Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   7/28/2014 7:34:44 PM

Kepada semua muslimin muslimat, SAPP ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHR DAN BATIN"....

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Apr 16 - JPN: KP anak Piul tunggu kelulusan warganegara

JPN: KP anak Piul tunggu kelulusan warganegara

Keningau, 16hb April, 2009: Letih mengadu dan mendengar jawapan yang sama daripada pihak terbabit, PIUL berasal dari Kg Bingkor, Keningau tampil menemui media dengan harapan pihak yang bertanggungjawab membuka mata terhadap masalah yang dilaluinya selama ini.

Piul memberitahu kepada Actionline kerana tidak memiliki kad pengenalan, anak kedua beliau Murni, yang berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Bingkor, gagal mendapat bantuan KWAMP kali ke-2.

"Saya tidak menyalahkan pihak Sekolah dalam hal ini… cuma apa yang saya kesalkan ialah kegagalan pihak tertentu dalam mengeluarkan kad pengenalan anak saya sehingga menimbulkan kesulitan seperti ini," katanya.

Piul yang mempunyai dua anak perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinannya dengan wanita berbangsa Tator mengatakan bahawa kedua-dua anak perempuan beliau belum mendapat kad pengenalan walaupun sudah lama membuat permohonan tersebut.

Katanya, "saya telah membuat permohonan kad pengenalan bagi anak saya, Murni pada 28 November 2007. Saya telah mengisi borang seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Keningau namun sehingga kini kad pengenalan belum lagi dikeluarkan. Sudah banyak kali saya membuat susulan di JPN Keningau namun pelbagai alasan yang diberi sehingga menyebabkan saya buntu dan hilang arah bagaimana untuk membantu anak saya.

Menurut Piul lagi, berbekalkan harapan agar masalah tersebut dapat diselesaikan segera, beliau pergi ke JPN Kota Kinabalu bagi mendapatkan penjelasan namun semuanya sia-sia sahaja.

"Bayangkanlah setiap kali saya saya membuat susulan di JPN Kota Kinabalu, mereka akan mengatakan "tunggu" ataupun menyuruh saya membuat rujukan di JPN Keningau. Apabila saya pergi ke JPN Keningau, saya diarahkan semula ke JPN Kota Kinabalu. Walaupun penat, namun saya tetap berusaha pergi semula ke JPN Kota kinabalu.

"Akhirnya JPN Kota Kinabalu menyuruh saya menunggu selama 4 tahun. Mahu tidak mahu, saya terpaksalah menunggu, tetapi penantian saya tidak berhasil kerana sehingga kini kad pengenalan anak saya belum juga dikeluarkan," adunya.

"Saya betul-betul tidak tahu mahu buat apa lagi. Semua dokumen yang lengkap sudah diserahkan. Semua perkara yang diarahkan pun saya sudah lakukan, tetapi jika saya membuat susulan berkenaan hal ini, sama ada di JPN Kota Kinabalu ataupun di Keningau mereka tetap memberikan jawapan yang sama "tunggu". Jadi apa lagi yang perlu saya buat? Takkanlah nak duduk diam dan tunggu saja! Gelaplah masa depan anak saya nanti…" tambahnya.

Sambil memohon maaf, Piul berharap supaya masalahnya itu dapat di pandang serius oleh pihak berkenaan.

"Sudahlah wang, tenaga dan masa habis dilaburkan semata-mata untuk mendapatkan kada pengenalan anak saya…. Tambah sakit hati lagi bila terasa diri menjadi pelarian di bumi sendiri…. Jadi kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam hal ini, tolonglah…tolong saya" rayunya.

Jurucakap JPN Keningau ketika dihubungi, mengatakan bahawa pengadu sebenarnya sedang menunggu kelulusan pengesahan taraf warganegara bagi anaknya dan bukannya menunggu kad pengenalan dikeluarkan.
Menurut jurucakapnya, pihaknya mengakui bahawa pengadu telah mengisi borang dan memberikan semua dokumen yang diperlukan tetapi kemungkinan sedikit kekeliruan berlaku sehingga menyebabkan pengadu tidak berpuas hati.

"Dalam kes ini, pengadu sebenarnya masih belum membuat permohonan kad pengenalan untuk kedua orang anaknya kerana kelulusan taraf pengesahan warganegara masih belum diperolehi lagi. Selepas kelulusan diperolehi barulah pengadu boleh membuat permohonan kad pengenalan untuk anaknya.

"Walaupun pengadu adalah warganegara, namun anaknya lahir sebelum pengadu mendaftarkan perkahwinan mereka di JPN. Jadi secara langsung kewarganegaraan bagi kedua anak pengadu tersebut adalah menjurus kepada ibu mereka. Sebab itulah pengadu terpaksa menunggu lama sebelum boleh memohon kad pengenalan anaknya," jelasnya.

"Walau bagaimanapun, permohonan taraf pengesahan warganegara mereka telahpun dipanjangkan ke Ibu Pejabat Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut," tambahnya.

Actionline cuba menghubungi JPN Kota Kinabalu, bahagian kewarganegaraan bagi memastikan permohonan tersebut mendapat perhatian dan berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ketua bahagian kewarganegaraan:

"Pihak kami memang bertanggungjawab menerima permohonan yang berkaitan dengan urusniaga warganegara dan sebagai tindakan kami telah memanjangkan permohonan tersebut ke ibu pejabat JPNM Putrajaya bagi tindakan lanjut,"

"Pihak kami faham masalah pengadu namun kami harap pengadu juga faham keadaan kami. Kerana pihak kami tidak mempunya autoriti dalam memberikan taraf pengesahan warganegara kepada kedua anak pengadu. Kami berharap agar pengadu dapat bersabar kerana sememangnya proses untuk mendapatkan kelulusan taraf pengesahan warganegara memerlukan masa yang lama," tambahnya.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2013 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party