Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   10/22/2017 7:34:11 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 26 - SAPP: Penafian lemah dan "jaga-muka" oleh LDP

SAPP: Penafian lemah dan "jaga-muka" oleh LDP

KOTA KINABALU, Mac 26, 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) menasihati pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) agar tidak terus menerus menutupi kesilapan dan memesongkan rakyat Sabah mengenai skim pelupusan kereta yang hanya dipanjangkan ke negeri ini baru-baru ini.

Ketua Penerangan SAPP, Chong Pit Fah, berkata LDP mencampurkan program Proton XChange yang telah dilaksanakan pada 2007 dengan skim pelupusan kereta itu yang hanya dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak selepas Mac 16 lalu.

Beliau berkata demikian ketika menafikan kenyataan Setiausaha Agung LDP Teo Chee Kang pada Rabu yang menggesa Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee supaya meminta maaf secara terbuka kerana kononnya memberi maklumat salah kepada rakyat tentang skim pelupusan kereta itu.

Chee Kang mendakwa Teck Lee telah tersilap apabila berkata kenyataan Proton Holdings Berhad pada Mac 16 (syarikat itu memanjangkan potongan RM5,000 dibawah program tukar kereta lama ke Sabah dan Sarawak) adalah dasar sama seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pakej rangsangan ekonomi kedua.

Beliau mendakwa Proton Holdings Berhad sebenarnya mengumumkan program XChange itu dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak dan bukannya skim pelupusan kereta seperti disangkakan SAPP.

Beliau seterusnya mendakwa kakitangan Proton yang menjawab panggilan SAPP pada Mac 12 dengan nyata merujuk kepada program XChange itu yang tidak dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak pada ketika itu dan bukannya skim pelupusan kereta tersebut.

Bagaimanapun, Pit Fah berkata, kenyataan Chee Kang sebenarnya penafian lemah dan "jaga-muka" Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Presiden LDP, Datuk VK Liew.

Pit Fah berkata, skim pelupusan kereta itu hanya dipanjangkan ke Sabah setelah Naib Presiden SAPP, Don Chin, mengetengahkan perkara itu selepas membuat pertanyaan dengan pejabat Proton di Kota Kinabalu.

Beliau mendakwa bahawa hingga ke hari ini, agen tempatan Proton masih belum sedia melaksanakan skim itu.

Beliau bidas pendedahan Chee Kang kerana Proton hanya memanjangkan program XChange ke Sabah dan Sarawak selepas disoal SAPP mengenai skim pelupusan kereta yang tidak terdapat dalam pakej rangsangan eknonomi seperti diumumkan kerajaan.

Katanya, pemimpin LDP terutamanya Liew selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana skim itu tidak dipanjangkan kekedua negeri ini serentak dengan Semenanjung Malaysia selepas diumumkan Najib ketika membentangkan pakej rangsangan itu pada Mac 10 lalu.

"Tidak kisah jika Liew enggan meminta maaf kepada SAPP dan Teck Lee, tetapi sebagai seorang pemimpin bertanggungjawab, Liew perlu mengaku dan meminta maaf kepada rakyat Sabah dan Sarawak bagi pihak kerajaan kerana gagal memanjangkan skim itu kedua buah negeri ini serentak dengan Semenanjung. Malah Liew terus menafikannya dan memburukkan SAPP kerana mengetengahkan isu itu," kata, Pit Fah.

Beliau menasihati pemimpin LDP terutamanya Liew yang kini memegang jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan supaya berusaha memeriksa ketidak seimbangan yang banyak dalam dasar Pusat yang memberi kesan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Merujuk kepada skim pelupusan kereta sebagai contoh, Pit Fah berkata, pemilik kereta di Sabah dan Sarawak rugi jika dibandingkan dengan rakan di Semenanjung kerana harga kereta lebih mahal dikedua negeri ini diantara RM1,900 hingga RM2,200 berbanding di Semenanjung.

Beliau berkata, jika skim itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak, potongan harga itu sepatutnya lebih dari RM5,000.

"Pemimpin LDP seperti Chee Kang perlu berusaha lebih dan membantu Liew selaku Ahli Parlimen Sandakan mengetengahkan usul di Parlimen menggesa Dasar Kabotaj dihapuskan kerana menyebabkan rakyat Sabah terpaksa menanggung kos hidup tinggi hampir tiga dekad lalu," katanya.
 

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party