|
Penyeliaan kualiti makanan haiwan diperlukan
Kuala Lumpur, Jun 19,
2009:
"Rang Undang Undang Makanan Haiwan 2008 adalah perlu sekarang untuk
penyeliaan kualiti makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan,
antibiotik, hormon dan bahan kimia, yang telah digunakan secara
berleluasan dan boleh memudaratkan kesihatan manusia. Perternak yang
semata-mata ingin mengaut lebih banyak keuntungan telah menggunakan
bahan-bahan tersebut tanpa mengambilkira kesan toksik terhadap
kesihatan manusia. Memang ia benar bahawa bahan-bahan tersebut
bertindak sebagai pemangkin yang juga mengurangkan risiko haiwan
daripada dijangkiti penyakit, tetapi terdapat juga kesan-kesan
sampingannya yang buruk," berkata Datuk Dr Chua Soon Bui, Ahli
Parlimen Tawau di persidangan sessi parlimen.
"Kementerian
seharusnya terus menganjurkan program-program kesedaran dan
penerangan pendidikan bagi perternak dan pengguna tentang bahaya
penyalahgunaan antibiotik, ubat-ubat, bahan-bahan kimia, dan bahan
tambahan dalam proses pengeluaran makanan haiwan. Ingin saya ucapkan
tahniah dan syabas kepada Kementerian Kesihatan atas kerja baik yang
dijalankan Kementerian berkaitan langkah-langkah pencegahan dan
laporan tentang influenza A H1N1 yang ditegaskan kepada orang awam
setiap hari supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing
dalam memerangi influenza A H1N1 bersama Kementerian.
"Telah dibawa kepada
perhatian beberapa tahun lalu berkaitan penyalahgunaan beta-agonist,
sejenis ubat asthma, sebagai bahan tambahan untuk mencepatkan
penumbuhan, kecekapan makanan haiwan, penambahan berat dalam proses
pengeluaran makanan haiwan. Penggunaan terlampau selama tempoh masa
panjang boleh menyebabkan penyakit saraf, kadar debatan tinggi
jantung, kesan-kesan respiratori, sakit kepala, ketegangan otot dan
sebagainya. Oleh kerana beta-agonist boleh dibeli oleh
perternak-perternak dari farmasi di mana-mana sahaja, bagaimanakah
kementerian bercadang mengawal dan memantau penggunaannya?
"Penggunaan
antibiotik mesti dikawal secara rapi. Penggunaan antibiotik seperti
Nitrofuran dalam industri ternakan bertujuan mengawal jangkitan
kuman bakteria di samping mempercepatkan tumbersaran ternakan
terutamanya ayam. Namun, antibiotik tersebut boleh menyebabkan
kanser dan radang otok pada manusia.
"Sebelum 2005,
perternak-penternak juga menggunakan fluoroquinolones dalam makanan
ayam untuk pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit respiratori.
Ayam telah memperolehi rintangan melawan bakteria Campylobacter,
setelah penggunaannya yang berleluas dan tanpa kawalan, dan ia terus
berjangkit kepada manusaia. Kedua-dua jenis bakteria memperolehi
rintangan melawan fluoroquinolones – satu kelas antibiotik penting
yang digunakan dalam perubatan manusia, justeru itu ia menyebabkan
risiko kesihatan manusia yang tidak perlu ada. Bagaimanakah
Kementerian memantau penggunaan ubat-ubat dan antibiotik dalam
proses pengeluaran makanan haiwan dan impaknya terhadap risiko
kesihatan?
"Pada tahun lepas,
satu laporan mendedahkan paras penggunaan Dioxin yang meningkat
dalam lembu dan khinzir di Ireland, puncanya adalah makan haiwan
yang tercemar. Paras kelebihan penggunaannya boleh menyebabkan
kanser. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh
Kementerian untuk memastikan bahawa makanan haiwan yang diimpot
tidak tercemar?
"Adakah Kementerian
mempunyai sebarang rancangan supaya bekerjasama rapi dengan
negara-negara lain untuk memantau dan berkongsikan maklumat dalam
pengeluaran makanan haiwan dan impaknya terhadap kesihatan manusia?
"Pelbagai penyakit
telah dihadapi oleh pertenak-perternak udang. Adakah ini berkaitan
dengan makanan haiwan, atau pun faktor lain yang mungkin
merbahayakan kesihatan manusia? Bagaimanakah Rang Undang-Undang ini
dapat membantu dan memanfaatkan perternak udang dalam membanteraskan
penyakit-penyakit demi peningkatan produktiviti mereka?
"Oleh kerana Rang
Undang-Undang ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan, adakah ia bermaksud bahawa pengimpotan dan
penjualan makanan haiwan adalah dilesenkan oleh kerajaan negeri
masing-masing di Sabah dan Sarawak? Adakah kerja-kerja pemantauan,
penguatkuasaan dan penyeliaan juga di bawah kuasa negeri-negeri itu
masing-masing? Bagaimanakah Kementerian memberi jaminan kepada
rakyat Sabah dan Sarawak terhadap keselamatan industry pengeluaran
makanan haiwan dan kesihatan manusia? Adakah Kementerian mempunyai
sebarang rancangan untuk memperluasan liputan Rang Undang-Undang ini
ke Sabah dan Sarawak?" tanyanya. |