
Pesta Kaamatan SAPP kukuh perpaduan
KOTA KINABALU, 3 Mei 2009: Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti
pelbagai kaum, meneruskan tradisi mengukuhkan perpaduan melalui
Pesta Kaamatan di seluruh negeri.
Persiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, Pesta
Kaamatan adalah salah satu acara keramaian yang dikenalpasti dapat
memupuk persaudaraan dikalangan rakyat berbilang bangsa di Sabah
sejak sekian lama.
"Sebagai sebuah parti untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira
kaum atau agama, SAPP tidak pernah lupakan akan
perayaan yang
penting di Sabah ini.
"Rakyat Malaysia dari semua suku kaum yang tinggal di negeri ini
turut sama-sama merayakan pesta ini. Suasana harmoni ini menunjukkan
rakyat negeri kita sentiasa saling hormat menghormati antara satu
dengan lain," katanya.
Bekas Ketua Menteri itu berucap pada majlis Perayaan Pesta Kaamatan
SAPP 2009 zon Kota Kinabalu di Kampung Bunsut, Telipok, dekat sini,
hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepanggar
Datuk Eric Majimbun, Naib Presiden Don Chin, Ketua Penerangan Chong
Pit Fah, Ketua Wanita merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Luyang Melanie Chia dan pemimpin setempat.
Teck Lee berkata, Perayaan Pesta Kaamatan SAPP 2009 peringkat negeri
Sabah akan diadakan di Nabawan, dalam daerah Keningau, pada akhir
Mei ini.
"Sejak ditubuhkan pada tahun 1994, parti SAPP tidak pernah
ketinggalan mengadakan majlis meraikan Pesta Kaamatan di seluruh
Sabah untuk sama-sama memeriahkan pesta ini sambil mengukuhkan
hubungan dengan segenap lapisan rakyat pelbagai kaum," katanya.
Katanya, kehadiran ratusan penduduk dari sekitar pekan Telipok
merayakan majlis itu menunjukkan perjuangan SAPP untuk membela semua
kaum semakin diterima rakyat di negeri ini.
Katanya, SAPP akan terus berusaha memperjuangkan nasib rakyat Sabah
tanpa mengira asal keturunan mahupun agama kerana kini sudah
diterima dan menjadi sandaran rakyat.
Acara menyampaikan Tionggom, satu tradisi menghulur bantuan kepada
masyarakat yang memerlukan, juga diadakan pada majlis itu sebagai
tanda peringatan sempena perayaan itu.
Pertandingan Unduk Ngadau (ratu cantik), acara kemuncak setiap Pesta
Kaamatan, turut diadakan untuk memeriahkan majlis itu.
Tracy Julius telah dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan
SAPP 2009 zon Kota Kinabalu, manakala Jessica A. Sambuling dipilih
naib johan...
Tempat ketiga disandang Velly Dingle, sementara Salinia Antonia G.
Markus dan Eliziana dan Joanna Sami, masing-masing mendapat tempat
keempat, kelima dan keenam.
Tiara pemenang dimahkotakan Datin Seri Panglima Stella Yong, isteri
Teck Lee. Semua pemenang turut menerima hadiah iringan.
Manakala itu, pertandingan Bintang Kaamatan turut diadakan untuk
menyerikan majlis itu dan Veronica Asang berjaya menjadi johan.
Naib johan dan tempat ketiga disandang Victorlius Kayan dan Vera
Kulando. Hadiah johan Bintang Kaamatan disampaikan Teck Lee.
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
Pesta Kaamatan SAPP KK Zone
|
Happy Harvest
Festival "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"
|
|
|