|

2009 Apr 23 - Perjanjian royalti minyak perlu dikaji semula
Perjanjian royalti minyak perlu dikaji semula
KOTA
KINABALU, 23 April 2009: Perjanjian royalti minyak dengan Petroliam
Nasional (Petronas) perlu dikaji semula agar Sabah diberi royalti
lebih tinggi berbanding dengan hanya lima peratus sejak lebih 30
tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Melanie Chia berkata,
tidak ada sebab perjanjian berat sebelah itu tidak boleh dikaji
semula kerana selama ini Petronas mengaut keuntungan besar manakala
Sabah hanya mendapat sedikit imbuhan.
"Sudah tiba masanya perjanjian dengan Petronas dikaji semula dan
royalti minyak kepada Sabah dari lima peratus dinaikkan kepada 20
peratus. Sedangkan perlembagaan juga boleh diubah apakan lagi
perjanjian seperti itu. Apa yang perlu ialah persetujuan kedua-dua
pihak secara ikhlas yakni Petronas (Kerajaan Persekutuan) dan
Kerajaan Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bahas pada
persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Katanya, Sabah sepatutnya mendapat royalti sebanyak 20 peratus sejak
dahulu lagi oleh kerana negeri ini telah menyumbang sejumlah besar
kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
Katanya, Sabah merupakan pengeksport utama minyak negara sejak
beberapa dekad lalu tetapi hanya mendapat royalti kecil sahaja
apabila perjanjian ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan
melalui Petronas pada tahun 1976.
Chia berkata, pada persidangan tahun lalu, beliau telah menggesa
Kerajaan Sabah meminta Kerajaan Persekutuan menaikkan royalti itu
supaya negeri ini mempunyai dana mencukupi untuk melaksanakan
projek-projek pembangunan.
Katanya, Kerajaan Persekutuan enggan menaikan royalti itu dengan
alasan bahawa Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan yang banyak
kepada Sabah dan boleh menambah peruntukan itu melalui peruntukan
tahunan atau pun Bajet Tahunan jika perlu.
"Royalti minyak dan peruntukan tahunan adalah berbeza.
Royalti minyak adalah hasil secara langsung kepada kerajaan Sabah
berdasarkan hasil pendapatan Petronas dan di masukkan ke dalam
kumpulan wang yang disatukan (consolidated fund) dan diurus oleh
Kementerian Kewangan Sabah, manakala peruntukan tahunan atau bajet
Persekutuan diurus oleh Pusat, dan ia memerlukan banyak lobi melobi
serta tertakluk kepada kepentingan politik," katanya.
Menyentuh tentang Dasar Kabotaj, Chia berkata, dasar itu perlu
dimansuhkan kerana menjadi punca harga barangan di negeri ini
melambung tinggi serta menyekat perkembangan ekonomi Sabah.
Katanya, Surcaj yang dikenakan di Pelabuhan Kontena Bersepadu
Sepanggar harus diturunkan ketahap minima agar kos mengimport
barangan murah sekaligus dapat menurunkan harga barangan di negeri
ini.
Katanya, cadangan perkhidmatan hub domestik dimana semua kontena
import perlu singgah di Pelabuhan Kontena Bersepadu Sepanggar
terlebih dulu sebelum ditarik dengan baj ke Sandakan, Tawau dan
Lahad Datu mesti dibatalkan agar kos tidak meningkat dengan mendadak. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|