|

2009 Apr 23 - Selesai isu tuntutan Filipina terhadap Sabah
Selesai isu tuntutan Filipina terhadap Sabah
KOTA
KINABALU, Apr 23, 2009: Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan isu
tuntutan Filipina terhadap Sabah yang dilaporkan masih belum
digugurkan secara rasmi agar kerisauan rakyat di negeri ini
berakhir.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Datuk Liew Teck
Chan berkata, Kuala Lumpur harus menyelesaikan isu itu kerana ada
kemungkinan sebilangan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan warga
Filipina yang datang dari negara itu berpegang kepada kepercayaan
bahawa Sabah adalah juga negara mereka.
"Perkara seperti pembayaran sewa tahunan sebayak RM5,000.00 kepada
waris Sultan Sulu masih berterusan dan laporan akhbar melalui blog
dan laman Web pada 16 Disember 2007 mendakwa Setiausaha Hal-Ehwal
Luar Filipina, Blas Ople, menegaskan tuntutan negaranya terhadap
Sabah tidak pernah digugurkan.
"Serta Sultan Sulu baru di Selatan Filipina dilaporkan sebagai
berkata bahawa beliau akan berjuang untuk mendapatkan semula Sabah
dari Malaysia kerana mendakwa mempunyai hak terhadap negeri ini
sangat merisaukan dan perlu diselesaikan," katanya.Beliau berkata
demikian ketika sesi perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri di
sini, hari ini.
Teck Chan berkata, Kerajaan Filipina adalah serius dan masih
berpegang kepada tuntutan itu dan telah pun menjadi agenda negara
mereka untuk meneruskan tuntutan terhadap Sabah.Katanya, walau pun
tuntutan waris Sultan Sulu dengan tuntutan kerajaan Filipina adalah
berasingan namun ia adalah suatu perkara yang tidak boleh di ambil
ringan walau pun Kerajaan Malaysia tidak iktiraf apa jua tuntutan
Filipina terhadap Sabah.
"Saya amat kuatir bahawa disebabkan tuntutan ini masih di bangkit
oleh Filipina maka selagi itulah masalah pendatang tanpa izin dari
Filipina akan terus bermaharajalela di Sabah.
Kemungkinan besar mereka juga mempunyai perasaan atau secara
sikologinya menuntut bahawa negeri Sabah juga adalah negeri mereka,"
katanya.Katanya, semua pihak sedia maklum bahawa masalah Pati telah
menghantui pemikiran dan perasaan rakyat Sabah buat sekian lama,
kehadiran mereka telah membawa berbagai masalah khususnya
keselamatan dan sosial tanpa henti.Katanya, peristiwa membakar
bendera negeri Sabah di Lahad Datu oleh sekumpulan orang yang
memiliki Mykad adalah satu perbuatan biadab dan telah mencabul
kehormatan dan kedaulatan negara.
"Saya difahamkan mereka telah ditangkap dan mungkin akan didakwa
atas kesalahan perhimpunan haram sahaja. Jika ini benar adalah amat
dikesali sebab jika perbuatan ini diambil ringan sahaja maka saya
kuatir kejadian ini mungkin akan berulang lagi, mereka telah membuat
provokasi dan menghasut dalam satu keadaan yang boleh membawa
kemarahan rakyat Sabah untuk bertindak terhadap mereka. Mereka
sepatutnya didakwa atas Akta Hasutan," katanya.Teck Chan berkata,
pelantikan Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar diharap dapat
membantu menyelesaikan isu itu |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|