Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   3/29/2017 1:56:52 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Apr 16 - Timbang pelaksanaan perkhidmatan hub domestik; Soon Bui

Timbang pelaksanaan perkhidmatan hub domestik; Soon Bui

Tawau, April 16, 2009: Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui, menggesa Lembaga Pelabuhan Sabah mempertimbangkan semula pelaksanaan hub domestik (DHS) di negeri ini selepas mendapat taklimat sektor berkenaan di sini.

Katanya, dasar itu apabila dilaksanakan memerlukan semua kapal kontena dari Pelabuhan Kelang berlabuh di Pelabuhan Kontena Bersepadu Sepanggar di Kota Kinabalu terlebih dulu sebelum semua kontena ke Tawau, Sandakan dan Lahad Datu dihantar melalui jalan laut dengan ditarik oleh baj.

Katanya, sejarah dengan jelas membuktikan bahawa pelabuhan menjadi peneraju utama pembangunan dan kemajuan sesebuah bandar, bandaraya atau negara dimana jua di dunia ini.

"Aktiviti perdagangan dan tukar barang telah menyumbang banyak sumber dari segi cukai dan pendapatan kepada Lembaga Pelabuhan Tawau.

"Dengan kapisiti export terhad, eksport Tawau telah berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengimport terpaksa menjelaskan caj pengangkutan dan caj itu akan meningkat apabila kontena meninggalkan Tawau dalam keadaan kosong.

"Pengangkutan secara terus memastikan barangan sampai di Tawau tepat pada masanya kerana masa adalah intipati utama dalam aktiviti perkapalan dan logistik.

"Dengan keadaan ekonomi merundum, Tawau bernasib baik jika dapat mengekalkan diantara 3,000 hingga 4,000 kontena setiap bulan yang datang terus ke pelabuhan di sini. Tidak ada sebab mengapa Tawau perlu dijadikan pelabuhan kedua hanya untuk menyelamatkan jumlah kontena yang rendah di Sepanggar.

"Pelabuhan Sepanggar dikatakan hanya mengendalikan kira-kira 4,000 kontena setiap bulan, jatuh dari kira-kira 10,000 kontena setiap bulan sejak ekonomi merundum. Dasar DHS dilihat sebagai satu monopoli untuk menyelamatkan Pelabuhan Sepanggar dan mengalihkan kesukaran kepada pelabuhan di Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.

"Monopoli sedemikian akan menjejaskan daya saing Tawau dengan rakan perdagangan di luar negara seperti Nunukan, Tarakan dan Sulawesi dari segi persinggahan kapal dan keselesaan. Rakan perdagangan itu akan beralih ketempat lain jika dasar itu diteruskan. Tawau akan kehilangan perniagaan selama-lamanya.

"Dasar itu bakal mengundang pelbagai masalah termasuk kelewatan. Sektor perniagaan di sini ingin tahu jumlah baj yang diperlukan untuk menarik 3,000 hingga 4,000 kontena setiap bulan ke pelabuhan di sini tanpa sebarang kelewatan," katanya.

Soon Bui berkata, Lembaga Pelabuhan Sabah sepatutnya melihat kepada kawasan BIMP-EAGA dan bukannya pasaran domestik melalui liberalisasi dan pembaikan daya saing untuk menarik lebih banyak aktiviti antarabangsa.

Beliau juga tidak setuju dengan alasan Lembaga Pelabuhan Sabah yang mengatakan pelabuhan di pantai barat Sabah seperti Tawau akan mendapat faedah dengan dasar itu manakala agen perkapalan mendapat lebih perniagaan kerana Tawau mengeksport banyak kelapa sawit.

"Rakyat tidak sepatutnya disalah fahami diantara pelabuhan kontena dan pelabuhan kelapa sawit di Tawau kerana kedua-dua pelabuhan itu beroperasi di dua lokasi berbeza. Penurunan caj sebanyak RM75 setiap kontena melalui DHS itu tidak ada kesan berbanding dengan kos keseluruhan kontena yang meningkat sehingga beberapa ribu Ringgit," katanya.

Soon Bui juga menggesa Kerajaan Sabah mendengar keluhan sektor perniagaan yang terjejas akibat dasar itu.

Beliau seterusnya menggesa Kerajaan Sabah menamatkan dasar berat sebelah serta merugikan itu dengan serta merta.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party