Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   7/28/2017 6:00:37 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 18 - SAPP: Lanjutkan tempoh rebat minyak RM625 Sabah dan Sarawak

SAPP: Lanjutkan tempoh rebat minyak RM625 Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU, 18 Mac 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Kerajaan Persekutuan melanjutkan tempoh menuntut rebat minyak RM625 sekurang-kurangnya tiga bulan apabila skim itu ditamatkan pada 31 Mac ini.

Naib presiden SAPP, Don Chin berkata, tempoh lanjutan itu perlu supaya pemilik kereta di Sabah dan Sarawak boleh menikmati kemudahan yang ketika ini hanya dinikmati di Semenanjung Malaysia.

Katanya, pengumuman oleh Perodua, syarikat berkaitan kerajaan (GLC),
pada 18 Mac bahawa potongan RM5,000 bagi kereta lama hanya berkuatkuasa pada 1 April adalah tidak sama dengan kenyataan ketua pegawai eksekutif (CEO) Proton Edar dua hari lalu bahawa potongan itu berkuatkuasa serta merta (16 Mac).

Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak kini sedar telah dinafikan hak menuntut rebat RM625 itu apabila hendak membeli kereta Proton atau Perodua baru kerana kesuntukan masa apabila skim itu ditamatkan pada 31 Mac manakala potongan harga itu bermula pada 1 April, katanya.

Katanya, pemilik kereta di Sabah dan Sarawak dipaksa melupakan salah satu hak mereka, samada potongan harga RM5,000 itu atau rebat RM625 itu.

"Mengapa rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak terperangkap dalam delima ini? soal Chin sambil menambah, CEO Proton Edar itu juga telah menyatakan bahawa hampir 27,000 baucar potongan harga RM5,000 telah diberikan setakat 17 Mac.

Chin berkata, nilai keseluruhan baucar itu berjumlah RM13 juta dan semua penerimanya terdiri dari pemilik kereta di Semenanjung Malaysia kerana tidak ada seorang daripada mereka dari Sabah atau Sarawak

"Apa yang perlu dilakukan Kerajaan Pusat untuk membetulkan keadaan ini ialah denga melanjutkan tempoh menuntut rebat itu sehingga tiga bulan supaya pemilik kereta di Sabah dan Sarawak boleh menikmati kedua-dua rebat RM625 dan potongan harga RM5,000 itu sekaligus," katanya.

Katanya, SAPP menggesa Menteri Barisan Nasional samada di peringkat Negeri atau Pusat mengutarakan isu itu kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum terlambat.

Katanya, walau apa sekalipun kata pemimpin BN termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Liew Viu Keong, rakyat Sabah dan Sarawak masih tidak dapat memperolehi potongan RM5,000 itu bagi kereta lama mereka.

China berkata, rakyat perlu faham bahawa rebat itu hanya diberi kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda berkapisiti sehingga 3000cc dan kereta menggunakan petrol berkapisiti maksimum 2000cc sahaja.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party