Bangunan subsekolah menengah perlu didirikan di Trans Pagalan
KENINGAU, April 9,
2009: Rata-rata ibu bapa yang tinggal di kawasan perkampungan
Trans Pe-galan, merayu supaya sebuah bangunan Sub Sekolah Menengah
yang menempatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, didirikan
di kawasan itu bagi menangani masalah pelajar berhenti sekolah.
Wakil penduduk Garius Pukin berkata, kadar pelajar sekolah peralihan
ke Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, yang berasal dari kampung-kampung
kawasan Trans Pegalan, amat membimbangkan.
"Semua ini berpunca daripada ketidakmampuan ibubapa menanggung kos
pengangkutan kenderaan yang melambung tinggi," katanya, dalam satu
temuramah eksklusif di sini pada Rabu.
Kampung-kampung dalam kawasan Trans Pegalan merangkumi 21 buah
kampung yang terletak diantara 10 – 20 Km dari sekolah-sekolah
menengah di Keningau.
Beliau mendedahkan, graf pelajar berhenti sekolah di kalangan mereka
yang memasuki Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 semakin meningkat.
"Ibu bapa terpaksa berbelanja beratus ringgit sebulan untuk seorang
anak," katanya.
Garius berkata, sejak sekian lamannya tidak ada bas sekolah tertentu
beroperasi di kawasan Trans Pegalan, menyaksikan pelajar terpaksa
menggunakan pengangkutan awam, yang kebenaran operasinnya terhad
hanya di kawasan bandar.
Katanya, bas-bas pengangkutan awam itu tertakluk kepada kawasan
operasi dan tidak dibenarkan menghantar penumpang, di kalangan
pelajar yang bersekolah di luar Bandar Keningau seperti SMK Gunsanad,
SMK Pekan 2 dan SMK Gunsanad 2.
"Pelajar terpaksa menggunakan dua pengangkutan setiap kali ke
sekolah, dan keadaan itu menyusahkan mereka disamping kadar tambang
kenderaan yang mahal," katanya.
Garius yang merupakan Pengerusi JKKK Kg. Ambual memberitahu,
pelajar-pelajar sekolah menengah dari Trans Pegalan juga tidak layak
untuk memohon tinggal di asrama, disebabkan lokasi kampung asal
mereka tidak memenuhi syarat kelayakan.
Syarat kelayakan memasuki asrama ialah kampung asal pelajar ,
terletak dalam lingkungan 50 km.
Garius juga tidak berpuas hati dengan kaedah penempatan pelajar
peralihan yang berasal dari kampung-kampung Trans Pegalan, yang
menempatkan mereka di luar lingkungan Bandar, apa yang beliau
sifatkan sebahagian factor yang membebankan ibubapa.
Sebahagian besar penghuni asrama-asrama sekolah menengah di Keningau,
diperuntukkan untuk pelajar luar Bandar dan mereka yang tinggal di
kawasan 50 Km dari jarak asrama tersebut.
Senerio ini katannya, menyebabkan pelajar-pelajar sekolah menengah
di kawasan pesisir Bandar, seperti Trans Pegalan tidak berpeluang
untuk tinggal di asrama. |