|

2009 Jul 27 - Mengapa perlu tunggu dua tahun untuk perkhidmatan bas percuma?
|
Mengapa perlu tunggu dua tahun
untuk perkhidmatan bas percuma?
Adakah bukan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan kata SAPP
KOTA KINABALU,
28 Julai 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, golongan
berpendapatan rendah perlu diberi perkhidmatan Bas Bandaraya (City Bus)
secara percuma serta merta dan bukannya dua tahun akan datang.
Ketua Wanita SAPP Melanie Chia berkata, perkhidmatan percuma itu boleh
dilaksanakan segera apabila subsidi itu diterima dari Kerajaan Persekutuan.
"Apa salahnya memohon subsidi? Tidak ada sebab kita tidak boleh memohon
subsidi kecil,” Melanie selaku Wakil rakyat Luyang berkata dalam satu
kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, permintaan itu tidak mungkin mencapai hingga beratus-ratus juta
Ringgit seperti subsidi tol yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada
pengguna di Kuala Lumpur sehingga mencecah RM287 juta bagi Lebuhraya
Utara-Selatan, Sprint Expressway, Lebuhraya Sungai Besi dan Lebuhraya
Pantai Baru.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong
dilaporkan sebagai berkata bahawa pengusaha City Bus mungkin akan
menimbangkan memberi perkhidmatan bus percuma dalam tempoh dua tahun.
"Apa akan terjadi jika syarikat itu tidak memenuhinya? Tidak ada jaminan
di sini jadi apakah kredit yang boleh diambil seperti dimaksudkan itu?
Kehidupan dan kepayahan rakyat bukanlah suatu kekurangan,” katanya,
menjawab kenyataan Vui Keong yang disiarkan akhbar The Daily Express pada
Julai 27.
Kenyataan Timbalan Menteri itu bahawa pengusaha City Bus itu mungkin akan
menimbangkan perkhidmatan percuma merupakan janji manis untuk
menggembirakan hati rakyat sahaja.
Katanya, Vui Keong yang berkuasa terhadap Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak sepatutnya memohon dana
Persekutuan dengan segara untuk memberi subsidi kepada kos tambahan
pengangutan awam.
"Jika subsidi sekecil ini Vui Keong enggan dapatkan untuk kita? Apakah
yang boleh kita harapkan daripadanya? Tambah Chia.
Katanya, Vui Keong seolah-olah mengenepikan konsep 1Malaysia Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan seperti yang didokong oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Chia seterusnya berkata, tidak ada salahnya memohon subsidi kecil dari
Kerajaan Persekutuan kerana dana itu akan digunakan untuk membantu rakyat
miskin yang tidak mampu membeli kereta.
Katanya, Sabah menyumbangkan banyak hasil kepada negara ini dengan
sebahagian besar pendapatan terutamanya hasil bumi seperti petroleum dan
gas asli mengalir ke Persekutuan.
Katanya, Sabah mendapat pembangunan tidak seimbang berbanding dengan
Semenanjung Malaysia sejak sekian lama menyebabkan Negeri ini menjadi
negeri termiskin di Negara ini walaupun memounyai banyak hasil bumi.
Banyak laporan mengatakan bahawa pengenalan City Bus itu pada 1 Jun lalu
tidak diterima oleh kebanyakan pengguna kerana mereka terpaksa
mengeluarkan belanja lebih dan membazir masa serta tidak selesa apabila
perlu menukar bas untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Semua pengguna yang ingin ke bandaraya perlu turun di terminal berdekatan
Wawasan Plaza dan terpaksa menaiki City Bus untuk ke destinasi di sekitar
bandaraya ini. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|