|

2009 May 10 - Pesta Kaamatan 2009 Serundung Baru, Tawau

Pesta Kaamatan 2009 Serudung Baru, Tawau
Tawau,
Mei 11, 2009: Cawangan SAPP Serudung Baru baru-baru ini telah
menganjurkan Pesta Kaamatan dan Pertandingan Unduk Ngadau. Pengerusi
penganjur ialah Encik
Nalathan dari Cawangan Serudung Baru
SAPP.
Kata-kata oleh Datuk Chua Soon Bui, Ahli Parlimen Tawau ... "Sebagai sebuah parti politik berbilang kaum, SAPP selalu
menganjurkan Pesta Kaamatan setiap tahun untuk memupuk persaudaraan
dan menyemaikan semangat saling menghormati dan harmoni di antara
rakyat Sabah yang berbilang kaum. Di antara banyak perayaan
kebudayaan, SAPP juga menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina,
Rumah Terbuka Hari Raya, Pesta Tanglung, Perayaan Krismas dan
sebagainya setiap tahun, untuk memupuk integrasi dan kesefahaman
yang lebih erat lagi di antara masyarakat berbilang kaum, ugama dan
budaya di Sabah.
"Kita bukan hanya lakukan semua ini semata-mata
untuk tujuan perayaan sahaja, malah juga untuk memperkukuhkan
nilai-nilai murni demi pembentukan sebuah masyarakat yang berharmoni
dan adil saksama.
"Di Sabah, terdapat lebih kurang 45 komuniti etnik dan sub-etnik asli
yang meraikan Pesta Kaamatan pada bulan Mei. Kita semua perlu
diperingati bahawa hak-hak kumpulan-kumpulan etnik asli harus
diperlindungi. Di antara mereka, sehingga hari ini masih terdapat
yang dilahir di Sabah atau Sarawak tetapi tidak dapat
dokumen-dokumen sah seperti sijil beranak dan kad pengenalan. Mereka
ini telah dinafi infrastruktur asas, pendidikan serta kemudahan
perubatan. Sebahagian daripada mereka hidup dalam kemiskinan, dan
ada yang menghadapi masalah hakmilik tanah kediaman tradisi. Dengan
adanya cawangan SAPP di Kg Serudung Baru, kita akan terus memainkan
peranan kita untuk membawa suara dan kerisauan rakyat etnik asli
seperti orang-orang Murut, Iban dan Kadazan di sini kepada
pihak-pihak berkuasa yang berkaitan sehingga nasib mereka diberi
perhatian.
"Dengan menganjurkan Pesta Kaamatan di pelbagai daerah, kita
bertujuan meraikan kaamatan ini bersama pelbagai komuniti etnik
supaya budaya dan tradisi mereka dapat dikekalkan, agar tiada siapa
pun yang dilupa atau dipinggirkan dalam bulan perayaan Mei yang
berwarna-warni ini.
Selamat meraikan Pesta Kaamatan!
Pesta Kaamatan SAPP KK Zone
|
Happy Harvest
Festival "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"
|
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|