|

2009 May 29 - SAPP PERTIKAI DASAR PERHUTANAN?
SAPP PERTIKAI DASAR PERHUTANAN?
TENOM, Mei 29, 2009: Pengerusi CLC
Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap Jimmy Jawatah (gambar) terkeliru
dengan kenyataan Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi berhubung dasar
kerajaan mengenai hutan simpan yang menjadi kawasan larangan sejak
era kolonial lagi, yang dilihat bercanggah dengan dasar yang
dijelaskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman
sebelum ini berkaitan dengan dasar perhutanan dinegeri ini.
Katanya, beliau terkejut apabila Raimie cuba menyalahkan pihak
Jabatan Perhutanan kerana sebagai pihak yang menghalang pembangunan
yang dilaksanakan dikawasan hutan simpan, yang memperlihatkan
tindakan Raimie itu kurang tepat dan tergesa gesa.
Jimmy berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Rabu sebagai
mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi ketika melawat
Kg Abingkoi dalam Mukim Rundum baru baru ini, yang menyalahkan dasar
Jabatan Perhutanan sebagai pihak yang menghalang pelaksanaan
pembangunan disitu.
Beliau seterusnya berkata, Raimie sepatutnya sudah menyedari bahawa
setiap dasar yang sudah menjadi undang undang kerajaan seperti dasar
perhutanan tidak siapa yang boleh mempertikaikannya lagi, apatah
lagi jika persoalan yang ditimbulkannya sudah berlaku sejak Barisan
Nasional (BN) berkuasa disitu lebih sepuluh tahun lalu.
"Sepatutnya masalah tersebut yang melibatkan dasar kerajaan, Raimie
bertindak dari awal lagi menerusi persidangan DUN atau pun menerusi
saluran saluran kerajaan yang ada dan sesuai untuk membangkitkan
persoalan dasar perhutanan…bukan secara terbuka," tegas Jimmy.
"Saya percaya bahawa kerajaan ada sebab untuk memelihara hutan
simpan sebagai khazanah alam semulajadi…kerana jika dasar dan undang
undang tidak ditegaskan berhubung hutan simpan dinegeri ini…lambat
laun kawasan hutan simpan akan menjadi botak, malah pencemaran alam
sekitar akan berterusan," tambah beliau lagi.
Selain itu, agak memeranjat sekali apabila Raimie melaksanakan
program turun padang yang boleh disifatkan sebagai paling istemewa
kerana dengan menggunakan pesawat helikoter hanya memakan masa lebih
kurang 10 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Bagaimana pun kata Jimmy, sedarkah Raimie bahawa penggunaan pesawat
dengan hanya 10 minit kos penerbangan berjumlah mungkin ribuan
ringgit dari wang pembayar cukai lesap begitu sahaja, hanya kerana
bercakap tentang dasar perhutanan dan merasmikan Pesta Kaamatan.
"Adalah lebih baik dan lebih praktikal jikalau perbelanjaan
tersebut digunakan untuk membaikpulih kalbot, jambatan jeep dan
pondok hujan bagi kawasan perkampongan yang dilanda banjir baru baru
ini," kata Jimmy lagi. (MAIL MATHEW)
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|