|

2009 Apr 3 - Subsidi baru beras diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak
Subsidi baru beras diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak
Kota Kinabalu, 3 April 2009: Sabah dan Sarawak diperlakukan seperti
anak tiri oleh Kerajaan Persekutuan berikutan pengumuman program
subsidi pengeluaran beras untuk pengilang, kata Presiden Parti Maju
Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Katanya, melalui program itu para pengilang di Sabah hanya mendapat
RM12.9 juta manakala Sarawak RM8.4 juta tetapi Semenanjung Malaysia
mendapat RM360 juta.
“Jumlah RM360 juta adalah 30 kali lebih besar berbanding jumlah
subsidi bagi Sabah dan 40 kali lebih besar berbanding Sarawak,”
katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bekas Ketua Menteri itu berkata, para pengilang di Sabah dan Sarawak
mendapat subsidi sebanyak RM600 setan manakala rakan mereka di
Semenanjung Malaysia mendapat RM750 setan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengenai program itu dan kadar
subsidi baru bagi beras Super Tempatan 15% (ST 15).
Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menyatakan kadar baru subsidi beras ST
15 itu yang dilaporkan lebih rendah.
“Tidak hairan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah mengeluh
pada tahun lalu kerana kementerian beliau tidak dapat melakukan yang
terbaik untuk pengeluaran beras negeri ini kerana kekurangan dana,”
tambah Teck Lee.
Katanya, lebih sedekad sehingga Jun tahun lalu, rakyat Malaysia di
sebelah sini terpaksa membayar RM200 juta lagi setiap tahun kepada
BERNAS Corporation, pengimport tunggal beras di negara ini untuk
beras yang diketahui berkualiti rendah.
Beliau berkata, pihak berkenaan hingga kini enggan menjawab
persoalan seperti kenapa rakyat disebelah sini mesti membayar lebih
untuk beras berkualiti rendah dan kenapa BERNAS diberi monopoli
mengimport dan mengeksport beras di negara ini. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|