik di Sabah yang tercipta oleh Koridor Pembangunan Sabah. Tidakkah projek koridor itu memerlukan pembiayaan?

"Barangkali SDB telah hilang keyakinan terhadap ekonomi Sabah? Tidak adakah sebarang projek berdaya maju di Sabah yang layak mendapat pinjaman SDB? Tidak ada lagikah projek menguntungkan SDB yang boleh diberi pinjaman?

"SDB dan para pegawai negeri seharusnya tidak memandang rendah potensi bahawa pelabur akan hilang keyakinan apabila melihat institusi kewangan milik negeri memutuskan menyalur sebahagian besar portfolio pinjaman kepada projek di luar Sabah.

"Pada masa ini, banyak pihak mengambil berat mengenai penutupan kilang jubin di Labuan baru-baru ini ekoran kenaikan harga gas asli yang dibekalkan Sabah Energy Corporation (SEC) kepada Guocera Tiles Industries (Labuan) Sdn. Bhd., anak syarikat SEDCO (Korporasi Pembangunan Ekonomi Sabah).

"SEDCO ialah sebuah agensi Bumiputera yang memberi tumpuan kepada pembangunan perindustrian di negeri ini. Walaupun penutupan kontrovesi kilang jubin di Labuan itu mendapat liputan meluas media tetapi tidak seorang pun menteri atau pegawai Sabah mengambil peduli untuk memberi penjelasan atau mengambil berat tentang hal itu.

"Selain hilang pekerjaan, penutupan kilang itu juga memberi kesan kepada keyakinan pelabur. Di Sarawak, Pulau Pinang dan negeri lain, berita tentang penutupan kilang mendapat tindak balas menteri kanan masing-masing. Di Sabah dan Labuan, pemimpin kanan tidak peduli sama sekali," kata Yong.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party