|

2009 Apr 3 - SAPP: Menyelesaikan isu tanah yang menjejaskan orang kampung
Menyelesaikan isu tanah yang menjejaskan orang kampung
Kota Kinabalu, 3 April 2009: Ketua Penerangan PBRS Rayner F. Udong
perlu bertanya kepada Presiden parti Tan Sri Joseph Kurup tentang
unit pengurusan hutan di bawah perjanjian lesen pengurusan hutan
mapan yang beliau kurang puas hati.
Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, Udong
perlu melakukannya kerana Kurup adalah ahli Kabinet kanan kerajaan
samada Negeri atau Pusat selama 24 tahun sebelum, semasa dan selepas
dasar mengenai perhutanan dibincang dan dilaksanakan.
“Sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (LKTNS) Kurup juga
berada dalam kedudukan untuk menyelesaikan isu tanah yang
menjejaskan orang kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Katanya, PBRS dan pemimpin BN lain sepatutnya menyoal para menteri
mereka untuk memberitahu terma dan syarat perjanjian pengurusan
hutan mapan yang akan menyatakan hak, keistimewaan dan kebajikan
penduduk kampung di hutan simpanan adalah dilindungi.
Katanya, para menteri dan pemimpin BN kini berkampung ditiga kerusi
yang akan mengadakan pilihanraya kecil di Sarawak, Perak dan Kedah,
menunjukkan mereka hanya prihatin semasa pilihanraya...
Beliau berkata, perkara itu benar seperti yang ditayangkan dikaca
televisyen setiap hari.
Dagul berkata, mereka juga berkampung di Pensiangan sebelum Mahkamah
Persekutuan memutuskan Kurup senagai wakil rakyat sah. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|