SAPP parti yang
memperjuangkan hak rakyat Sabah: Melanie
KOTA
KINABALU, 25 Mei 2009: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang
Melanie Chia berikrar terus memperjuangkan hak rakyat Sabah walaupun
tidak lagi berada dalam kerajaan selepas Parti Maju Sabah (SAPP)
keluar dari gagasan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Katanya, sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih, beliau akan
terus memikul dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang
diamanahkan seperti yang dikehendaki rakyat.
"Masa berlalu dengan pantas, keadaan politik mengubah suasana dan
keadaan.
"Di sini, ingin saya menyentuh mengenai soal parti SAPP. Saya
percaya memang ramai yang telah tahu bahawa saya adalah wakil rakyat
dari SAPP, dan ada dikalangan yang mempertikaikan tentang kedudukan
saya.
"Namun apa pun juga anggapan dan pandangan terhadap saya, yang
penting SAPP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat
Sabah tanpa mengira kaum, agama, bangsa, keturunan dan warna kulit,
SAPP berjuang untuk semua kaum," katanya.
Beliau berucap pada majlis perayaan Pesta Kaamatan Kampung Kopungit,
Kepayan, di sini, kelmarin.
Katanya, tanggungjawab yang diamanahkan akan dilaksanakan disamping
sentiasa menyuarakan apa juga masalah rakyat yang harus di beri
perhatian Kerajaan.
Melanie seterusnya mengajak rakyat terutamanya warga Kampung
Kopungit bekerjasama membentuk masa depan yang lebih baik.
"Saya juga berharap selepas penjelasan saya ini, jangan ada lagi
timbul keraguan dan kesangsian didalam hati tuan-tuan dan puan-puan.
Apa pun kedudukan saya sekarang ini, saya masih wakil rakyat di
kawasaan Luyang dan saya akan sentiasa berkhidmat," katanya.
Beliau juga menyeru penduduk Kampung Kopungit agar sentiasa
berkerjasama, bantu membantu dan menghormati budaya setiap
masyarakat tanpa mengira kaum samada Kadazandusun, Murut, Melayu,
Cina dan sebagainya.
Katanya, budaya meraikan Pesta Kaamatan setiap tahun seharusnya
ditanam dijiwa serta diwariskan kepada generasi muda agar tidak
pupus dan tidak luput oleh arus pembangunan disamping mengelak
kehilangan identiti sebagai bangsa yang berbudaya.
Beliau mengucapkan terimakasih kepada Peter
Aloysius selaku Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Kampung Kopungit
dan serta ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis
diadakan pada hari ini.
Sementara itu, Ketua Kampung Kopungit, Kiun Solidau berkata,
walaupun kampung itu tidak terlibat dengan proses penuaian padi
tetapi disebabkan adat kebudayaan turun-temurun, maka sambutan
perayaan Pesta Kaamatan diadakan pada setiap tahun.
Katanya, perpaduan diantara pelbagai kaum dan semua lapisan
masyarakat juga dapat dieratkan melalui perayaan seperti itu
termasuk perayaan-perayaan lain seperti Hari Krismas, Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya.
Manakala, Peter dalam ucapannya berkata, Pesta Kaamatan yang
dirayakan setiap tahun itu memelihara dan mengekalkan budaya dan
kesinambungan adat istiadat tradisi yang perlu dipelihara dan
diwarisi oleh generasi muda.
Pesta Kaamatan SAPP KK Zone
|
Happy Harvest
Festival "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"
|
|