|

2009 Jun 26 - SAPP terima cabaran Raymond Tan kosongkan kerusi
SAPP terima cabaran Raymond Tan kosongkan kerusi
Kota Kinabalu, 25 Jun 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) sedia kosongkan
dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen serta
mencabar parti Gerakan turut melakukan perkara sama terhadap kerusi
DUN Tanjong Papat dan kerusi DUN Elopura.
SAPP yang telah keluar daripada gabungan kerajaan Barisan Nasional (BN)
beberapa bulan lalu, sedia bertanding menggunakan simbol SAPP di
empat kerusi itu sebagai menyahut cabaran Naib Presiden parti
Gerakan Datuk Raymond Tan.
Raymond telah mencabar wakil rakyat SAPP itu mengosongkan kerusi
masing-masing yang dimenangi pada pilihan raya lalu ketika SAPP
masih bersama BN.
Dalam satu kenyataan akhbar bersama, wakil rakyat Luyang Melanie
Chia Chui Ket, wakil rakyat Likas Datuk Liew Teck Chan, Ahli
Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau Datuk
Dr. Chua Soon Bui berkata, Raymond dan wakil rakyat Elopura Au Kam
Wah juga mesti kosongkan kerusi masing-masing.
Wakil rakyat SAPP itu berkata, Raymond dan Kam Wah perlu bertanding
menggunakan simbol BN-Gerakan kerana mereka telah menyertai Gerakan
selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya lalu ketika
menjadi ahli SAPP.
Kerusi DUN Tanjong Papat dan DUN Elopura telah disandang SAPP sejak
1994, tambah kenyataan bersama itu.
"Jika tidak kerana SAPP, Raymond dan Kam Wah tidak akan menjadi
calon pada pilihan raya lalu. Dan jika tidak kerana usaha para ahli
dan penyokong mereka tidak akan menjadi YB memegang jawatan tinggi
dan lumayan dalam kerajaan pada hari ini.
"Raymond dan Kam Wah tidak sekali-kali boleh menjadi ahli BN kerana
tidak ada peruntukan dalam BN bahawa seseorang itu boleh menjadi
ahli individu. Mereka adalah ahli SAPP yang menggunakan jentera
parti dan ahli SAPP lain untuk memenangi pilihan raya.
"Sebagai seorang peguam dan YB selama empat penggal, Raymond mungkin
kurang peka bahawa Artikel 17 (5) Perlembagaan Sabah dan Artikel
48(6) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan seseorang wakil
rakyat bertanding semula sesuatu pilihan raya selama lima tahun jika
mengosongkan kerusi melalui perletakkan jawatan.
"Oleh itu, SAPP menyeru Parti Gerakan menasihati kerajaan BN supaya
melaksanakan beberapa perkara terlebih dulu seperti:
(a) Menggubal Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sabah supaya
Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dibenarkan bertanding
semula merebut kerusi yang telah mereka menangi jika meletak jawatan,
(b) Peletakan jawatan serentak Raymond (Tanjong Papat) dan Kam Wah (Elopura)
serta wakil rakyat SAPP seperti Teck Chan (Likas), Melanie Chia (Luyang),
Eric (Sepanggar) dan Soon Bui (Tawau). |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|