|

2009 May 30 - Kerajaan keterlaluan hadkan pelajar ambil 10 matapelajaran SPM
|
SAPP: Kerajaan keterlaluan hadkan pelajar ambil 10 matapelajaran SPM
Kota Kinabalu, 30 Mei 2009:
Parti Maju Sabah (SAPP) presiden, Datuk Yong Teck Lee berkata bahawa
keputusan Kerajaan BN menghadkan pelajar
mengambil hanya 10 mata pelajaran apabila menduduki peperiksaan SPM
bermula tahun depan adalah mencabuli polisi awam dan mesti
diketepikan segera. Keputusan itu mendukacitakan ramai pelajar yang
telah bersiap sedia mengambil lebih dari 10 matapelajaran pada
peperiksaan tahun depan.
"Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih 48 000 daripada 500, 000
pelajar telah mengambil lebih dari 10 matapelajaran pada tahun lalu,
iaitu hampir 10 peratus daripada calon peperiksaan itu. “TPM
sepatutnya lebih risau tentang pelajar yang gagal daripada pelajar
yang mendapat markah tinggi”.
"TPM selaku Menteri Pelajaran, memberi alasan bahawa “maksimum 10
matapelajaran” itu akan memudahkan guru memberi fokus dan mengkhusus
kepada matapelajaran utama, serta sebagai langkah mengatasi
kekurangan tenaga pengajar bagi matapelajaran tertentu, menjimatkan
kos tuisyen para ibubapa dan merapatkan jurang antara pelajar bandar
dan luar bandar.
"Sebenarnya, menghadkan pelajar mengambil hanya 10 mata pelajaran
tidak ada kena mengena dengan semua alasan TPM itu. Ini adalah
kerana, keperluan dengan sendirinya menjadikan guru itu fokus
terhadap mata pelajaran utama, walaupun sebanyak mana pelajaran
diduduki oleh 10 peratus pelajar itu. Kekurangan tenaga pengajar
bagi mata pelajaran seperti Matematik dan Sains adalah berpunca dari
kegagalan program pendidikan dan latihan guru. Kepincangan itu mesti
ditangani dengan segera. Jika kerajaan tidak terburu-buru memutuskan
mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris
sudah pasti para pendidik tidak perlu mengharungi perit maung
bertahun-tahun kekurangan arah polisi. Merapatkan jurang antara
bandar dan luar bandar dan menjimatkan kos tuisyen tidak relevan
dengan memaksa pelajar menduduki hanya 10 mata pelajaran sahaja.
"Ide menghadkan pelajar menduduki hanya 10 mata pelajaran timbul
setelah TPM terjebak dengan perihal ketidakadilan terhadap pelajar
yang mendapat 14A dalam peperiksaan tetapi gagal mendapat biasiswa
kerajaan. TPM tanpa sebarang penerangan jelas memutuskan tidak ada
lagi pelajar akan mendapat lebih 10A di masa hadapan dan bukannya
cuba menangani ketidakadilan terhadap pelajar cemerlang yang
dinafikan biasiswa.
"TPM sepatutnya sedia maklum bahawa ramai pelajar cemerlang Malaysia
telah menerima geran pendidikan dari syarikat multi-national,
universiti antarabangsa dan organisasi penyelidikan. Kerajaan tidak
sepatutnya menafikan pelajar pintar diberi geran pendidikan selepas
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing
walaupun kerajaan memilih menutup mata terhadap kehilangan besar
para cendekiawan yang berhijrah ke luar negara. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|