|

2009 Sep 2 - Peruntukan Besar Tapi Mangsa Kebakaran Lok Urai Terpinggir
Peruntukan Besar Tapi Mangsa Kebakaran Lok Urai Terpinggir
KOTA KINABALU,
2 Sept 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata Kerajaan
Persekutuan telah meluluskan peruntukan besar berjumlah berbilion Ringgit
tetapi Kampung Lok Urai di Pulau Gaya yang mengalami kebakaran besar pada
November tahun lalu masih belum lagi menerima bantuan.
"Kerajaan BN Sabah pada ketika itu mengumumkan akan membangun dan
seterusnya menyusun semula Kampung Lok Urai yang telah musnah sebahagian
akibat kebakaran itu. Malapetaka itu memusnahkan 43 buah rumah dan
seterusnya menyebabkan lebih 250 orang kehilangan tempat berteduh.
"Tetapi sehingga ke hari ini, belum ada sebarang pembangunan fizikal yang
kelihatan malah satu tiang untuk membina semula jambatan yang rosak akibat
kebakaran itu masih tidak kelihatan," kata Presiden SAPP Datuk Yong Teck
Lee.
Katanya, lebih menyedihkan apabila Kampung Lok Urai diwakili oleh Ahli
Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dari BN.
Katanya, SAPP merayu Kerajaan BN Sabah menghulurkan segera bantuan kepada
kampung itu kerana ada sebilangan penduduk yang menjadi mangsa kebakaran
itu didapati masih tinggal dalam khemah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ole-Ole Ramadhan kepada para
penduduk di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, dekat sini, kelmarin.
Penyampaian Ole-Ole itu kepada para penduduk yang kurang berkemampuan
diadakan sejak lebih 20 tahun lalu walaupun kampung itu tidak lagi
diwakili wakil rakyat SAPP sejak 2004.
Bekas Ketua Menteri itu berkata, lebih menyedihkan lagi ialah apabila
Kampung Lok Urai yang telah ujud sekian lama telah diwartakan sebagai
sebuah Kampung Simpanan (Village Reserve) sejak tahun 1970an.
Turut hadir pada majlis itu, antaranya, Timbalan Presiden merangkap Ahli
Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri Likas Datuk Liew Teck Chan dan Setiausaha Agung
Datuk Richard Yong. Tidak ketinggalan ialah Naib Presiden Don Chin Hon
Kiong dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Duillie Marie serta para pemimpin
setempat.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|