|

2009 May 26 - SAPP: Timbang semula cadangan hadkan SPM
SAPP: Timbang semula cadangan hadkan SPM
KOTA KINABALU, Mei 26, 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa
Kerajaan memikirkan semula cadangannya baru-baru ini untuk
mengehadkan jumlah mata pelajaran yang diambil pelajar dalam
peperiksaan SPM pada masa akan dating.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Bendahari Agung merangkap Ketua
Biro Pendidikan SAPP, Datuk Wong Yit Ming, menegaskan bahawa
meletakkan had padanya adalah tidak masuk akal, regresif dan boleh
menjejaskan pembangunan Negara dalam jangka masa panjang,
lebih-lebih lagi dalam era persaingan tinggi sekarang.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri
Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan mungkin akan
mengehadkan jumlah mata pelajaran yang diambil pelajar dalam
peperiksaan SPM pada masa akan dating untuk pemilihan lebih saksama
bagi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Muhyiddin berkata, cadangan itu ditimbuslkan kerana para pelajar di
sekolah-sekolah berasrama penuh hanya dibenarkan mengambil maksimum
sembilan subjek dan mereka di kawasan luar Bandar juga terpaksa
mengambil sedikit subjek disebabkan ketiadaan kemudahan. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|