Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   6/27/2017 5:15:02 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Mar 31 - SAPP: Sabah Tersisih

SAPP: Sabah Tersisih

Jusit Rantai, 80, pesara polis menaikkan bendera SAPP pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Susulat Sook sambil di saksikan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee (tiga kiri) dan para pemimpin partiKeningau, 31 Mac 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) menegaskan bahawa Sabah telah tersisih dengan helah pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam banyak aspek ekonomi setelah bersama dengan Malaya dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, perkara itu berlaku kerana para pemimpin BN di Kuala Lumpur menggunakan kuasa mereka membolot kekayaan Sabah untuk Semenanjung dan lebih menyedihkan apabila pemimpin gabungan pemerintah itu di negeri ini hanya berdiam diri takut kehilangan jawatan dan kedudukan.

"Sabah kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti minyak dan gas asli tetapi malangnya 95 peratus royalti minyak dikaut Semenanjung melalui Petronas yang dibentuk lebih 25 tahun lalu oleh pemimpin BN Kuala Lumpur untuk menguasai perolehan minyak negara ini.

"Lebih menyakitkan hati apabila pemimpin KL berkata Sabah hanya akan dapat gas asli yang dikeluarkan dari terminal di Kimanis jika ada lebihan selepas disalurkan ke Bintulu Sarawak untuk diproses dan dieksport terus ke Jepun," katanya.

Beliau berkata, loji pemprosesan gas asli di Bintulu itu mampu mengeluarkan sebanyak 25 juta metric tan setahun dan merupakan loji yang terbesar di dunia.

Katanya, tidak masuk akal Sabah tidak boleh dapat walaupun sedikit gas asli itu dari loji di Bintulu.

"Jelas Petronas mengaut keuntungan besar kerana semua gas asli itu dieksport. Sabah tidak dapat sebarang hasil walaupun gas asli itu berasal dari negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 800 masyarakat Bumiputera pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sunsulat Sook dekat sini kelmarin.

Turut hadir dua Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Majimbun dan Datuk Liew Teck Chan, tiga Naib Presiden parti Don Chin, Datuk Frankie Chong dan Datuk Chua Soon Bui, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Ketua Pemuda Edward Dagul dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi.

Yong berkata, keadaan itu menyebabkan Sabah berubah dari sebuah negeri terkaya kepada negeri termiskin dan seterusnya mundur dalam semua aspek pembangunan sejak sekian lama.

Katanya, royalti minyak yang diberi kepada Sabah sebanyak 5 peratus perlu dinaikkan kepada sekurang-kurangnya 20 peratus supaya negeri ini mempunyai dana mencukupi untuk melaksanakan pembangunan.

Katanya, Sabah telah jauh ketinggalan dalam banyak aspek pembangunan jika dibandingkan dengan Semenanjung walaupun sama-sama mengecapi kemerdekaan dari British melalui pembentukan Malaysia.

"Majoriti kawasan luar bandar di Sabah tidak mempunyai bekalan letrik dan air bersih serta jalanraya berturap malah banyak sekolah di kawasan pedalaman berada dalam keadaan daif tetapi keadaan menyedihkan ini tidak berlaku di Semenanjung kerana hampir keseluruhan kawasan di sana menikmati kemudahan itu.

"Mereka menikmati semua keselesaan itu hasil daripada perolehan minyak dan gas asli Sabah. Perkara tidak menyenangkan ini berlaku kerana Sabah tertipu oleh para pemimpin KL," katanya.

Beliau berkata, kos menghasilkan tenaga letrik di Sabah akan menjadi murah jika gas asli digunakan sebagai bahan bakar disemua stesyen janakuasa diseluruh negeri dan bukannya diesel yang mahal seperti digunakan sekarang.

"Malangnya, gas asli tidak mungkin akan digunakan sebagai bahan bakar itu kerana para pemimpin KL telah menegaskan bahawa Sabah hanya akan mendapat gas asli dari negeri ini jika ada lebihan selepas dieksport," katanya.

Yong berkata, semua kekurangan itu pasti dapat dibaiki jika royalti minyak dinaikkan dan sebahagian gas asli dari Sabah digunakan di negeri ini bagi tujuan mengurangkan kos menghasilkan letrik dan seterusnya pembangunan yang amat diperlukan.

Berita berkenaan.....

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party