8,616 kad pengenalan hijau telah dikeluarkan kepada
'stateless persons'
Kuala Lumpur, Mac 20, 2009: JPN telah mengeluarkan semula kad pengenalan
pemastautin sementara (kad pengenalan hijau) mulai 6 Okt 2008 setelah
ditamatkan pengeluarannya pada Januari 2005.
Jawapan ini adalah kepada soalan daripada Ahli Parlimen Tawau, Datuk
Chua Soon Bui di Dewan Rakyat tentang rancangan mencepatkan proses
permohonan kanak-kanak tanpa Negara dengan bapa-bapa warganegara Malaysia,
dan berapakah bilangan permohonan yang telah diterima Kementerian daripada
keluarga dengan kanak-kanak tanpa Negara di Sabah?
Jumlah kad pengenalan hijau ini yang telah dikeluarkan sehingga bulan
Jan 2005 adalah 38,672 kad pengenalan hjiau ini yang dikeluarkan kepada
mereka yang berstatus 'stateless' iaitu orang-orang yang dilahirkan di
Malaysia, memiliki sijil lahir Malaysia dan tiada maklumat ibu/bapa atau
dokumen ibu/bapa dalam sijil lahir sehingga 25 Feb 2009, sebanyak 8,616
kad pengenalan hijau telah dikeluarkan kepada 'stateless persons'. Baki
sebanyak 30,056 pemegang kad pengenalan hijau belum lagi hadir ke JPN
untuk membuat pembaharuan.
(b) Bagi negeri Sabah, mulai 6 Okt 2008 hingga 31 Jan 2009, jumlah
permohonan yang diterima untuk mendapatkan kad pengenalan hijau adalah
berjumlah 4,142 permohonan.
Daripada jumlah tersebut, 3,770 telah selesai diproses dan dikeluarkan
kad pengenalan.
Baki sebanyak 372 permohonan sedang diproses oleh JPN. |